Assalammualaikum wbt..............
Apa khabar semua.....Baru sempat bersiaran nak siarkan menu semalam semasa berbuka pose....
Resepi emak,so ikut jelah apa yg di cakap melalui mulut.....
BAHAN-BAHANNYA :
(utk 2 org makan)
2 genggam Mee Kuning- dicelur dan ditoskan (cukup2 tuk 2 org mkn dan ada baki sikit...hehehe)
Segenggam taugeh - dicelur dan ditoskan (oleh kerana makan sendiri,malas nak buang ekor dia)
4 biji cili merah - dihiris halus
5 biji limau kasturi -dibelah 2
Hirisan daun bawang dan sup
Bawang goreng
3 biji telur rebus dibelah 2
Mee kuning yang telah di celur
Hirisan cili merah,belahan limau kasturi ,bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun sup.....
Bahan-bahan untuk kuahnya :
3 ulas bawang putih,3 biji bawang besar ,1 inci halia ,1 btg serai ,3 genggam udang kering -direndam sebentar,1 inci lengkuas,4 btg cili merah utk pedas,segenggam serbuk kacang tanah yang sedia ada,4-5 ekor udang besar - dikisar halus
Kulit udang dikisar halus dengan air - tapis dan ambil airnya
sebiji keledek-direbus dan dilecek bagi memekatkan kuah nanti
2 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Caranya :
Tumis bahan2 yang dikisar + rempah kari ,dalam kuali sampai naik bau.Masukkan air + air tapisan kulit udang tadi.Kacau perlahan2,bila didih,masukkan keledek rebus tadi.Perasakan dengan garam dan gula.(Gula kena lebih ,sebab mee rebus ada rasa manis2 dan pedas.Yang pedas nie sebab ikut tekak sendiri..).Tutup api bila semuanya dah pekat.
Hidang dan hiaskan dengan seperti gambar kat bawah nie.....
sedapnya...hhhmm..puasa ari ni, xleh tgk lama2....hihihi
BalasPadamsalam lebaran liza....fuyooo, tergoda akk tengok mee tu...hihihi
BalasPadamaduh sedap nyer...nak try gak lak..
BalasPadam