14 Februari 2013

BUBUR KETAM


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera....

Apa khabar semua...moga sihat walafiat.Oleh kerana bz keje,tak sempat nak update selalu blog yang tak seberapa nie.Masak pun bila time rajin.Yang nie pun entri tertunggak.Masak waktu pagi2 sesudah subuh sebab niat dalam hati nak makan sama2 dengan member kamceng...masa nie masing2 bawak potluck memasing,so makan reramai walaupun hanya bertiga sahaja...memang rasa seronok dan meriah.Ikatan persahabatan yang terjalin ini ketika mula2 masuk keje tahun 2001 dan juga zaman belajar degree dulu,semakin erat.
Menu yang sempoi nie bila di makan bersama2, memang menyelerakan...hahaha


Bubur ketam yang dilawankan dengan ikan bilis goreng,bawang merah goreng,bersama lobak asin dan lobak manis serta tak lupa telur asin...memang meriah dalam bubur tu...cukup lengkap untuk menu BRUNCH kami ...


Siap di tapau sebab nak makan sama2 kat opis time breakfast...dan memang sampai ke petang kenyang.Kalo terasa lapo time2 kul 4 ptg tu,kami mengeteh sama2 dalam bilik...(buat kopi atau teh dan di lawankan dengan biskut "cream kraker"..) itupun sebab masa nie student masih bercuti dan belum start kuliah...jadi,memang masa tak bz dengan kelas,bolehlah together gether2...hehehe




1 Februari 2013

TAUHU BAKAR SAYUR


Assalammualaikum wbt...

Nie menu tertunggak...sejak bz ngan keje,masak memasak ala kadar jer.Mood malas memanjang jerk....kalo datang rajinnya baru masak.Nie pun buat benda alah nie pun sebab ada permintaan dari rakan opis.Memasing bawak "potluck" memasing,jadi kitorang makan sama2 bila time BRUNCH...


Menu simple nie hasil ujikaji bila makan kat restoran CHINESE MUSLIM kat area sini, so bila makan...Liza main agak2 jer rasanya camne...masa tu makan dgn 2 orang member opis nie kat restoran CHINESE MUSLIM tu....so kitorang teka2 lah bahan2 yang terkandung dalamnya.....dan akhirnya, kengkawan cabar suruh buatnya utk makan2...so...buatlah jugak dengan bahan2 yang main agak2...hehehe.Walaupun tak sama dengan resepi asal yang di makan kat restoran tu...tapi kengkawan cakap SEDAPPP...hahahaha.Bangga sekejap..(tak taulah kalo diorng nak jaga hati,tapi diorang makan banyak plak tu bila bawak kat opis...rasanya not BAD lah tu kan.....)


Nie resepinya :

3 keping tahu lembut - di hancurkan 
mix veggi - blender halus
bawang merah 2 biji -blender halus
2 biji lada merah- diblender halus
100 g udang basah - buang kulit dan cincang halus
daun bawang dan daun sup- di cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
1 sk Lada sulah 
bawag goreng sebagai hiasan
1 biji lada merah di hiris halus sebagai hiasan
sos cili sebagai pencicah

Cara :
Tauhu lembut di hancurkan.Bahan- bahan yang di blender halus dan di cincang halus,di masukkan sekali dalam tauhu yang telah di hancurkan.Gaul sebati . Masukkan garam ,gula dan lada sulah sebagai perasa.Adunan yang telah di gaul rata dan sebati,di sudu kan masuk dalam acuan kuih cara @ acuan muffin kecil.Ditabur dengan bawang goreng dan akhirnya di bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 20 minit.
Siap dan boleh dihidang dengan sos pencicah kesukaan anda.




Siap...dan akhirnya jadi jugak ikut resepi sendiri dengan merasa menu restoran tu dulu..............






NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails