15 Julai 2011

ENGLISH COTTAGE BREAD









Assalammualaikum dan selamat pagi................
Saje nak tayang roti yang Liza buat petang semalam .Ikut resepi dari dapur Mat Gebu.Oleh kerana kawan yang datang akan balik ke Johor pd malam tadi,sempatlah jugak Liza wat roti untuk dibekalkan sebagai buah tangan untuk member bawak pulang ke rumahnya di Johor.Lembut dan gebu jer.Thanks Mat.....Izinkan saya tepek resepi kat sini yer....
Dan alhamdulillah,member sms kul 6.30 pagi tadi yang beliau dah selamat sampai ke rumah........

































 BAHAN-BAHAN :(Sumber: MAT GEBU-DTS)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*
3 sudu besar susu pekat manis-Liza saje letak bagi roti tu manis sikit

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan  dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...







3 ulasan:

  1. makan sapu jem stroberi sedap ni liza..:)

    BalasPadam
  2. wowww...time kasih sbb syer..like sgt ;)

    BalasPadam
  3. Salaam, Now me real hungry.Thanks for sharing

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails