26 November 2017

NASI GORENG & KARI TENGGIRI


 Assalammualaikum dan selamat pagi..
Lama tak bersiaran, dan hari ni sempat nak post apa yang di buat.
Setelah terjebak dengan online sale 11.11 di Lazada ,Liza sempat menyambar Russel Taylors pressure cooker nie.Boleh tengok sini kalo nak tahu harga sale sekarang---->RTPC

Lama dah aim nak beli untuk cukupkan gadget di dapur,tapi pikir2 macam nanti tak guna plak sbb I malas memasak...(mood pemalas kalau dah datang..hehehe)
Tapi akhirnya beli jugak kerana harga giler2 Liza dapat iaitu RM159...(nak beli yg jenama Nxxxa tu tak mampu ),lagipun tak berbaloi kalau pemalas nak masak...Liza dapat harga yang lagi berbaloi dengan RM129 sebab dapat voucher maaf RM30 dari pihak Lazada kerana PC ada defect kat handle sebelah kanan setelah terima barang dari poslaju..


Dan hari perasmian PC tu,Liza masaklah apa yang berkenan dan simple.Memang senang sangat2..Jimat masa memasak...hehehe.Ni menu yang di buat kelmarin yer.

Resepi dan cara2 penggunaanya seperti kat  setiap gambar...


Resepi Kari Ikan Tenggiri Pressure Cooker Russel Taylors
Bahan-bahan
3 ketul ikan tenggiri
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Bawang merah,bwg putih ,3 sb serbuk kari,2 sb serbuk cili 
Air secukupnya
Garam  gula secukup rasa
Asam keping 
Air secukupnya
Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 (Liza reduce ke P5 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili sehingga pecah minyak. Masukkan ikan dan asam keping. ( penutup PC terbuka) 
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Fish (default P15) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC.Peraakan dengan garam gula secukupnya. 


Resepi Nasi Goreng Daging Pressure Cooker Russel Taylors
Bahan-bahan
3 cawan beras yang dah basuh
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis

Bawang merah,bwg putih ,lada hitam kisar 2 sudu kecil
Mix vegi

Daging kisar 

Garam secukup rasa

Air secukupnya
Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan lada hitam sehingga pecah minyak. Masukkan daging. Masukkan beras, sayur, garam dan air sama seperti masak nasi putih .
( penutup PC terbuka) 
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) . 

3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi goreng sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk.

4.Siap hidang,taburkan bawang goreng,boleh makan.



.
Harga pada pagi ni (26.11.2017)

***Sape2 yang nak beli RTPC bole gi ke Lazada.com.my..**
Harga sekarang macam dlam gambar ni...tapi,kalo bole COD,mintalah penghantaran secara cod agar barang yang diterima tidak ada cacat dan defect.Masa Liza terima barang dari poslaju,bukak2 kotak ,check tengok pemegang kanan pecah/patah..terus report ke Lazada..Memang pantas feedback dr pihak Lazada....Puashati sangat..Dapat baucer RM30,Liza buat beli Air Fryer plak...hehehe..Untuk bagi pada mak guna sebab kat rumah ni da ada air fryer jenama Khind.(da hampir setahun lebih guna,memang berbaloi..maklum masakan sihat untuk org yg tak sihat.....)

Nilah air fryer yang Liza beli....
v
v
v
v
Mana nak dapat harga ni kan...murah..berbaloi-baloi..Sebelum beli,bacalah feedback dan review orang2 lain yang dah beli yer..Rasa puas hati ,boleh beli....

Sekian,dulu...Mau pi keje...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails