28 Januari 2012

KEK LUMUT


Assalammualaikum wbt....

Hari nie Liza merajinkan diri setelah lama tak mengasah bakat kat dapur...hehehe.So,bila terpandang kek lumut nie kat dapur Kak Azlita,Dayang  dan kak yati,terasa je tekak nie nak makannya plak.Tak pernah buat kek nie,jadi nie kiranya first time buat sebab semata-mata nak merasa kesedapannya....walaupun ruponya tak secantik otai2 masakan yang buat,tapi alhamdulillah,rasanya memang sedap.Thanks pada akak2 yg sudi share resepi dan tayang masakan masing2 kat blog.Dan sememangnya,menarik minat mata tuk mencuba dan merasanya...hehehe.

Masa tanggalkan kertas foil,lapisan kulit atas kek melekat,jadi tersongih sikit kek lumut Liza nie....:)




Sumber resepi :Dayang
Skodeng gak resepi kat : Kak Yatie & Kak Azlita


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum ~ diayak 

1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis (Liza letak susu cair sebab susu pekat abis..huhuhu)
1 sk esen vanilla

Cara-caranya:

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)(Liza kukus 1 jam 45 minit jer...sebab malas nak tunggu lama2....hehehe,-tapi tulah,kek tak secantik sifu2 punya kek sebab menderhaka pada masa kukusnya)




Oleh kerana tak sabau nak makan, kek belum sejuk dah di potong...jadi ,kek nampak tak cantik bila dipotong panas-panas.Apapun,kek lumut nie memang marveles...tak terkata memakannya sebab gebu je masuk ke mulut dan lembut macam kek span pun ada.



27 Januari 2012

SUSHI...MENU ORANG MALAS BILE BZ STUDY


Assalammualaikum.................selamat petang.
Dan moga gembira tgok menu sempoi nie....hehehehe.
Layan je yer gambar nie dan menu nie Liza ikut kat sini .




Daaaa........................selamat menjamu selero.....nak sambung buat keje......hehehe

SAYA BAHAGIA DAN GEMBIRA DI SINI........

Assalammualaikum wbt....
Salam pagi Jumaat yg penuh keberkatan ini.Baru sempat nak update blog....walaupun buat2 bz,tetap nak sempatkan diri update blog yg tak seberapa ini.......Dan alhamdulillah,dengan semangat baru ,azam baru di tempat baru dengan meninggalkan kenangan pahit dulu,jati diri dan jiwa ini semakin bersemangat meneruskan perjuangan yg belum selesai.Jom layan gambar ini yang menerangkan seribu satu perkara yang bermain di fikiran tanpa perlu meletihkan jari jemari yang runcing ini menaip patah perkataan.

Jurnal2 yg wajib di baca sebelum menulis LR


Sambil layan baca paper kat internet.................


Errmmmmm................my workstation 


I'm happy with my work now......alhamdulillah,perubahan begitu ketara berbanding berada di sana ...syukur ke hadratmu ya ALLAH





NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails