18 Januari 2018

SUP AYAM ORGANIK DENGAN ARROWHEAD


Hai....

Hari ni takde bento sebab I is puasa.So,buat menu buka pose yang paling simple dan yang penting #healthymeal.

Oleh kerana nak abiskan stok arrowhead yg dibeli,terpaksa lah buat menu sup ayam organik dengan arrowhead.Jadinya tak perlu lagi letak kentang..



Resepi Sup Ayam Organik dgn Arrowhead

Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam organik 
4 bj arrowhead -belah 4
1 bj bwg merah,2 ulas bwg putih,1 inchi halia -hiris halus
2 sudu besar lada hitam kisar kasar
Brokoli ikut suka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
Liza rebus semua bahan kecuali brokoli dalam periuk dengan air secukupnya.Bila dah didih dan arrowhead dah empuk,masukkan lada hitam , garam dan brokoli.No msg yer sebab sup tu dah rasa manis dengan rebusan ayam tu sendiri..

Senangkan................hahahaha

Pastu,Liza makan dengan 2 kpg roti wholemeal.Konon2 mau diet tanpa mkn nasi....hahaha.Tapi,sama je kalori nasi dan roti tu..

Untuk roommate ,Liza masakan seperiuk nasi..Tak abis,bole buat nasi goreng untuk sarapan dia nanti....

Sekian......chow dulu,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails