31 Januari 2010

SOTONG SUMBAT

Dah lama aku tak tepek pic masakan...Maklumlah,selama bz nie,kdg2 tu beli jer kat kedai.Bila dah teringin sangat nak makan masakan sendiri,barulah kerajinan nak masak tu datang secara semulajadi....hahahahah.
Oklah,tengahari tadi aku masak yang sempoi jer,walaupun sempoi dan nampak sangat orang yang masaknya memang malas,tapi gerenti....boleh tahan sedap gak...hahahaha.Puji diri sendiri sebab tekak sendiri yang rasa.......hehehehe.


Oklah....hari nie,teringin sangat nak makan sotong sumbat dengan pulut,jadi aku carilah resepi yang ada dan tokok tambah dengan rempah ratus yang ada kat umah nie...Mana yang ada,aku gunakan.Maklumlah,masakan orang malas....hehehehe.

SOTONG SUMBAT



BAHAN-BAHAN

5 ekor sotong sederhana besar- cuci bersih dan ditoskan
2 biji bawang besar - diracik halus
4 ulas bawang putih- diracik halus
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 ulas halia sebesar ibu jari- diracik halus
Bahan tumis - bunga lawang,cengkih dan kayu manis
1 btg lobak putih- dipotong dadu
2 genggam beras pulut-dibasuh and ditoskan,gaul dgn secubit garam
1 cawan air
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1.  Sotong yang telah di bersihkan,disumbat dengan beras pulut - biar sotong nampak separuh padat sebab bila dimasak,pulut akan kembang.(Di cucuk dengan batang lidi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar dari sotong)
  2. Tumiskan  bahan tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar,bawang putih, halia  dan secawan air  dalam bahan yang telah ditumis tadi.
  4. Masuk  sotong yang telah disumbat denga beras pulut.Biarkan hingga sotong masak dan isi beras pulut masak.(Sotong nampak padat bila beras pulut dah betul2 masak)
  5. Akhir sekali,masukkan lobak putih yang telah dipotong dadu diikut secawan santan pekat.Masukkan garam secukup rasa bersama gula.
  6. Biarkan hingga mendidih dan tutup api.
Hasilnya seperti gambar di atas....walaupun nampak tak profesional mcm chef2 yang ada,tapi berbaloi gak hasil air tangan yang malas ini...Janji perut kenyang,senang hati......hahahahah.Cubalah resepi orang yang malas dan nak cepat makan...hehehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails