Assalammualaikum wbt...
Apa khabar semua..moga berada dalam lindunganNya...
Hari ni takde bento sebab puasa..So,just sempat tepek menu berbuka pose hari.
Buah arrowhead @ngaku ni,hanya ada bila dekat2 raya cina,so...apa lagi ,belilah sekilo untuk buat masak2 dan makan2...hehehe
Ni menu buka puasa Liza tadi...just simple dish,yang penting kenyang dan memenuhi misi diet sihat...hahahaha
Resepi Daging Black Pepper with Arrowhead
Bahan-bahan:
3/4 kilo daging batang pinang (cukup 2 org makan)
5 biji arrowhead -potong dadu
2 biji bawang merah,2 ulas bawang putih dan 3 tangkai cili merah - di racik halus
2 sb minyak zaitun untuk menumis
garam dan lada hitam (dikisar kasar) - secukup rasa
2 sb kicap manis cap kipas udang
1 cawan air
Cara-cara :
Tumiskan bawang2 dan lada yang di racik halus dalam kuali yg diletak minyak zaitun.Kacau sampai naik bau, masukkan daging dan masukkan arrowhead.Masukkan kicap dan air.Tutup kuali bagi daging empuk dan arrowhead masak dengan lembut.Perasakan dengan garam dan lada hitam .Matikan api bila daging sudah empuk dan lembut.Hidangkan panas2,boleh makan dengan nasi atau roti.
Pastu hiaslah bagi menarik untuk di makan...hehehehe
Sekian dulu.....
Selamat beradu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: