25 Mac 2011

KROKET KENTANG MAYONIS






Ermm....tak tau nak makan apa tadi,tapi tekak teringin mau makan ala2 kentang gitu...So,masuk blog Hana,watlah kroket nie.Malas nak citer panjang2,layan gambar dan resipi dari blog Hana yer...Pepun,thanks Hana(dah selamat sampai Msia)....Liza amik resipi nie dan tepek kat sini....





Bahan-bahan

  • 5 biji kentang medium
  • 1/4 biji bawang besar - cincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu makan gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena 

Cara-cara

  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dikacau. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.






11 ulasan:

  1. wahh.. kak liza, tun suka makan kroket nih.. lagi2 bila wat ngan kentang.. sedapnyer!

    BalasPadam
  2. menarik ni...cam sedap je...ingatkan nuget tadi..:)

    BalasPadam
  3. sungguh menyelerakan yummy..

    BalasPadam
  4. errm...sedapnyer... anak2 sure suka ni...

    BalasPadam
  5. assalammualaikum kengkawan sume yg sudi komen.....terima kasih.baru sempat nak balas sebab outstation 2 hari......hehehe

    BalasPadam
  6. salam liza..
    Liza, rangup eh kroket kentang mayonis ni..?

    BalasPadam
  7. wah... banyak betul resepi... kroket nie 1st time saya dengar... kalau tahupun nama tak tahu... tapi rasanya pernah mkn sekali... weeeeeeee. nak trylah... thanks kongsi resepi...

    BalasPadam
  8. salam.sya dtg singgah mkn kroket tu..sedap.nk taip kat chat tu entah apasal,tk blh klr pulak link sya.anyway tq dtg ke CITH.sya folow blk...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails