8 Mei 2012

TELUR HERBA...ALA-ALA TELUR PINDANG JOHOR


Assalammualaikum wbt...............Salam sejahtera pada semua yang singgah sini.Hari nie Liza cuba try test masak Telur Herba ini...konon2nya teringin nak makan telur pindang,tapi tulah nak membuatnya(nak cari daun senduduklah,daun jambulah,serai,kulit bawang dan sbgnya....memang susah.Sebab masa keje kawin sepupu dulu tahun 90-an,tengok pak sedara buat telur pindang nie,memang leceh sebab nak cari perencahnya tu...).Tapi ,alhamdulillah....kat pasaraya dah ada jual sebab selalu kalo lalu pasaraya yang dekat kedai2 ginseng Cina,telur nie memang ada dijual...baunya semerbak satu pasaraya bile mendidih dalam periuk slow cooker,buat tekak teringin nak merasa...TAPI TULAH,...takkan nak beli plak kan....sendiri mau ingatlah..hehehe.
So,dah lama simpan pek nie(Liza beli kat Carrefour),cuma takde masa nak membuatnya.Hari nie merajinkan diri sekejap........so layan je yer gambar dan resepi dari pek bungkusan itewww....



Bahan-bahan
1 bungkus MasFood Tea Herbal For Cooking
10 biji telur direbus dahulu hingga keras
1 liter air
150ml  kicap manis
sedikit garam
sedikit gula merah(nie Liza letak sendiri)


Cara-cara :(ikut aturan yang disediakan di belakang bungkusan)
1. Kulit telur diretakkan dahulu(setelah direbus) dengan menghentak secara perlahan dengan sudu .Jangan sampai pecah.
2. Masukkan herba MasFood, telur , air dan kicap ke dalam periuk (Liza masak guna periuk nasi) masak hingga mendidih .
3. Biar merenih sehingga air tinggal separuh selama 2-3 jam. Masukkan  sedikit garam. Renih lagi sehingga puas hati...(Liza memang renih sampai 2 jam lebih sebab nakkan telur tu sebati dengan herba tu)
3. Keluarkan telur, buang kulitnya dan hidangkan .Tapi,jangan hirup kuarnya sebab pahit  manis rasanya...sesiapa yg nak rasa kuahnya silakan.
4.Dan telur tu memang rasa sangat sedap.Macam kita makan telur pindang Johor......hehehehe


Selamat mencuba yer. .....pek herba tu boleh beli kat mana2 pasaraya.Halal dan memnag untuk mereka yang vegetarian.









6 ulasan:

  1. Sedapnyer. Memang suka telur gini. Thanks for sharing info n recipie

    BalasPadam
  2. oh macam tu caranya...bukan dia rebus dari telur mentah hingga masak ye...nak cuba,tapi takut takde yang nak makan lah pulak...

    BalasPadam
  3. Ooo..mcm tu ke caranya buat telur pindang Liza. Sedap jugak. Tapi kalau yg asal kena letak daun senduduk ke? Huhu... patutle pahit je rasa dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senduduk jgn letak byk.. Senduduk utk hitamkan.. So xpaya letak kicap pun

      Padam
  4. Tekak sy mmg xleh mkn telur pindang. Byk kali try tp mmg x tahan bau dia. Tp telur herbal ni mmg favorite sy. Sgt² sedap

    BalasPadam
  5. Buat xpernah jadi pun. Tawar je. Hahaha

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails