TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

29 April 2011

JALAN2 SEHARIAN KE SINGAPORE - PART 2


Malas nak tulis panjang2,Liza just tepek gambar2 yg ada jer.................


Oleh kerana empunya diri tak nak over expose,so cover dgn watermark kiut tu...hehehe



Nak snap gambar patung hitam tu ...bukan gambar abang2 bangla tu yer.....


Kat depan bangunan hotel yg cantik.....water mark nie mewakili diri Liza...hehehe

Ni plak,tak tau nama apa...Liza amik gambar sebab nampak unik..Cam bahtera atas puncak bangunan plak......memang unique Singapore nie




Esplanade nie nampak unik sbb cam bentuk buah durian...duri2 durian.....




Liza kat sebelah burung batu nie...nampak kiut burung tu......nak cover biar orang tak kenal Liza,so cover dgn water mark...hehehe

Kawasan nie pun cantik.....ala2 venice plak...hahahaha


Selamat sampai ke JB SENTRAL tepat pukul 6.30 ptg.Jalan2 ke Singapore untuk sehari jer.Saje nak tgok tempat orang.Esok2 kalo gi Singapore,harus singgah ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE plak......

Mercu tanda Singapore.................


SEKIAN.WASSALAM....................





28 April 2011

JALAN2 SEHARIAN KE SINGAPORE - PART 1

Assalammualaikum......
Masa cuti seminggu pulang ke Skudai,Johor umah mak ayah,Liza sempat amik peluang seharian gi jenjalan kat Singapore pada 22/4/2011 hari tu.Dan esoknya plak pada 23/4/2011 ada majlis cukur rambut dan kenduri akikah Aina....Saje nak pergi sebab last pergi Singapore dulu masa Tingkatan 2 .Itupun sebab gi ikut kawan gi umah makcik dia.Dulu masa guna pasport terhad dan tukaran duit Malaysia dengan Singapore tak terlalu besar dan jauh bezanya,pernah gak ikut mak gi shopping sana dan lagipun ada sepupu tinggal sana.Jadi takde masalah.Sekarang nie,rasanya dah dekat hampir 20 tahun tak jejak Singapore,alang2 dah bercuti seminggu kat Johor tu,amiklah peluang kan...kang tak merasa plak nak jejakkan kaki ker Singapore tu plak kalo dah tutup mata...hehehe.Lagipun bukannya jauh sangat pun,seberang tambak jer...hehehe

Liza kire gamble jer gi dgn naik bas...hehehe.Kuar dari umah mak kat skudai tu dlm kul 7.15 am,adik  hantar terus ke Busstation JB...Makan2 sarapan kat sana,dalam kul 8.15am amik bus ekspres JB-Singapore.Tambang dalam RM3.30 sorang, terus ke Queensstreet.Best betul sebab naik bas turun bas jer.Pengalaman baru turun bas kat JB Sentral tuk chek passport kat kastam Malaysia sebelum masuk Woodlands.Kena berkejar-kejar gak kat situ takut bas tinggalkan kitorang,jadi bile dah lepas sahkan pasport kat imegression dan kastam JB,kami berlari-lari anak ke hentian bas .Tiket yg di beli tu,siap simpan elok2 takut nanti hilang,kena beli tiket lagi....Tapi memang penat,sebab dah lama tak terkejar2 bas cam zaman budak2 sekolah dulu..hehehe.Sekarang nie dah tua,masih mude yer...jadi mengah2 jugak menahan nafas bile dapat naik tangga bas yg menunggu....




Pemandangan dalam bas ekspress JB-Singapore ...melalui tambak Johor.Memang banyak tul perubahan kat bandar kelahiran Liza nie.2 tahun tak tinggal kat Johor,banyak perubahan yg berlaku.KOMTAR JB yg banyak meninggalkan kenangan sebab di situlah tempat lepak2 Liza dgn kengkawan sekolah bile hari minggu,tinggal bangunan pejabatnya jer....shopping kompleks yg baru akan dibina kat situ.


Tempat yg mula2 Liza singgah ikut naluri hati dan langkah kaki..(konon2 terer la sbb tak tanya org).Main jalan je.Lagipun masa hari Liza datang nie,hari GOOD FRIDAY,jd ramai warga Singapore bercuti dan berpusu2 kete dari Singapore keluar ke JB....hehehe.BUGIS STREET nama tempat nie.ala2 macam PETALING STREET kat KL tu....Barang2nya kire murah lah utk bershoping bg warga Singapore,tapi warga asing mcm Liza nie,kire mahal lah sebab tukaran wangnya...Kat Johor,Liza dah siap tukar RM 250 = 100 dolar Sg.....Cukup tak cukup,bagi cukupkan...tapi alhamdulillah,dtg Singapore nie saje nak jalan2 release tension dan tgok tempat org,jadi,takdelah nak bershoping sakan......



Bangunan yang ada bersebelahan dengan BUGIS STREET tu....Nampak unik dan cantik...Main snap jer gambar,tapi tak tau apa nama bangunan tu...hehehe


BUGIS STREET



Bangunan ILUMA......cantik dan  sungguh unik.Dan sejak sampai kat WOODLANDS lagi,memang dari dalm bas,Liza dah nampak bandar Singapura nie memang bandar yang bersih.Tak nampak satu sampah pun yg bertabur kat jalan raya atau kawasan sekitarnya..





Pandangan depan BUGIS STREET..............



Dah penat pusing2 kat BUGIS STREET tu, sebenarnya tak tau nak ke arah mana lagi.Tapi sebab ada ramai gak pelancong yg menuju ramai2 kearah satu tempat,Liza ikut jer diorang.Last2 sampai kat sini...hehehe.BUSHORAH STREET yg terletaknya MASJID SULTAN .


Cantik sangat MASJID nie...memandangkan hari tu,hari JUMAAT,ramai yg datang nak bersolat JUMAAT....So,lunch kat sini.

Kat sini macam2 ada...barang2 souvenir pun ada....





Sementara menunggu orang bersolat Jumaat,Liza jenjalan kat sume kedai nie.Just tengok2 jer...dan sambar gaklah cenderahati yg ada kat situ sbg kenang2an.....



Sambil melepak kepanasan menanti my king abis solat Jumaat,Liza jadi penunggu setia menunggu moto2 besar nie...hehehe.Kat sini,susah nak nampak moto2 kecik..sume yg besar2 gedabak macam nak race kat litar lumba tu.....



Haa...tak caya yer,tgok plak yg sebelah sini....sume moto2 besar,yg beskal nie pun,orang bangla je yg naik.....murah agaknya moto2 besar nie kat Singapore....hehehe

Abis jer orang ramai kuar dari masjid tu,Liza plak amik giliran tuk bersolat sekali kat situ...
Lepas tu, guna MRT tuk ke esplanade singapore...


Stesen MRT LAVENDER....amik mrt nie nak ke esplanade...padanlah susah nak nampak warga singapura kat atas jalanraya,rupa2nya ramai yg kat bawah tanah guna perkhidmatan MRT nie....MRT nie memang laju



Sempat gak snap gambar nie...ni bukan bot pendatang asing yer...ni bot bawak pelancong yer...hehehe


bersambung lagi ...
PART 2 akan menyusul esok....daaa...nak sambung wat keje...




27 April 2011

RINDUNYA KAT AINA...................


Kepala dah gondol di cukur,terpaksa di pakaikan topi tuk elakkan kesejukan ...hehehe.Cumel tul Aina masa nie.



Assalammualaikum....................
Seminggu Liza bercuti di Johor,selama tu jugak blog nie pun bercuti.Seminggu dok rumah mak sambil melayan karenah baby Aina,bile balik Penang semula nie,terasa rindu bebenor.Rindu nak cium dan main2 dgn Aina....wlpun baru berusia 43 hari,baby kiut nie nampak cam budak yg dah 3-4 bulan...badan dah tegap dan senang nak pegang dan didukung.....

Nak tayang kat sini masa majlis cukur rambut dan akikah untuk Aina kat umah mertua adik liza.

Jiran sebelah rumah mak mertua adik yg memeriahkan majlis doa selamat



Buah tangan untuk tetamu yang datang bertandang



Orang ramai sibuk memotong rambut dia,Aina still tido.....macam takde apa2 yg berlaku jer...


Adik bongsu Liza yg bertudung hijo tu.....


Nyenyak tul Aina tido wlpun kepalanya di pegang orang...huhuhu


Diam jer dengan mata terpejam di pangkuan orang lain....


Alaaa...rindunya mak long kat muncung Aina nie.....nampak comel bile tak sabo nak hisap susu


Mak bersama cucu sulung kesayangannya........


Bekas bunga rampai dan kelapa bekas rambut Aina....







19 April 2011

APAM NASI


Assalammualaikum...................
Apam yg dibuat untuk buke pose semalam......Liza amik resepi dari majalah wanita dolu2 punya.Simple jer....Jom layan gambo dan resepi yg adoo yer....



Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk + 1/2 cawan air - diblender halus
1 cawan air + 1 paket yis kering (mauripan)
1 cawan gula (Liza kurangkan kepada 1/2 cawan jer...)
Pewarna merah dan kuning

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan menjadi sebati dan tidak bergentel-gentel
  • Bubuh pewarna merah dan kuning (ikut suka anda yer,nak bubuh atau tak)
  • Biarkan kembang dalam 20-25 minit 
  • Pastu kukus sampai masak
  • Taburkan dengan kelapa parut yg digaul garam.









background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (145) KUIH (31) ROTI (30) IKAN (19) 2014 (18) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) APA2 SAJE (3) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)