START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

1 Mei 2011

FILLET IKAN DORI BERSOS PEDAS


Assalammualaikum.................
Menu tertunggak nie dimasak pada hari Jumaat .Oleh kerana semalam (Sabtu ) , Liza gi KL semata2 nak pi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC dan jalan2 di pasar malam Jalan TAR semata2 nak makan2 angin mengimbas kenangan lalu sewaktu berdating dulu2...so baru hari nie sempat nak tempek kat blog nie....huhuhu.

Layan jelah gambar nie dan resepinya yg Liza amik dari dapur  INTAN KITCHEN. Tak pernah lagi wat menu nie sebab tak teringin pun nak beli fillet ikan dori tu,sbb tak tau nak dipelbagaikan dengan resepi apa.Tapi bile termasuk blog INTAN KITCHEN,nampak tertarik plak nak cubanya.Memang sodappp.....
Thanks bebanyak kepada tuan punya resepi...Kak Azlita Aziz.Liza amik resepi nie yer ,minta izin dan dihalalkan....hehehe








FILET IKAN DORY BERSOS PEDAS

BAHAN-BAHAN

3 keping filet ikan-Liza beli ikan dori yg jual kat JUSCO tu
1 camca teh serbuk lada sulah
1 biji putih telur
sedikit tepung jagung
1 genggam Mix vegi
5 ketul cendawan shitake-dihiris nipis



Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
2 cm halia
5 biji cili api

Bahan Sos
2 sudu besar sos tomato
2 camca besar sos cili

1 camca besar sos tiram pedas
1 sudu besar kicap MANIS

1 kiub ayam
sedikit air


CARA-CARA

Ikan dicuci bersih dengan perahan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir. Gaul  ikan dgn serbuk lada sulah dan kemudian celupkan dlm putih telur dan lumurkan pula dgn tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng filet ikan hingga kuning keemasan. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Ambil 3 sudu besar lebihan minyak mengoreng ikan tadi dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bahan sos ,mix vegi dan cendawan shitake.Masak hingga kuah pekat dan mendidih. Tuangkan sos itu atas ikan yg telah dihidang atas pinggan. Hidangkan panas.




1 ulasan:

CT Delima berkata...

Assalamulaikum liza

sungguh berselera tengok menu ni. sesekali ubah makan makanan macam ni mesti sedap kan :D

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails