Assalammualaikum wbt...
Apa khabar semua..semoga sihat hendaklah.Alhamdulillah,hari ni baru berkesempatan dan rajin nak update blog ni..Terbengkalai sebentar dengan kekangan keje ..Apa2 pun,malas nak komen banyak2,meh lah tengok menu bento saya ke pejabat untuk hari ni .Khas dibuat dengan penuh rasa kecintaan untuk menjamu selera selepas abis kelas mengajar hari ni..hahahaha (poyo je ayat)
Selamat melayan mata tengok menu yang tak berapa nak best ni yer......
Bahan:
2 cawan nasi
1 cawan kimchi - cincang
1 biji bawang merah-cincang halus
2 ulas bwg putih-cincang halus
1/4 cawan air/jus kimchi
1/2 cawan isi daging (guna burger abg burn)- potong kecil
1 tbsp minyak zaitun (tapi saya tumis guna air kimchi tu sbb tak mu guna minyak )
tabur atas :
Telur mata
Bawang goreng
Sedikit seaweed dan lada hitam kasar
Cara:
1. Panaskan kuali,masukkan air kimchi 3 sd besar
2. Masukkan bawang erah dan puting yang dicincang halus.Masukkan isi daging burger dan goreng isi daging sehingga masak
3. Masukkan kimchi, goreng sebentar.
4. Masukkan jus kimchi, nasi. Kacau rata
6. Hidang, taburkan bawang goreng dan seaweed. Hias dengan telur mata.
Ok......chow dulu,jap lagi nak pi meeting plak.....
Sekian dulu.
******************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: