8 Disember 2010

Sami Yusuf - Asma Allah






Layan lagu nie time boring2 dok kat library sensorang....................huhuhu
Busan,tapi bile dgr lagu nie.........trus segar dan bersemangat............hehehe.

7 Disember 2010

KERAPU ASAM MANIS DENGAN EPAL


Salam..............
Ni menu tengahari tadi .Baru sempat nak tepek kat sini....hehehe.Cuti2 begini,takde apa rancangan ,just dok lepak kat umah,dan sempatlah masak yg canggih2 sikit...selalunya time bz waktu bekerja,masak yg simple2 jer,sebab tu malu nak tepek kat blog nie.

Oklah,menu nie Liza dapat dari blog PERIUK TANAH ni.Memang menarik nak cuba sebab selalu masak yg biasa punya,yg nie letak epal......rasanya memang lain dari yg lain....Jom tengok resepinya .Time kasih pd empunya resepi.Liza minta halal tuk tepek resepi kat sini..







BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kerapu yg sedang2 saja.....
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan namphla

 **2 biji bawang merah, 1/4 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, 1/2 biji tomato, 1 biji cili merah, 2 tangkai cili padi- **dikisar halus
karot, bunga kobis dan jagung muda-dipotong kecil
1 biji epal merah didadu kecil
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan




CARA-CARANYA:
  • Lumurkan ikan dengan garam dan 2 sudu besar tepung jagung. Goreng ikan hingga separa garing. Letakkan dalam pinggan besar. Ketepikan dahulu.
  • 3 sudu besar minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. (3-5 minit).
  • Masukkan sos cili, 1/2 cawan air, sos ikan, dan sayuran termasuk epal yang didadu. Biarkan mendidih dan sayur lembut. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api. Tuang kuah ke atas ikan dan sedia dinikmati panas-panas.


PhotobucketPhotobucket

6 Disember 2010

ROTI SARDIN

Salam dan selamat pagi Isnin................

Pepagi lagi nie Liza dah ngadap laptop.Saje nak tepek menu minum petang semalam.Sekarang nie,hanya hari minggu jer berkesempatan nak masak,hari2 bekerja bz.Masak pun yg simple2,jadi segan nak tepek kat blog.So,semalam wat roti sardin.Jom layan picture yer.


Liza wat bentuk bulat,pastu masukkan dlm acuan muffin........saje suke2 letak kat situ biar nampak bolat2 dan berbentuk seperti muffin............hehehe



Tapi tulah,leka  melayan laptop,roti yang dibakar terlebih garing...Tapi Liza suke garing2 camtu,nak2 makan masa panas2......perrrgh............3 ketui masuk molot...hahaha





Walaupun roti sardin yg Liza wat nie tak secantik sifu2 profesional seperti Mat Gebu,Kak Ummi Kuantan,Kak Nor67 dan yg seangkatan dengannya,tapi Liza puas hati sebab roti nie habis gak di makan...huhuhu.Memang org yg berada kat umah ni ( 2 org jer )kuat makan...hahaha.Untuk resipi sebenar,lihat pada link sifu2 yg kat atas tu yer.Resipi kat bawah nie ,yang Liza dah oter untuk kesenangan diri sendiri dan ikut bahan yg ada kat dapur,lagipun bahan2 tuk 2 org jer yg makan.

Kepada sifu2 sekali,Liza minta halalkan resipi yer.Cuma bahan untuk doh tu,Liza wat separuh jer.Dpt dlm 6 biji sederhana besar.Janji muat masuk molot...hahaha



BAHAN DOH :

2 cwn tepung roti (high protein flour)
2 sudu besar gula kastor
1/2 camca teh garam halus
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
1 biji telur telur
1 sudu besar yis
1 sudu besar mentega
1 cawan air suam
 
1 sudu besar bijan utk hiasan atas roti
BAHAN INTI SARDIN
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin sardin, ditoskan biar kering, lecek hancur
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 sudu besar serbuk cili
CARA MEMBUATNYA 
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.(Disebabkan takde bread maker,Liza uli  pakai tangan....exercise tangan tu namanya...hhehehe)
  2. UNTUK INTI SARDIN :- Satukan semua bahan untuk inti sardin kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi bentuk bulat. Masukkan inti dalam doh.Kemaskan dan masukkan dalam acuan muffin.
  3. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur di atasnya dan tabur dengan bijan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. 


Heart Divider

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails