17 Disember 2009

SAMBAL UDANG BESAMA PETAI

izahanum@blogspot2009


Assalammualaikum....sebenarnya dah lama nak upload gambar-gambar masakan yang dimasak time tak banyak keje.Tapi baru sekarang berkesempatan untuk tepek this picture kat sini.(maaflah mutu gambar tak cantik sebab diambil dari cokia hset...hehehe.)Sebenarnya resepi ini diambil dari resepi Majalah Saji dan juga dari Mat gebu dan cuba dipraktikkan di dapur sendiri.Dan inilah hasilnya...hehehe.Kalau nak tau sedap atau tak...anda cubalah!!!!Bahan-Bahannya :


20 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan isi petai
1 biji bawang besar, potong bulat
1/2 cawan jus asam jawa
1/4 cawan cili kisar
1/2 cawan cili sos
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :


1. Kupas udang, belah belakang dan buang uratnya, cuci dan toskan. Cuci isi petai dan tos. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan 1/3 cawan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan juga cili sos. Masak hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa.
3. Bila mendidih, tambah udang dan bawang besar. Beri perasa secukupnya dan gaul hingga rata. Biar hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails