25 Julai 2012

ALHAMDULILLAH,,,BARU SEMPAT BACA BERITA INI






























Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

sumber:KOSMO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. - BERNAMA



22 Julai 2012

LEMAK SARI AYAM ORGANIK


Assalammualaikum wbt....

Menu yang paling sempoi untuk orang yang memang sempoi macam saya...hehehe

Jom layan gambar dan resepinya yer...





Bahan-bahan:


6 ketul ayam organik (Az-Zain ayam organik)-walaupun mahal tapi halalan toyyibba
1 cawan santan
1 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga cengkih
1 btg kayu manis
1 keping asam keping
1 biji tomato belah 4
1/2 btg karot,potong 4 segi
2 biji kentang -belah 4
garam & gula secukup rasa

Bahan dikisar

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi 
2 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara-cara
  1. Panaskan kuali,masukkan  bahan yang dikisar ,santan cair,daun kunyit,daun limau purut,asam keping dan garam dan gula.(takyah nak tumis2)
  2. Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana.Masukkan karot serta kentang  dan biar ayam masak.Akhir sekali masukkan santan pekat.Kacau.
  3. Bole dihidangkan masa panas2
  4. Hias dengan bawang goreng.




21 Julai 2012

KUIH DADAR SARDIN


Assalammualaikum wbt.....


Layan gambo je yer.....Tuan tanah malas nak bercerita panjang....
Pastu malas nak tepek resepi....boleh cari resepi kat internet yer...berlambak2...
Resepi yang mudah dan simple dan bole dipelbagaikan....

Daaaa.................selamat berterawih......






NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails