2 September 2010

PARATHA WHOLEMEAL ROLL

Salam.....nie lagi menu tuk buka pose hari nie...Masa jenjalan tgok blog MamaHawa, tertengok menu nie...perghhh,dah la sempoi,sedap plak tu.Jadi,saya cubalah wat tuk menu hari nie.Cuma inti tu,saya wat cam ala-ala inti samosa....Kepada Mamahawa,Liza ambik resepi nie yer dan tepek kat sini.Tapi Liza translate ke BM....hehehe.TQ share resipi nie yg mudah dan sedap...malah memang mengenyangkan,lebih2 lagi Liza guna paratha whole meal.....



Paratha Wholemeal Roll............
(Konon2 cam KFC twister lah tu)...hehehe



BAHAN-BAHAN
4 kpg roti pratha wholemeal
Aluminium wrap


BAHAN UTK INTI
300g daging cincang
5 biji kentang dipotong dadu
2 biji bwg besar dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
halia sebesar ibu jari
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cerbuk cili
garam dan gula secukup rasa
minyak masak



CARA-CARA
  1. Untuk Inti - panaskan minyak,masukkan bawang merah,bwg putih dan halis yg telah dihiris.Bila dah naik bau,masukkan serbuk kari dan serbuk cili.Kacau sampai garing sedikit dan barulah masukkan kentang dan daging kisar.Masukkan sedikit air bagi kentang dan daging kisar tu masak.Perasakan dengan garam dan gula.Bila dah kering dan masak.Tutup api.Biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam gulungan paratha.
  2. Untuk paratha - letak sedikit minyak dlm kuali non stick.Masak hingga garing.Jangan sampai hangus yer.Letak paratha tu atas aluminium wrap dan masukkan inti.Gulung kemas2 dengan aluminium wrap tu.Dah habis kesemuanya,letak dalam pinggan.Hidangkan.....

Contoh cam dlm gambo nie,letak inti,pastu gulung dan gulung gak dgn aluminium wrap tu sekali.....



PhotobucketPhotobucket

1 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails