26 Ogos 2010

MASAK HITAM KASHMIR

Salam.....

Menu berbuke hari nie,Liza sempat masak Ayam Masak Hitam Kashmir dan Kacang Botol Goreng.Simple jer hari nie sebab itu je yg ada dalam esbok....Tak sempat nak membeli belah lagi tuk penuhkan barang dapur...huhuhu.Resipi tuk Masak Hitam Kashmir tu,Liza belek dalam buku resipi yg Liza himpunkan dlm satu fail.Kalo tak silap,resipi tu dari Majalah Jelita tahun lepas punya....Liza nie kalo beli majalah dan pastu ada plak resepi2 di dalamnya,suke buat collection.Sanggup gunting resepi dalam majalah tu dan di simpan dalam fail.Pastu majalah tu yg dah habis baca,letak kat stor.......hehehe.Jom layan gambo dan resepinya yer....





Ayam Masak Hitam Kashmir...........


Nape ntah namenya ada Kashmir...Liza just ikut resepi dlm majalah tu jer....janji bole makan...



Bahan:
3 ketul ayam bahagian dada
125 gram kerisik
125 gram kismis hitam (dikisar)
1 cawan santan
Gula hitam (secukup rasa)
Dua sudu kicap pekat manis
Dua sudu sos tiram
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
Lima ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 batang serai
2.5 sentimeter halia
2.5 sentimeter lengkuas
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
1. Masukkan gula hitam ke dalam ayam dan gaul.

2. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Gaul sehingga sebati.

3. Masukkan jintan manis dan jintan putih.

4. Kemudian perap ayam itu seketika.

5. Seterusnya panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah yang dikisar, halia dan lengkuas, kacau seketika.

6. Masukkan ayam yang diperap, masukkan santan dan masak sehingga kering.

7. Masukkan kerisik, kicap, sos tiram serta kismis hitam yang dikisar.

8. Masukkan jintan manis dan jintan putih, gula dan garam secukupnya. Kacau sehingga masak.Hias ikut citarasa anda....

#Sedap dimakan dengan nasi mentega atau nasi hujan panas.Tapi Liza just makan bersama nasi putih biasa jer...Itupun dan sodap.............hahaha




Dan sayurnya plak..................



Kacang botol goreng


Photobucket




BERITA DARI KOSMO

Bazar Ramadan paling berisiko

(Sumber utama: www.kosmo.com.my)

KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

            Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

             Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.

          "Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.

            Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian



Note: Sejak Ramadhan,Liza  pergi Bazar sebanyak 2 kali jer...Itu pun beli kuih muih jer.Lauk pauk masak kat umah.....Semenjak kena food poisoning sampai 4-5 kali masuk "bilik temenung",memang letih dan tak larat ...Tobat da,tak mau beli lagi kat situ.Kalo peniaga yg betul2 ikhlas berniaga smbil beramal,diorang tak tergamak nak jual lauk pauk yg dah basi..........ntahlah.....Allah lebih mengetahui.



 

AWARD DARI AZATIE


Pepagi lagi Liza dah angkut  Award dr umah Atie ,terima kasihlah Atie yer sebab sudi bagi award ini...Cantik plak tu gambar kakinya tu...hehehe.Bila dah kasi award, ada soklan2 CEPU MAS yang perlu Liza jawab kan?....meh, jomz kita tengok sape yang kena...hahaha.



Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.

Soalannya ialah:
 
Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?

Dok pikir berapa banyak beskot raya yang nak di buat tuk tahun 2010 nie..Tahun lepas wat 8 jenis beskot,so tahun nie kena lebih dari tu...hahaha.Sekarang baru buat satu jenis je..Poning kepala pikir...huhuhu

 
Soalan 2
Apakah nama samaran anda?

Liza...Leez....Olie...Akak...Kak Long....


Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

1.Mak n ayah ku kat JB

2.My Laling

3.Ait n Azie-adik2ku

 
Soalan 4
Panggilan untuk si dia?

B.........
 
 
Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

Honeymoon ke DISNEYLAND pastu selalu berdoa agar ALLAH makbulkan impian kami bdua pergi menunaikn Ibadah Haji bersama ke Mekah...Amin

 
Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?

Kengkawan blog yg memang ada dlm list Liza..suke terjah sebab nak skodeng menu diorang hari2...hehehehe
 
Soalan 7
Tag 15 orang blogger...(pd yg trnampak namanya kt SINI..sila ambik award yer!..TQ)

1.IZAH DAUD

2.HANA JEPUN

3.MYS DEAR

4.NOR64

5.LENDANUAR

6.NUR

7.MAMAHAWA

8.YAT MARIA

9.MADIHAA

10.DYA

11.KAKINTAN

12.WANIEYRA

13.ZATY

14.ANAQAWENA

15.NURINDAH




Pada yg Liza tak senaraikn...jgn kecik ati yer...insyaallah,kalo ada award lagi,Liza senaraikan nama KENGKAWAN plak yer....hehehe.Blog korang ponnnn paling best & Liza memang selalu skodeng....LUVS U ALLZ...
 
 
 

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails