23 April 2018

NASI DAGING BURGER HOMEMADE




Assalammualaikum wbt...

Throwback semalam------>Menu berbuka puasa semalam,baru sempat nak update kat sini.

Menu paling simple dan sihat....takde goreng-goreng punya....hahaha


Nasi Daging Burger Homemade

Beras perang - 2 cawan kecil (cwn yg dpt kalo beli periuk nasi tu )
1 bawang besar-hiris halus
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 batang cili merah -hiris halus
3 btg cili padi -hiris halus
Kobis dan carrot-dihiris halus (goreng atas kuali nonstik tanpa minyak)
Garam  secukup rasa
3 cwn kecik air (ikut cwn yg guna utk sukat beras)
Cara -cara :Masukkan semua bahan dlm pressure cooker , macam masak nasi biasa,masukkan semua sekali bahan yg dihiris kecuali kobis dan carrot bersama garam .15 minit siap masak.Nasi yang telah dimasak,digaulkan dgn kobis dan carrot yang telah digorng tanpa minyak.


Bahan-bahan Burger Homemade :

1/2 kilo daging tanpa lemak-guna btg pinang
2 ulas bwg putih,1 bwg besar -dipotong besar
1 sudu besar lada hitam serbuk
Garam & gula perang secukup rasa

Cara-cara :
Semua bahan yang dikisar sekali dalam food prosesor.
Pastu,buat bulat dan leperkan macam burger.Dapat dalam 4 keping saiz burger kat pasaran tu.Pastu bakar dalam air fryer atau bakar atas kuali non stik.

***Nota tangan : Menu ni boleh dimakan untuk 2-3 orang makan,jadinya,sila jangan melantak sorang-sorang kalo nak diet****๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Tadaaaaaa...siap.

Hidangkan nasi bersama burger homemade.Menu sihat untuk sape2 yang berdiet..hahahaha
Hiaskan dengan daun salad untuk bagi ceria bila nak makan..Burger tu potong panjang2 bagi senang nak makan.

3 biji kurma tu untuk permulaan makan bila azan dah berkumandang

v
v
v
v


Sekian,.....
(sambil memikir,nak masak menu sihat apa untuk berbuka petang nanti......๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜)


1 ulasan:

  1. Boleh mencuba nih bila kesuntukan masa hikhik... Thanks share sis :)

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails