4 Jun 2014

MEE REBUS JOHOR.........


Assalammualaikum wbt...

Syukur alhamdulillah kerana DIA masih memanjangkan lagi usia ku ini.

Sempat jugak nak tunjuk menu buke pose hari nie dengan menu yang sempoi....Layan gambar je yer.....dan resepinya dari  SINI


Bahan-bahan :


2 genggam Mee Kuning- dicelur dan ditoskan (cukup2 tuk 2 org mkn dan ada baki sikit...hehehe)
Segenggam taugeh - dicelur dan ditoskan (oleh kerana makan sendiri,malas nak buang ekor dia)
4 biji  cili merah - dihiris halus
5 biji limau kasturi -dibelah 2
Hirisan daun bawang dan sup
Bawang goreng
3 biji telur rebus dibelah 2

Bahan-bahan untuk kuahnya :

3 ulas bawang putih,3 biji bawang besar ,1 inci halia ,1 btg serai ,3 genggam udang kering -direndam sebentar,1 inci lengkuas,4  btg cili merah utk pedas,segenggam serbuk kacang tanah yang sedia ada,4-5 ekor udang besar  - dikisar halus

Kulit udang dikisar halus dengan air - tapis dan ambil airnya
sebiji keledek-direbus dan dilecek bagi memekatkan kuah nanti
2 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Caranya :
Tumis bahan2 yang dikisar  + rempah kari ,dalam kuali sampai naik bau.Masukkan air + air tapisan kulit udang tadi.Kacau perlahan2,bila didih,masukkan keledek rebus tadi.Perasakan dengan garam dan gula.(Gula kena lebih ,sebab mee rebus ada rasa manis2 dan pedas.Yang pedas nie sebab ikut  tekak sendiri..).Tutup api bila semuanya dah pekat.
Hidang dan hiaskan .






Ok...tu je yang sempat nak tunjuk.Ada gak buat cekodok ubi kayu,tapi esok2 lah letak resepinya kat sini...

Good Nite.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails