25 Jun 2010

KARIPAP AYAM

Salam selamat pagi jumaat......

Moga hari ini bertambah ceria dan bertambah berkat hendaknya wat kengkawan blog yg sudi melawat blog Liza hari nie.......
Semalam tengah rajin nak wat karipap ayam...mak and ayah ada,so diorang lah yang tolong sekali...hehehe.Anaknya lagi suke sebab dapat makan hasil air tangan mak yg bukan selalu boleh dapat makan...hehehe.Lagipun makayah akan balik JB pagi nie,so...alhamdulilah,dapatlah merasa karipap buatan tangan mak......


Inilah inti karipap ayam......


Adunan karipap yang telah diuli.........


Karipap yang siap dibuat cuma belum sempat di goreng....hehehe


Yang telah di goreng dan siap di makan.................hehehe.Suratkabar kat bawah tu tak sempat nak keluarkan....


Bahan-Bahan:

½ kg tepung gandum
1 sudu besar marjerin planta dicairkan
6 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging/ayam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
400g daging ayam kisarSedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa


Cara:
Uli tepung terlebih dahulu bersama marjerin cair/garam.
Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.




Untuk membuat intinya:
  1. Potong ubi kentang .
  2. Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia .
  3. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.


Sedia utk membuat karipap.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails