Bertemu lagi dalam blog yg dah lama Liza tak update....huhuhu.Semalam berkesempatan wat mee hoon putih aka singapore bersempena mak ayah yg ada kat umah...Ini pun sebab buat untuk menu minum petang...tapi dimakan kul 7.30 mlm,kira menu untuk dinner sekalilah nie....hehehe.Malas liza nak cakap byk...kite layan gambo dan resepinya yer...
Mee Hoon Putih dalam mangkuk besar...huhuhu
BAHAN
600 gm mee hoon ( di celur)
200 gm daging ayam kisar
200 gm sotong( di hiris kecil)
200 gm kucai (di potong)
250 gram sawi
150 gram taugeh
250 gm kobis (di ricik halus)
1 batang carrot (di sagat) kecil2
3 sudu besar minyak
garam,gula(secukup rasa) dan air
Bahan di tumbuk
1 sudu besar lada hitam
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih CARA
1)Panas kan minyak, tumis bahan2 tumbuk
2) Masukan daging ayam dan kacau
3) Masukan sotong,kobis,carrot, garam dan air
4) Akhir sekali masukan mee hoon, kucai, garam dan gula.
5)Hidangkan ikut suke camne......
Dah letak dalam pinggan dan di makan dengan.........
Cili padi yg di potong kecil + kicap......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: