TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

12 Ogos 2012

CITER SEDIH NAK BELI EMAS KAT KEDAI TERKENAL......

Assalammualaikum wbt...

gambar sekadar hiasan,takde kena mengena dgn rantai tangan I...hehehe


Masa jenjalan window shopping sensorang diri awal2 bulan posa hari tu, hajat hati nak beli rantai tangan .Tapi pasang niat dulu,tengok2 dan survey2 harganya dulu. Sampai kat satu kedai emas yang terkenal tu ..ala,yang orang melayu bumiputera punya tu (  H _ _ B    J _ _ _ L )....terkenal dikalangan artis tu....tajaan ribu riban tu.....kat dalam kedai tu,ramai gaklah pelanggan dan jurujualnya pun ramai.....Tapi tulah,oleh kerana Liza pakai sempoi, jeen lusuh dan baju t shirt muslimah ,lagak cam orang kurang berkemampuan,pakai cincin emas pun yang tak seberapa nak megah......langsung tak di pandangnya kita sebagai customer yang masuk ke kedai tu....padahal kita dah terjengah2 melilau biji mata tengok rantai emas kat situ...langsung takde budi bahasa sungguh jurujual pompuan tu nak tegur Liza....At least berbahasa basi ker cakap,"Cari apa kak"...last2,Liza yang tanya dia,berapa emas segram sekarang dan berapa harga rantai tangan nie..(sekadar nak tutup malu dan jaga hati sendiri)....Pompuan tu plak bole tengok muka Liza dari atas ke bawah.....Heran bebenor ker tengok Liza ?Liza kalo dah jurujual tu tengok atas bawah , macam aku tak mampu nak beli emas....terus dalam hati nie berkata,berlagaknya jurujual nie...dia tak tau ker,dalam beg buruk aku nie,ada 3-4 ribu aku bawak cash semata2 nak beli rantai tangan besor mak datin...tapi langsung takde adab sopan nak tegur pelanggan,ingat aku tak layak nak beli emas 916 ker...tak menghormati pelanggan...terus reject..Kurang sorang pelanggan beli kat kedai diorang tu.Mood nak beli ,terus tak jadi nak beli...huhuhu.Dalam hati berkata2..."Kalo setakat gaji kau tu,aku pun boleh bayar...dah keje kau melayan pelanggan tapi buat muka bodoh jer layan aku,memang takde sape akan dtg kedai nie   "huhuhu...Mood sakit hati dan membebel2......STerus hati nie reject dari kunjungi mana2 kedai  H_B_ _    J_ _ _ L...
Sakit hati tu hilang bila mood shopping tudung datang.....


Selang seminggu lepas tu,jenjalan dgn mak dan adik ,bila masuk kedai emas W_ h   Ch _ N (sila isi tempat kosong nie yer),lain betul gamaknya layanan diorang yang bukan Islam.Walaupun kita sekadar nak tngok serta cuci mata saje ,dan melilau biji mata tgok emas bergemerlapan ....layanan diorang memang bagus...Tip top....walaupun Liza pakai sempoi,jeen lusuh dan t shirt ,diorang tetap melayan pelanggan dengan baik..Kita sebagai pelangggan,bukan nak depa layan kita macam ratu,tapi hargailah pelanggan,mungkin pelanggan yg datang tu adalah REZEKI untuk diorang pada hari tu......Dari taknak beli,jadi terbeli.....haaa kaw,dapatlah jugak sambar rantai tangan ...kali nie,tak payah langsung kuar duit...tak payah bayar satu sen...di ulangi,tak payah kuar sesen pun......Mak dan adik siap dapat gelang dan rantai baru pun...dgn tukar yang lama,dapat yg baru.....hebat kan.......
Raya tahun nie,bergaya dengan gelang baru....hehehe.

Apa yang nak Liza sampaikan......camne lah kita nak tolong Bumiputera kita,kalo depa  layan kita pun SEMBERONO saje......mcm mana nak maju........Tapi mungkin tak semua macam tu kot.....nasib Liza je yang tak baik masuk kedai kat cawangan situuuuuuuuuuuuuuu......

AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA APA YANG  DI SAMPAIKAN INI ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA....IKHLAS DARI SAYA,TAKDE NIAT NAK MENGATA MANA2 PIHAK,TAPI ITULAH REALITI YANG TERJADI PADA SAYA YANG NAMPAK MISKIN /TAK MAMPU  INI.....

Moral of the story :Buat para penjual (tak kiranlah jual apa)...jangan pandang para PELANGGAN/PEMBELI anda hanya sebelah mata saje, kerana... merekalah punca  REZEKI anda dan komisyen  pada anda hari tu.....

SEKIAN



11 ulasan:

Si Matatajam berkata...

Untuk kes ni mmg kena la dengan pepatah don't judge a book by its cover...M yg baca ni pun tumpang sedih...

asma langit berkata...

betul tu kak...
Dorg ni selalu cakap "Beli la kat kedai Melayu." "Melayu tolong Melayu.".. Tp bila nak mai beli, dilayan mcm kte nk minta sedekah... Sape nak mai lagi...

Errah berkata...

berbeza dgn errah..errah pergi wah chan pekerja dia layan xlayan jer..mmg berlagak. last2 xjd nk tgk2 lg.trus survey2 jmpe habib plak.pkerja dia lyn ok yg slh nya bkn kedai rsanya tp staff drg la. drg kene cr pkrja yg btl2 pndai dalam kmuniksi n lyn org ni..

FiZ berkata...

pernah jugak berpengalaman mcm ni.tp bukan kedai tu la.terus ban dah xmo p kdai tu.geram kan.

~~zana@pb~~ berkata...

Salam ramadhan dan selamat hari raya Liza...hehe...awal akak wish raya ni. Takut lepas ni tak sempat nak bw.

Setakat ni akak pergi mana2 Ha__b ok je, mungkin nasib Liza yg tak baik hari tu. Tapi kalau akak kena mcm liza, akak pun takkan jejak kaki kat kedai tu. Tunggu sampai hati dah sejuk, kemudian cari staf lain yg lebih ramah.

Nor Arinee Mat Saaud berkata...

salam,

setakat ni kalau pergi HJ atau WC ke PK ke mana2 kedai emas mmg layanan tak pernah diorang layan dgn tak berhemah, I juga tak pakai hebat pon.tapi masih dilayan elok. alhamdulillah.

kalau ke HJ Alamanda tu dia punya sales person mmg peramah, siap policy mereka hanya akan intertain satu pelanngan dlm satu2 masa, sgt efective.

Faiz18 berkata...

Memang betul. Sya pegi kedai mas kat masalam. Kedai dayana. Dua kali saya singgah sebab berkenan kan cincin emas. Dua dua kali tu diorang tak pandang pun saya. Seorang berbual kat hand phone sorang lagi tengah belek2 kotak pos laju. Saya tegur...Assalamualaikum, sibuk ke? Baru la depa senyum2 segan. Hmm..melayu oh melayu..berlagak tak habis2.

Faiz18 berkata...

Betul tu..saya singgah kat kedai mas dayana di masalam. Masa first time singgah diorang tengah kira duit dan cek barang. Diorang buat tak tau je. Lepas tu saya singgah lagi. Sorang tengah on the hand phone dan sorang lagi tengah main2 dengan kotak pos laju...sikit pu tak pandang saya yg nak membeli cincin emas... saya tengur, ehem sibuk ke? Baru la diorang pandang saya. Melayu oh melayu. .tak habis2 berlagak.

Tanpa Nama berkata...

Jangan rasa rendah diri sangat puan.macam saya pun jika betul2 nak beli emas baru saya berani belek lama2 tanya tu ni.bila kita bersungguh mcm tu,pakai apapun mereka pasti gembira nak layan kita.spt yg puan kata,financial puan kukuh seharusnya keyakinan dalaman juga harus seiring.puan yakin lah yang puan banyak duit jadi apa pun yg orang pandang takkan memberi kesan pada kita.insyalah mudah mudahan.

elnino slyvain berkata...

Smkm....
sye dr singapura...hehe,sye bce pn le ktawe....maunye tdk,pelayan org mlayu skg yg ade da xde adat sopan santun....klu mereka pandai layan pelangan,ne thu pelangan tu akn bwk sedare mare yg laen skli,yg untong,kedai tu jgk

Zalia berkata...

Penah kena gak ngan kedai yg pertama tu. Kat klcc. Masa tu br abes kelas kat utm. Terus p naik lrt je. Sng kan. Cam hampeh jeeee tgk kiter atas bawah. Next week tu kiter dtg dgn kostum berbeza. Elok je pulak. Tp saje nganjeng depa. Tya mcm2. Cuba mcm2 jenis. Dekat sejam. Blah dr situ. Hahahahaha...

background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (147) KUIH (31) ROTI (30) 2014 (19) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)