Semalam masa blogwalking kat blog kengkawan, Liza sempatlah singgah kat blog E-na Zarina ,terpandanglah resipi agar-agar roti nie.Teringin la plak nak buat.Memandangkan ada 5 keping roti sandwich yg akn tamat tarikh luputnya pada 12 Julai, so apalagi....pulun membuatnya petang tadi...hehehe
Thanks E-na,Liza cnp resipinya cuma Liza terpaksa ubahsuai sikit sebab takde fresh milk....Liza guna susu pekat manis dan ditambah air........
Agar-agar yg dituang dalam bekas...senang,ada tutup.Terus masuk esbok.Dah sejuk bole di makan......
Memandangkan pewarna yg ada kat umah Liza cuma warna merah,so agar2 nie tak secantik agar2 E-na.....hehehehe
Walaupun warnanya tak menarik...tapi rasanya pasti memuaskan tekak...hahaha
AGAR-AGAR ROTI
Bahan :
Bahan :
- 20 gram agar-agar ( 1 bungkus)
- 1000 ml air
- 200 gram gula
- 200 ml fresh milk( saya guna susu pekat manis yg telah dicairkn)
- 150 gram roti sandwish
- 1 biji telur
- 2 jenis pewarna
- 1 sudu teh esen vanila
- Di dalam mangkuk masukkan telur dan susu , kacau rata.
- Masukkan roti yang di koyak-koyakkan, gaul rata.
- Apabila roti kembang, blender hingga halus.
- Masak agar-agar dengan air sehingga hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
- Masukkan gula, apabila gula telah hancur masukkan bahan - bahan yang diblender tadi dan esen vanila. Kacau sekejap dengan api perlahan.
- Bahagikan kpd 2 bhgn(sape2 yg nak nampak cantik agar2 tu,bhg kpd 3) dan masukkan warna setiap bahagian. Kacau rata.
- Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
- Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: