20 Jun 2013

NEGERIKU DILANDA JEREBU TERUK


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera............

Dalam sibuk2 menandakan paper final exam, kesihatan merudum sikit...sakit tekak,mata berair dan batuk sgt disebabkan jerebu teruk melanda Johor.Dan picture2 yang diambil nie pada hari semalam Rabu (19.6.2013 kul 9.00 am ) dan juga pada hari nie...Khamis (20.6.2013)..........pandangan dari bilik opisku di tingkat 7 bangunan FKAAS,UTHM.
Terpaksa pakai mask tutup hidung dan mulut kerana bau terbakar jerebu yang sangat kuat....dalam bilik pun boleh bau sebab aircond centralised.Terpaksa tambah kuasa kipas untuk hilang bau asap tersebut yang menyeksakan hidung.

Dan indeks pencemaran yang diambil oleh rakan sefakulti pada hari semalam dan hari ini...mencatatkan indeks yang tidak sihat...
NILAI INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) UTHM


TARIKH
KAWASAN
MASA
MASA
MASA
19 JUN 2013
UTHM
165*(jam 11.00 am)
126*(jam 1.00 pm)
79*(jam 3.00 pm)



API
Status
0-50
Good
51-100
Moderate
101-200
Unhealthy
201-300
Very Unhealthy
>301
Hazardous




Nota
       *       =  Habuk Halus (PM10)             c    =  Ozon (O3)
       a      =  Sulfur Dioksida (SO2)            d   =  Karbon Monoksida (CO)
       b      =  Nitrogen Dioksida (NO2)        & =  Lebih daripada satu pencemar
      
      
Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.





Dan gambar2 nie plak diambil pada pagi hari nie...Khamis 20.6.2013....dengan catatan indeks pencemaran udara :

NILAI INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) UTHM


TARIKH
KAWASAN
MASA
MASA
MASA
20 JUN 2013
UTHM
490*(jam 8.00 am)
252*(jam 12.00 pm)
-*(jam 3.00 pm)



API
Status
0-50
Good
51-100
Moderate
101-200
Unhealthy
201-300
Very Unhealthy
>301
Hazardous




Nota
       *       =  Habuk Halus (PM10)             c    =  Ozon (O3)
       a      =  Sulfur Dioksida (SO2)            d   =  Karbon Monoksida (CO)
       b      =  Nitrogen Dioksida (NO2)        & =  Lebih daripada satu pencemar
      
      
Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.





Pemandangan dari bilik opisku di tingkat 7 pada pukul 10.00 am tadi......................nampak cam berada kat ober sea kan....kan..kan....hehehehe


Daaaa..........selamat bekerja dalam suasana yang menyeksa nafas walaupun dok di bilik aircond dan kipas.....tak boleh bukak tingkap..

30 Mei 2013

JELLY KELAPA PANDAN



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...............

Oleh kerana sekarang nie musim panas,saje buat stok Jelly Kelapa nie penuhkan peti ais tuk menyejukkan tekak...So layan gambar je yer.Siap buat dua versi warna.



Yang nie versi rajin .Letak pewarna pandan dan letak dalam bekas yang bertutup,macam nak berniaga plak kan................hehehe




Yang nie plak versi malas  sebab malas letak warna dan  tuang jer dalam cawan...plak tu suka letak kelapanya banyak2,baru best nak makan.....nyum3x


Meriah sungguh isi kelapa tu kan............untuk  tekak sendiri,bolehlah letak bebanyak...kalo berjual,takde mananya nak letak banyak camtu......rugi wooooooooooooooooo.....


Nie resipinya yang mudah.........

Bahan-bahan 

1 paket agar2 serbuk (20gm) 
3 liter  air  ~ Liza guna air dr 3 biji kelapa muda + air biasa(kalo air kelapa tak cukup)
isi kelapa muda ~ Liza beli kat kedai yang dah siap korek-senang dan mudah
6 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 
1 helai daun pandan 

Cara-cara 
  1. Masukkan air kelapa muda-( tapis siap2 tuk asingkan isinya), serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih . Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.Dan letak isi kelapa dalam bekas tersebut.
  4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.






28 Mei 2013

BUAT PELAJAR-PELAJAR KU SAYANG..............



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera..................

Buat pelajar2 tersayang, STUDY SMART n good luck................














SAYA doakan KAMU SEMUA BEROLEH KEJAYAAN.....................



NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails