17 Oktober 2010

PEDAL & HATI AYAM BLACK PEPPER

Salam.....

Menu tengahari tadi ala2 kampung yang sempoi....ermmm,ala2 kampung ker?Wateverlah,janji makanan yang di masak nie mengenyangkan perut dan yang penting bole di bawa tuk makan malam pulak...hahaha.Kiranya masak banyak sikit tuk malam sekali,memang dasar malas nak masak 2-3 kali...huhuhu. 



Inilah menu tengahari tadi................


Ok,jom kite tengok menu satu persatu yer.....



PEDAL & HATI AYAM BLACK PEPPER




BAHAN-BAHAN

250g hati & pedal ayam - Liza rebus dulu dlm 15 minit.
4 ulas bawang putih -tumbuk
2ulas bawang merah-tumbuk
3 sudu besar serbuk black pepper
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
6 biji cili padi – ketuk bagi rasa "power" pedasnya
1  biji bawang besar - dihiris besar2

CARA:


  1. Hati pedal yang telah direbus di goreng sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 
  2. Dalam kuali yang sama masukkan bawang yg telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau.
  3. Bila bawang naik bau, masukkan black pepper dan air.
  4. Bila air dah mendidih, masukkan hati dan pedal tadi, cili padi ketuk, bawang yang dihiris besar2. Rasakan dengan  garam dan gula.
  5. Tutup api dan hiaskan dengan bawang goreng.


Pastu lawannya plak :


SAMBAL GORENG SOO HOON



Bahan:

Soo Hoon, di rendam -di potong pendek2
2 biji bawang merah- dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
4 tangkai lada merah-dihiris
Kacang buncis - 4-5 tangkai dihiris serong2
3 biji kentang dipotong kecil2 dan digoreng dulu
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
1 kiub perasa ikan bilis
Bawang goreng untuk hiasan

Cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih sampai harum.
  2. Masukkan cili merah , kiub ikan bilis dan tambah kicap.Biarkan seketika.
  3. Masukkan kacang buncis dan masak sampai kacang buncis tu masak sikit.
  4. Letak air sedikit agar tidak hangus dan masukkan soo hoon.
  5. Tambahkan garam  dan akhir sekali baru masukkan kentang yg telah digoreng dulu.Gaul biar sebati dan bila dah masak,tutup api.
  6. Angkat, tabur dengan bawang goreng sebagai hiasan.


Pastu ada lagi lauknya :


TELUR DADAR MAYONIS
(konon2 ikut kat iklan Sheila Rusli tu yg goreng telur dadar letak mayonis....hehehe.Tapi memang best ,rasa lembut,gebu dan lemak.)






BAHAN (paling sempoi dan mudah)
3 biji telur ayam gred A
2 sudu besar mayonis
3 ulas bawang merah kecil - dihiris halus
2 tangkai cili merah dihiris halus
sedikit garam
sedikit minyak-tapi Liza guna kuali yang tak lekat,jadi tak perlu letak minyak.

CARA:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul seketika,masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati.Tuang bancuhan telur tadi dalam kuali yang telah dipanaskan.Balik-balik kan telur dadar sehingga masak.Jika sudah nampak garing tutup api,siap untuk dihidangkan. Pastu Liza letak sesudu mayonis atas telur dadar tu sebagai hiasan.....


Dan lauk terakhir sebagai ulaman tuk kesihatan:







 



1st Happy Anniversary "SWEET LIZAHANUM" Giveaway...!!!!!

Assalammualaikum dan salam pagi Ahad wat kawan2 sume......
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang tuk Liza berblog dan mengeratkan lagi silaturahim dengan kawan2 di alam maya ini....sedar tak sedar dah nak masuk SETAHUN Liza berblog kat sini...terima kasih kepada pembaca,pengikut2,pengkritik,pengomen yang sentiasa memberikan sokongan...tanpa anda siapa diri ini..hehehehe...!

Untuk tidak membuang masa lagi dengan tulisan yang panjang2 ini,Liza nak  menghargai rakan2 sume,dengan menganjurkan giveaway  tanda menghargai sokongan anda semua...Liza harap anda semua sentiasa memberi kerjasaman dan sokongan pada blog yang tak seberapa  ni ye (Itu pun kalo ada yg sudi nak join ...huhuhu)...Pepun,tq atas sokongan anda semua.

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM....

Dengan rasminya GA ini bermula...





1st Happy Anniversary "SWEET LIZAHANUM"


Antara syarat-syaratnya ialah:



~ Malaysian blogger
~ Add link blog Liza nie  ke blog list u all

~ Jadilah follower Liza yer

~ Buat entry berkenaan dengan GIVEAWAY ini dan blog Liza

~ Copy gambar diatas dan pastekan di entry u all. Jgn lupa link back ke
    blog Liza
~ Tinggalkan komen di entry ini sahaja

~ Komen di chat box  dan email tak dikira
~ Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 November 2010, jam 12 tgh 
    malam dan pemenang bertuah akan di umumkan selewat2nya 1 minggu
    dari tarikh tutup ( 13 November 2010).


Dan hadiahnya berupa barangan yang selalu anda guna dirumah dengan nilai RM 110 adalah seperti di bawah :



Seorang pemenang bertuah pertama akan dapat hadiah FINECASA HOMEWARE nie.


Dan :



 Dua orang pemenang bertuah kedua  dan ketiga akan dapat hadiah  PORCELIN WARE ini........................

Tak lupa juga:


Tiga pemenang saguhati yang bertuah akan dapat Traveler Multipurpose Pouch yang cun nie.


Dengan niat nak eratkan lagi silaturahim antara anda sume,Liza berbesar hati akan hadiahkan  sekali "cenderahati dari Australia" yang sememangnya rahsia.Tunggu after Liza balik dr Australia pd 12 November 2010 ini dan Liza akan umumkan sapekah mereka yang bertuah menerima GIVEAWAY ini dan CENDERAHATI dr oversea itu ...sememangnya berbaloi2.....hehehehe.Pemenang akan dipilih berdasarkan "SAPE BERTUAH,DIA DAPAT"...hehehe.Adalah caranya tu.....



Ok..senang je kan syarat2nya... so sudi2kan lah join giveaway yang tak seberapa ini...





16 Oktober 2010

PENGAT PISANG

Ermmm...
Nie plak dibuat tuk hidangan minum petang.....Pisang yang dibeli masa wat nagasari tu still ada lebih,so apalagi,Liza wat Pengat Pisang lah plak.Jom layan gambo dan resepi yang ado nie yer.......huhuhu.




Oleh kerana "syiok sangat" menonton tv dan lupa ada masak pengat kat dapur,pisangnya nampak lembik sebab terlalu lama nak tutup api gas...huhuhu.Sib baik ok dan bole dimakan...hahahha.


Bahan - Bahan:

5 - 7 biji pisang - di buang kulit, dihiris serong
Segenggam biji sagu saiz besar - di basuh dan dituskan
3 - 4 sudu besar gula merah
1 kotak santan pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir -ikut suka samada nak manis atau tak
Garam secukupnya-untuk wat rasa lemak
Sehelai daun pandan - diikat.


Cara
  1. Santan di masak bersama air secukup nya. Masukkan daun pandan dan gula melaka, kacau sehingga gula larut.Masukkan sagu yang di tuskan tadi. Kacau lagi.
  2. Setelah sagu agak kembang, masukkan pisang yang sudah di hiris. (jgn masuk pisang terlalu awal,nanti  hancur dan lembik sangat.)
  3. Letak gula secukup rasadan  garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
  4. Setelah kuah pengat  agak pekat, dan sagu kembang sepenuhnya (tak ada yang masih putih) - angkat dan hidangkan panas.






NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails