5 Disember 2010

JAGUNG MANIS BERKELAPA



Errmmmm...menu petang semalam  Liza wat nie jgak. Ikut resipi dalam buku 'Kompilasi Masakan Sabah'.Nak tau bukunya camne,bole klik kat sini. Dalam buku nie resipinya diberi nama KAMBUSI. Tapi Liza letak tajuk sendiri(ikut nahu BM yg betul...hehehe).

Jom tgok resipinya yer....Senang jer dan sedap gak...



BAHAN-BAHAN
1 cawan jagung (Liza beli yg dlm peket )
1/2 cawan santan pekat(guna yg kotak jer )
1/2 cawan air
4 sudu besar gula (ikut suka-tapi Liza tak suka manis sgt)
Kelapa parut ( Liza guna genggaman tgn Liza jer...hahaha)+garam secubit


CARA-CARA

  1. Rebus jagung bersama santan dan air.Masukkan gula.(Dlm buku resipi tu ,banyak skit step dia,Liza wat cara yg mudah...hehehe).Masak sampai kering.
  2. Bila dah kering,tutup api.
  3. Kelapa parut yg dah digaul garam,dikukus selama 5 min.Biar kelapa tu masak.Nanti makan,tak sakit perut...hehhehe.Sebab,dlm resipi  buku nie,dia tak kukus....Liza kukus,ikut citarasa sendiri...(Pandai-pandai je Liza tukar  resipi ek......hahahaa).
  4. Pastu,kelapa yg dah kukus nie digaul dengan jagung tadi.Gaul sekata.
  5. Dan boleh dihidangkan.Memang sedap,lain dari yg lain.




Heart Divider
Heart Divider

KUIH GETAS-GETAS

Nie plak menu minum petang semalam.Teringin nak makan bile tgok dlm rancangan tv semalam....huhuhu.Tapi Liza ikut sukatan sendiri yer sebab yang makannya tak ramai.2 org je yang makan,kang wat banyak2,cik tong plak yg merasanya...hehehehe.











BAHAN-BAHAN (5-7 biji) 


100 gm tepung pulut (sukatan 1 cawan )
50 gm kelapa parut (sukatan 1 genggam)
90 ml air 
secubit garam
10 sudu besar gula + air 3/4 cawan*




CARA-CARA
  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga sebati dan jadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan leperkan.(ikut suka nak saiz camne).
  3. Gorengkan hingga garing dan kekuningan.Angkat dan toskan bila dah masak.
  4. Dalam kuali lain,masak gula + air(yg bertanda *) hingga pekat,berbuih dan bertali.Masukkan kuih yg telah ditoskan tadi.
  5. Bila gula mula terbentuk dan melekat,matikan api.
  6. Sedia untuk di makan .Liza wat minum petang.






PhotobucketPhotobucket

MENU ORG MALAS MASAK

Salam pagi Ahad...

Hari nie baru sempat nak tepek menu yg Liza masak tuk tengahari semalam.Tu pun menu orang malas masak.Janji boleh makan.Cepat,mudah dan senang.Tak banyak masa kat dapur...huhuhu.Layan gambar je lah yer.......







Haaa.....nielah menu tengahari semalam.Memang simple kan.....Malas2 masak pun terpaksa masak sebab perut dah lapar,nak kuar beli malas....hehehe





Photobucket











NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails