21 Mei 2018

MENU IFTAR SEMPOI ....

Assalammualaikum wbt...

Salam #5 Ramadan # buat semua..Moga  hari ni lebih baik dari hari semalam.Dah 5 hari puasa baru Liza nak update blog.Maklumlah,sambut ramadan pertama hingga ke 3 di rumah mak ayah,takdelah menu yang bebenor best nak tunjuk.Maklumlah masak pun sesimple dan tak gempak...hahahaha.Kat rumah mak ayah,makan menu yang tak berapa nak diet..hahaha.Main bedal je semua.

Bila balik rumah sendiri, masaklah sesimple mungkin dan menepati citarasa diet Liza...hahaha.MrHbby pun terpaksa merelakan tekaknya makan menu yang simple,janji kenyang...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Nak kata menu diet,tak jugak lah sebab ada Sambal Tumis Mak Jah yang di import dari rumah mak,siap frozenkan.Tapi nasi goreng and mix veggie tu di goreng tanpa minyak...hahaha.Macam mana tu....cubalah try test.Goreng bahan2 nasi  tu tanpa minyak,letak garam dan cili padi  secukup rasa,masukkan nasi,bagi gaul sampai sebati.Tutup api,nak bg nampak tak kering,tuang sesudu kecik minyak zaitun(kurang kolestrol)..kacau sebati..Taraaaaa.........nampak jadi mcm nasi goreng...
Samalah gak macam mix veggie tu..😁😁😁
Ikan tenggiri tu perap dengan garam secukup rasa, serbuk cili,serbuk kunyit dan kari.Pastu masuk air fryer,set masa 20 minit dgn suhu 160 darjah...
Sib baik mrHbby jenis tak kisah...dia makan jer tolak batu kayu..hahaha

Cukup lengkap dengan karbo,protein,sayur dan buah untuk fiber....dan air masak dlm 2L ..Takde air manis yer.Manisan dah boleh dapat dari 3 biji kurma....
Cukuplah tu...😊😊😊



Tu throwback menu semalam.Untuk hari ini,tak tau plak menu apa yang mau dibuat.....

Sekian dulu......





17 Mei 2018

SALAM RAMADHAN 1439H





Alhamdulillah..............
Dipertemukan Ramadhan kali ini dengan dikurniakan kesihatan yang baik..
Didoakan semua rakan-rakan dapat menempuh cabaran berpuasa sepanjang Ramadhan ini dengan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Aminnnn..YRA



4 Mei 2018

TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT


Assalammualaikum...wbt..

Selamat berhari minggu....(Jumaat kat sini cuti..hehehe).
Pagi ni,Liza ngah mood rajin yang teringin mau makan makan viral tu---->Tauhu Berdegil.
Tapi ,Liza buat versi diet sihat...hahaha..Tak goreng tau...
Meh layan resepi yang dah Liza olah dan derhaka dari resepi asal yang orang lain viralkan tu.


TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT
(2-4 orang makan)

Bahan-bahan :
2 bungkus tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar ( ada 20 ketul,Liza beli kat tesco)
4 biji kentang holland (tekstur dia lembut bila dah direbus,senang lenyek)
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 biji bawang besar-hiris halus
2 tangkai daun bawang/sup -hiris halus
2 -3 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
200g Daging kisar- jenama ramly
1 sb minyak zaitun untuk tumis bahan-bahan inti bergedil
1 tangkai cili merah sebagai hiasan

Cara -cara :
  • Kupas dan rebuskan kentang holland direbus hingga lembut.Bila dah lembut,toskan air dan lenyek.
  • Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan daging kisar dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan kentang.Perasakan dengan garam,lada sulah dan akhir sekali taburkan daun bawang.



  • Tauhu kering tu dibelah bentuk X ditengah tauhu untuk memudahkan inti disumbatkan ke dalamnya.Buat hingga habis.
  • Telur dipecahkan dalam mangkuk dan diletak secubit garam
  • Celupkan tauhu berinti tu kedalam telur satu persatu



  • Oleh kerana versi sihat sebab tak mau goreng berminyak-minyak,selepas celup dengan telur tu sehingga abis,susun dalam air fryer.
  • Tetapkan suhu air fryer dalam 140 darjah dengan masa 15 minit.


Siap...hiaskan dengan ditabur cili merah.Cicah dengan kuah kicap cili........
tadaaaaaa

v
v
v
v

Selamat menjamu selera dan mata😎😎😎😎



Sekian




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails