Assalammualaikum wbt....
Alhamdulillah, bertemu lagi di tahun baru di hari ke 15....Dan selama betapa hingga bersarang blog nie,baru berkesempatan nak tunjuk menu apa yang patut di awal 2014 nie.....
Apa2 pun...layan jelah gambo yang tak seberapa nie dengan resepi yang di cilok dari blog ni jgak..KLIK SINI
Gambar semasa nak membakar je ada...gambar yang dah masak tak sempat snap sebab kamera tetiba buat hal......takpelah,janji dah masuk perut kami berdua.......
Bahan :
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm ayam kisar
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 s/b cili kisar/cili boh
1 s/b tomato sos
sayur campur
100gm cendawan tiram-dipotong halus
sedikit garam & gula
sedikit oregano kering
sedikit butter utk menumis
2 biji telur
Mozarela Cheese -di parut
Cara :
1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan ayam kisar, kacau hingga ayam masak .
3. Tambah cili kisar dan tomato sos, kacau lagi .Masukkan sayur campur
dan cendawan
4. Masukkan makaroni yg telah direbus, gaul rata .Tambah garam,
gula dan oregano kering
5. Tutup api dan masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar .
6. Pukul telur, curahkan keatas macaroni dan taburkan cheese sehingga
menutup macaroni
7. Bakar hingga cheese cair selama 20 minit.
8. Siap utk dihidangkan.Dan berbaloi makan masa panas2....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: