12 Februari 2012

CHICKEN CORNISH


Assalammualaikum...wbt

Lama rasanya tak update menu masakan...Selama nie,masak ala kadar jer sejak ada berita yang menyedihkan dalam hidup kami di tahun 2012,jadi ikut mood nak masak.Kalo mood rajin,adalah bendanya yg nak di masak kat dapur tu sebab tekak teringin nak makannya.So, oleh kerana malas nak celoteh pepanjang,jom layan resepi yang Liza amik dan olah dari JAMIE OLIVER...chef yg selalu kuar kat AFC tu...tapi Liza ikut bahan yg ada di rumah,maka hasilnya cam gambar-gambar nie yer....Jom layanz............




Bahan pastri:

  • 250g butter (guna buttercup jer)
  • 300ml hot water
  • 500g tepung gandum
  • 1st garam

Untuk inti :
  • Daging ayam kisar (Liza guna jenama Ramly)
  • 2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih di cincang halus
  • 2 biji kentang besar-dipotong dadu
  • Minyak zaitun utk menumis
  • Garam gula secukup rasa
  • 4 sudu besar rempah kari rendang Adabi
  • 1 kiub ayam-tak nak letak pun takpe
  • 1 sudu teh tepung gandum-bagi pekat 
  • 1 biji kuning telur untuk di sapu kat pastri


Cara-caranya:

Pastri doh :Butter dan air panas di campur bersama.Masukkan tepung dan garam dalam adunan.Uli hingga sebati dan menjadi doh yg lembut.Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. Sementara buat intinya pulak.

Inti : Panaskan minyak zaitun dalam kuali.Masukkan bawang merah dan putih yg dah dicincang.Masukkan serbuk kari rendang dan masak hingga naik bau.Masukkan daging ayam kisar dan kentang yg dipotong dadu tadi.Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam dan gula.Masukkan tepung dan masak hingga agak kering .Biarkan sejuk.


Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai.Canai doh pastri setebal 5 mm.Terapkan dengan penerap bulat.(Liza gunakan mangkuk sup,biar nampak cornish nie besar gabak mcm yg kat secret resepi tu).hehehe


Letakkan inti di tengah2 doh dan kelimkan tepinya cam buat karipap yer.Pastu letak dalam loyang yang dah di gris dengan butter.Buat hingga abis doh dan sapukan semua pastri tu dengan kuning telur.


Panaskan oven pada suhu 180C, dan bakar pastri selama 30 -35 minit atau sehingga warna keperangan.Siap untuk di makan.


Pastu makan masa panas2,lawan plak dengan teh tarik buat sendiri.....pergggh...2 ketul  cornish yg besar gabak tu akan buat perut anda senak kekenyangan.






Masa untuk makan............................



Sekian dulu............................


11 Februari 2012

ALHAMDULILLAH.......SYUKUR !!!!


Alhamdulillah.....MIL dah keluar dari wad dan sekarang berada di rumah di negeri bawah bayu.Di awasi dan di jaga oleh abang2 ipar (oleh kerana adik beradik Hb.semuanya lelaki),jadi...tugas menjaga MIL terletak di bahu mereka semua.Hb dah balik semula ke pangkuanku sekejap (walaupun seminggu ) dan akan terbang semula ke negeri di bawah bayu untuk menjaga MIL sehingga betul2 sembuh dan boleh bergerak sendiri,Liza terpaksa merelakan dia pergi untuk berbakti pada ibu kandungnya yg sekarang memang memerlukan perhatian dan jagaan dari anak-anaknya.Mungkin sebulan,dua bulan dan ???...bulan,kami akan berjauhan.Liza cuma dapat meluangkan masa untuk melawat ,menjenguk dan menjaga untuk tempoh beberapa minggu jer,lepas tu terpaksa balik semenanjung semula sebab ada tugas besar yang menanti untuk di siapkan..Kalo kerja2 Phd dah siap,bole jer dok sebulan dua kat sana...tapi apakan daya...kami sama2 rela berkorban...Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan MIL akan betul2 sembuh.Sekarang nie segala urusan perlu anak2 bereskan termasuk makan minum,mandi,tukar lampin pakai buang dan segala-galanya.Dan alhamdulillah,abang2 ipar dan Hb memang anak2 yg boleh di harap.Tak sesia MIL mengandungkan mereka.....


Syukur sangat di kurniakan suami yg bertanggungjawab dan sanggup berkorban dengan meletak keperluan isteri di nombor dua .Moga Allah memberkati segala perkara dan perlakuan yg di lakukannya dengan ikhlas itu di kedudukan yg DIA redhai.Amin..








2 Februari 2012

BEREHAT SEKETIKA...ALLAH MENDUGA LAGI BUAT KAMI BERDUA

Assalammualaikum.........wbt

Saya akan bercuti seketika dari alam maya kerana keadaan yg tak megizinkan.Akan terbang ke negeri di bawah bayu dan berada di sana sehingga MIL sembuh.Menemani HB yg dah seminggu berkampung di ICU menjaga my MIL yg kena stroke dan tak sedarkan diri kerana ada pendarahan dalam otak.Tapi alhamdulillah,perkhabaran dari HB yg berada disisi MIL selalu sejak seminggu lalu,ada perubahan dan tindakbalas dari MIL .InsyaAllah,saya akan meyusul ke sana plak setelah kerja2 yg ada kat sini dah dibereskan....

Moga dipermudahkanNya...AMINNNN
Dugaan buat kami berdua di tahun 2012 nie ...Kami redha atas apa yg berlaku




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails