Hai....ketemu lagi kita dalam Part 2....
Bawah nie,Liza senaraikan itinery ke Lombok.Disediakn khas oleh ketua rombongan kami..merangkap kawan Liza sekuliah masa di uni.
Day 1 - Isnin 12/3/2018
|
Day 2 - Selasa 13/3/2018
Day 3 - Rabu 14/3/2018
Day 4 - Khamis 15/3/2018
|
- Pink Beach (Snorkling Pink 1,2,3)
- Gili Pasir
- Pulau Tiga
Day 5 -Jumaat 16/3/2018
- Check out Favehotel Mataram
- Tanjung Aan
- Batu Payong
- Bukit Mereseh
- Pantai Segar
- Islamic Centre
- Sasak village
- Departure -flight pkl 7.00pm
- Arrival KLIA2 -PKL 11.30pm
- Check in Tune Hotel KLIA2-(ni tentatif diri sendiri,sbb esoknya baru flight balik JB with hubby)
Secara keseluruhannya,perbelanjaan termasuk supir+hotel+tambang bot ke Gili (dah jimat kat sini sebab berkongsi dengan kawan2 yang lain)+makan minum+souvenir +tips +flight KLIA-LOMBOK-KLIA =RM1500
Tune hotel +flight KL-JB-KL = RM500
Total perbelanjaan keseluruhan yang Liza keluarkan adalah sebanyak RM2000....ermmmggggg,koyak poket bln tu.Tutup mata jer,buat donno................
**************************************************************
Day 2
Sebelum bertolak ke 3 Gili, sempat buat sarapan sandwich kat sini.Bawak roti gardenia + tuna dari Malaysia...gigih tul,kami semua bawak makan dari Malaysia..tapi.....banyak makan kat Lombok jer,jadinya,makanan yg di bawa tu,akhirnya sedekah pada pemandu pelancong kami...rezeki dia..hehehehe
Sebelum bertolak, kami bergambar beramai-ramai depan Sweet Peach House....boleh tengok Part 1 untuk citer sepenuhnya.
Perjalanan dari Sweet Peach Hotel ke jeti nak ke 3 Gili memakan masa dalam 1 jam setengah.Kitorang siap awal dan bertolak dalam pukul 8 am siap bekpes sandwich homemade hasil bawak bahan-bahan dari Malaysia.
Naik boat nak pi 3 Gili -Gili Air,Meno dan Trawangan
Sambil bagi makan ikan dan snorkeling...Liza tak pi sebab tak pandai berenang,hanya kawan lain yang pi snorkeling.....
Masing-masing muka masih ceria....belum ada lagi yang mabuk laut..hehehe.
Ada 3 orang yang turun untuk snorkeling,I is penakut sebab tak reti berenang,jadinya I hanya jadi pemerhati tetap...yang gi snorkeling,ada penjaga yang menjaganya..So,usah bimbang sebab bapak yang jaga ni,memang baik dan bagus....
Tu bapaknya yang tukang menjaga time kawan-kawan buat snorkeling.
Dah penat snorkeling dan keliling pulau,akhirnya kami check in di Bech Wind Bungalow.Oklah tempat penginapannya.Liza duduk 4 orang sebilik sebab bungalownya 2 tingkat.Tapi sebab bahagia tingkat atas tu macam seremmmm jer,malam tu,Liza tido bertiga atas satu katil...hahahaha..Tak lah takut...Lepas mandi sebab basah masa aktiviti snorkeling,kami makan dan tido...perghhhh sedappnya time tido bila badan dah penat..Pukul 4.30pm kami bangun dan keliling Gili Trawangan naik codomo (kereta kuda).
Naik kereta kuda ni dalam 150000 rupiah..so,silalah convert sendiri ke duit Malaysia yer...seronok gak naik kereta kuda ni....Tapi kesian gak kat kuda tu sebab yang naiknya tu,kira heavy weight gak...hahaha..sib baik kuda tu tak pancit tengah jalan....
Sempat ckap kat pemandu kereta kuda tu,suh berenti sebab nak bergambar kat sini..Cantik restoran buluh ni..
v
v
v
v
v
v
Posing,dan posing..............
v
v
Pastu berhenti kat Ombak Sunset,dan bergambar sakan.....
v
v
v
Last sekali,bergambar reramai kat kuda...hahaha.
Dua orang kawan ni je yang berani naik kuda....gigih diorang nak memanjat sebelum dapat naik tau...sebab tu I tak berani...hehehe.
###############################################
Di pendekkan cerita sebab banyak lagi nak cerita dan tepek gambar banyak2,tapi takpe...boleh bersambung kat Part 3 nanti....hehehe
Lepas penat naik kuda,kereta kuda dan berposing sakan,kitorang makan malam kat Gili Trawangan Night Market.
Hasil lensa dari kamera kawan.....macam2 jenis makanan yang ada di night market...antaranya..
v
v
v
v
v
v
v
Dah kenyang makan, kami layan Gili Gelato plak...ermmmm sedapnyaaaa...
Sedap hingga ke titisan jilatan terakhir.....memang puas hati...
Sebelum balik hotel,posing sini dulu
v
v
v
v
Hotel kami belakang cimb tu jer....kalo tak cukup duit,bole je pi cucuk kat mesin atm tu.
Da...sekian dulu..hingga berjumpa lagi dalam Part 3 nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: