START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

1 April 2011

KEK KURMA LEMBAP


Assalammualaikum sume.....


Baru sempat liza nak tepek n3 nie.Liza wat semalam pagi sesudah subuh sebelum gi school semata2 nak perabiskan kurma yg ada dlm esbok.Beli bulan 2 hari tu sebab nak makan gitu2 aje,tapi kalo setakat Liza je makan kurma tu,memang tak abis.Jadi,bile wat kek nie,dan bagi kat jiran sebelah umah dan kawan2,at least,abis gak kan...hehehe.


Jom layan resepi yg Liza amik kat majalah wanita dulu2...simple jer bahan2nya dan cara2nya,cuma nak dan tak nak jer nak membuatnya....Jomz layan resipi dan gambo je yer sebab dah habisss....hehehe






BAHAN-BAHAN

250 g mentega
150 g gula halus 
2 biji telur
250 g tepung naik sendiri 
13 biji kurma yg telah dibuang biji dan dicincang- dipanaskan bersama1/2 cwn susu cair)

1 tsp soda bikarbonat1 tsp vanilla ( saje tambah)

CARA MEMASAK

  • Putar mentega dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur satu demi satu dan masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonat
  • Tuang kurma yg telah dipanaskan dengan susu tadi dan kacau sebati
  • Masukkan semua adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 c selama 40 min.


















Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails