4 Mei 2018

TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT


Assalammualaikum...wbt..

Selamat berhari minggu....(Jumaat kat sini cuti..hehehe).
Pagi ni,Liza ngah mood rajin yang teringin mau makan makan viral tu---->Tauhu Berdegil.
Tapi ,Liza buat versi diet sihat...hahaha..Tak goreng tau...
Meh layan resepi yang dah Liza olah dan derhaka dari resepi asal yang orang lain viralkan tu.


TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT
(2-4 orang makan)

Bahan-bahan :
2 bungkus tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar ( ada 20 ketul,Liza beli kat tesco)
4 biji kentang holland (tekstur dia lembut bila dah direbus,senang lenyek)
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 biji bawang besar-hiris halus
2 tangkai daun bawang/sup -hiris halus
2 -3 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
200g Daging kisar- jenama ramly
1 sb minyak zaitun untuk tumis bahan-bahan inti bergedil
1 tangkai cili merah sebagai hiasan

Cara -cara :
  • Kupas dan rebuskan kentang holland direbus hingga lembut.Bila dah lembut,toskan air dan lenyek.
  • Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan daging kisar dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan kentang.Perasakan dengan garam,lada sulah dan akhir sekali taburkan daun bawang.



  • Tauhu kering tu dibelah bentuk X ditengah tauhu untuk memudahkan inti disumbatkan ke dalamnya.Buat hingga habis.
  • Telur dipecahkan dalam mangkuk dan diletak secubit garam
  • Celupkan tauhu berinti tu kedalam telur satu persatu



  • Oleh kerana versi sihat sebab tak mau goreng berminyak-minyak,selepas celup dengan telur tu sehingga abis,susun dalam air fryer.
  • Tetapkan suhu air fryer dalam 140 darjah dengan masa 15 minit.


Siap...hiaskan dengan ditabur cili merah.Cicah dengan kuah kicap cili........
tadaaaaaa

v
v
v
v

Selamat menjamu selera dan mata😎😎😎😎



Sekian




3 Mei 2018

GRILL SALMON & THE GANG......


Okay.....

Lunchbox I hari ni paling simple------>Grill Salmon and The Geng.(Air lemon,buahan,salmon ,sayuran)...Ermmm cukup lengkap dengan piramid makanan yang memerlukan karbo,protein,fiber...dan yang penting,cukup dengan keperluan kalori diri sendiri.



Grill Salmon & The Gang 
(2 orang makan)

2 ketul ikan salmon - (perapkan dengan 2 sk lada hitam kasar,1 sk serbuk kari ikan,garam secubit,gula perang secubit)-->pastu grill dalam kuali nonstik hingga masak
Kacang edamame-rebus dalam 7-10 minit dengan garam secukup rasa.Jangan rebus terlalu lama tau.
Timun jepun dan tomato cerri -sebagai hiasan dan ulaman
Keledek oren 2 biji & 2 biji kentang -rebus hingga empuk (letak garam dlm air rebusan tu yer

Bahan2 yang dah siap,disatukan dlm bekas dan hias ikut suka mata dan tekak sendiri...hahaha.

Okay,siap..boleh bawak bekal ke pejabat.
v
v
v
v
v

Selamat menjamu mata 

************************************

2 Mei 2018

TUNA AVOCADO SALAD---->BENTO DIET KE PEJABAT HARI NI


Assalammualaikum wbt...

Ketemu lagi kita dlm blog yg sweet ni...hahaha

Hari ni baru sempat tunjuk menu ke pejabat hari ni...Kalau dah beberapa hari tak tunjuk tu,maksudnya memang I masak yang simple2 dan bodoh2 gitu,kalo tak rajin lagi,kiranya,I makan kat luar je lah....Tapi kadang2 tu,bosan gak makan kat luar lagi2 nak cari menu diet eat clean yang kurang minyak,kurang garam,no sugar...memang susah.Kalo mood rajin,masaklah seadanya ikut selera tekak nak  makan...

Ok..hari walaupun pepagi ada bengkel jadual waktu dan kelas ,dengan mood rajin,saje je lah I masak menu selera anak tekak ni.Konon2 menu diet eat clean nak ikut bideo omputih nie.....NatashaKitchen,tapi Liza telah melayukan sikit dengan tambah cili merah dan lada hitam banyak...
,

TUNA AVOCADO SALAD
1 tin tuna in water (jenama ayam brand )
1 bj bawang merah,3 ulas bwg putih,3 bj lada merah -hiris halus
2 bj avocado - (Liza terbeli yang belum masak sgt,jadinya nak bagi tak keras,Liza fry kat dalam pan dgn olive oil)
Jagung dalam tin - bukan yg manis tu yer.
1 btg timun jepun-potong kiub
2 sb jus lemon
Garam secukup rasa
2 sk Lada hitam kasar
2 sb minyak zaitun
5 bj tomota ceri-belah 2 sebagai hiasan.
Daun salad sebagai hiasan

Cara-cara : diolah ikut citarasa melayu..hehehe

Tuna tu,Liza panaskan dalam kuali nonstik (sbb I suka makan makanan yang dah dimasak ,tak suka dari tin terus makan...lagi pun perut I tak tahan makan benda yang mentah2..harus dilayurkan dulu bagi panas kat kuali....πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„),masukkan bahan-bahan dihiris tu,masukkan avocado,timun jepun,jagung.Gaul sampai sebati .Off kan suis dapur induction.Last sekali campurkan garam,lada hitam,jus lemon dan minyak zaitun.Gaulkan lagi sampai sebati dan rasanya secukup rasa.Hiaskan dengan tomoto ceri timun jepun dipotong bulat dan daun salad.Dilawankan dengan roti wholemeal.

Siappppp

V
v
v
v
v
Inilah hasilnya bila dah di letak dalam bento untuk di bawak ke pejabat.


Abis je kelas kul 1 pm tadi....harus melantak macam orang kelaparan....

Tinggal bekas dan sudu garpu je tau.....hahahaha
v
v
v
😊😊😊Puas dapat makan bento sendiri


*****************************************************

Dan yang ni plak untuk mrHbby yang sekarang kerjanya bermula dari 8.00am-5.00pm,kerjany kat rumah..Zaman la nie,kerja dari rumah.(bukan goyang kaki je tau,)goyang kaki,perut,tangan dan otak,income pun dapat.Tu yang kekadang,Liza pun jeles....😍😍😍,sbb boleh dapat income double triple dari gaji I sebulan.Dan yang paling I suka,semua kerja-kerja rumah--->menyapu,basuh baju,sidai baju,lipat baju,cuci toilet--->dia yang buat.Tugas I just masak je...senang kan...hehehe.Tq hbby.
v
v
v
Dia pun terpaksa merelakan tekak dia ikut tekak I...hahahaha
Kang petang-petang nanti kul 3-4pm dia lapor,pandai-pandailah dia pi cari nasi.Maklumlah,perut orang lelaki ni,kena isi nasi gak baru puas....😎😎😎😎





NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails