WORDLESS WEDNESDAY


















Hello dear friend..

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)


Maydee


"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang."
(At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)


Maydee


Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam berkata : “Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”




28 Februari 2012

CINTA AKU & DIA...BERMULA DI ALAM CYBER...kuikuikui


Tajuk poyo jer kan...tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku...Kalau sekarang,orang ngah giler2 dgn FB,tapi masa kenal dulu dgn Hb, mana ada lagi FB tu.....masa tu ngah heboh dgn KAMPUNGCHAT,dan kat situlah perkenalan kami....tnpa ada gambar dan profile,hanya nickname yg memikat hati dan sedap di dengar jer...hahaha.Kelakar kalo di kenang2kan balik zaman muda belia...zaman bercinta dulu,walaupun masa tu bukan remaja pun lagi.....hehehe.Pastu,masa tu tak mampu lagi nak pakai Blackberry atau Tab yg canggih(sebab lom ada...),hanya mampu pakai nokia 3310(jatuh dan di baling 2-3 kali ke lantai pun,still tetap utuh)..tu lah menjadi harta paling sayang sebab dr chatting kat KAMPUNGCHAT,berSMS lah plak......plak tu,zaman belajar sambil keje lagi,tak mampu lagi nak pakai  laptop cam sekarang (yg mampu pun destop segabak besau tu).......skrg,syukur alhamdulillah dgn rezeki yg ada,...bermacam2 gadget dah dimiliki sekarang,sampai tak mampu nak guna sume...jadi gajah putih jer kat umah.....huhuhu.Hb siap kata,takpe...collection utk hari tua kita nanti....

Ok...berbalik pada cinta cyber kami,mula2 tu saje nak kena2kan dia...dgn niat saje suka2,masing2 tak pernah nak hntar gambar atau apa sajer....main  hentam jer saje2 berkawan tanpa ada gambar yg proper....kunun2 nak surpriselah kalo jumpa...tapi tulah,Hb berani nak dtg jumpa setelah Liza mencabarnya dtg ke rumah...sanggup tu,dari KL turun ke JB....tp,dlm hati nie.....siap ckp dgn hati sendiri "Kalo mamat yg datang nie tak sehensem yg di sangka,baik aku sorok di balik dinding jer drpd jumpa dia".....hahaha...ayat tak bleh blahhh.

Tapi tulah,mungkin ini jodoh namanya,Liza tak sampai hati nak sorok2 di balik dinding sebab kenangkan  kesungguhannya yg beria2 naik bas dari KL ke JB,kalo  dia tak cinta,takkan dia sanggup kan nak jumpa walaupun tak pernah tgok muka cara live....my first impression,"kurusnya mamat poyo nie...muka ala2 cina....layakkah dia buat diri ini"...mcmne Liza bole kenal dia sedangkan tak pernah tgok muka dia...tapi sebab dah janji suh dia tunggu kat DUNKIN DONUT (port paling senang jumpa kat Terminal bas Larkin)...hahaha,dari jauh dah bole nampak dia walaupun dia tak boleh nampak Liza sebab dia tak kenal.Tapi tulah, selalunya kalo niat jahat nak kenakan orang tu,Allah tak makbulkan....rasa kesian kat dia.Akhirnya,dialah juga jadi peneman setia hingga sekarang..............Dan oleh kerana sedar diri ini pun tak secantik CTnurhaliza,terimalah pasangan kita seadanya...cantik dan hensem tu tak kekal lama.Lama2 kita akan meningkat tua........Dah hilang cantik tu,nanti dia cari org lain plak....alhamdulillah,dengan niat ikhlas kerana Allah utk bersama dan bersatu ,kebahagian itu akan tiba jua akhirnya

Ok...sekian dulu.

p/s : N3 khas ini ditujukan buat my Hb yg jauh dimata.....lama tak jumpa,terasa rindu...hehehehe.



27 Februari 2012

ROJAK BUAH SEMPOI


Assalammualaikum......

Petang2 begini yg cuacanya panas cam nak hujan....pekena rojak buah.....Malas nak tepek resipi yg sempoi nie,boleh tgok kat n3 lama nie. klik kat  SINI



Layan gambar je yer.......

Daaa...................




SAYA AKAN HANTAR BUKU INI PADA MEREKA-MEREKA YANG SUDI....

Assalammualaikum....wbt.

UPDATE TERKINI(27.2.2012)





Memandangkan tak ramai(alhamdulillah,ramai gak dah respon) yang sudi nak terima buku2 ini seperti yang Liza war2kan kat  SINI,jadi Liza lanjutkan tarikh tutup sehingga cukup 20 orang atau lebih 40 orang (utk jumaat yg akn dtg)..Tapi nama yg sampai ke 20 dulu,Liza akan pos dulu yer....yg selebihnya tu,Liza pos ikut alamat yg dah di beri yer...Tq


Nama-nama kengkawan yg sudi respon pd n3 Liza ialah: (yg tak bg alamat dan tepon lagi,boleh email ke saya yer,mana2 yg dah bagi alamat tu,saya akan pos dulu.TQVM)

1.IEYLA- da pos
2.YTEKECIK - dah pos
3.UMMIARISSA -  da pos
4.CIKSUZLIN- da pos
5.NELUMBO NABILAH- dah pos
6.MAK ENCIK SZ- da pos
7. MAMAWANA -dah pos
8.LANGIT PERTAMA - dah pos
9.PUTRIS - dah pos
10.NOR AMNI SARAH - dah pos
11.WIYAH -  da pos
12.  MYDA AHMAD - dah pos
13.- KAK YAM - da pos
14.KAK ZIE  - dah pos
15.AYU SAFIEZA - dah pos
16.CHEQ SUE- da pos
17.SHARIFAH NADZARAH - da pos
18.CIK CHENTA - dah pos
19.NOORLIANA MAILOK- da pos
20.NUR NASUHA - dah pos
21.MISS NADRAH - da pos
22.ASMAT90 - da pos
23.BEESKULda pos
24.  CIK PUANHADY-da pos
25.ISMAIL FITRY - da pos
26.SYUHADASALLEH - 
27.PN RAFIDAH -da pos
28.ANNA QAWINA  - da pos
29.ARIZAKIAH - 
30.AIDA -da pos
31.IERADANIERA - da pos
32. ZALIEDANA -da pos
33.EATNOMORE  da pos
34.CHE ROSSLI - da pos
35.SITI ZAWAHIR- da pos
36.IZAH DAUDda pos
37.KELLY - da pos
38.LYFSUNSHINE  -da pos
39.PRETTYWRITE - da pos
40.LAILA - da pos



Kepada nama2 yang sudi respon,tq bebanyak.Kepada yang dah bagi nama seperti di atas,nanti hantar alamat dan no tepon ke email saya Leezahanum@gmail.com.


24 Februari 2012

SWEET BUN....EDISI LAYAN GAMBAR JER YER.....










Malas nak tepek resepi sebab ikut bulat2 dari ebook ROS JINTAN MANIS ...........Tapi sebab tak rajin sangat,Liza main letak kat BM jer....Dia yg tolong uli......

Dan hasilnya seperti gambar kat atas,dan memang sedap dan lembut jer.Kuar dari oven panas2, 3 ketul roti boleh habis dlm masa 5 minit...Gelojoh kan...hehehhee...

Daaaa..............selamat malam..




KUEW TIAW LADNA



Assalammualaikum...wbt

Hari ni baru berkesempatan nak masak menu yg teringin kat tekak nie...Walaupun Hb jauh di mata,tapi alhamdulillah, mak ayah masih sudi menemani diri ini kat sini....

Dan alhamdulillah jugak sebab respon dari kawan2 yang sudi nak terima buku yang Liza war2kan kat n3 terdahulu.Terima kasih bebanyak pada kawan2 yang sudi bagi detail kat email Liza.Moga ukhuwah ini berpanjangan walaupun di alam maya.TQVM...


Bahan-bahan(5-6 org mkn) :


1 peket  kuew tiaw

  • 5 biji bawang putih-hiris halus
  • 4 biji bawang merah-hiris halus
  • 12 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 5 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 lobak merah-potong kecil
  • sawi-potong kecil
  • 5 putik baby corn -potong kecil
  • 2 sb minyak jagung - utk menumis
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  • 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukupnya
Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak.  Masukkan bawang putih kacau dan masukkan bawang merah.  Kacau dan masukkan udang serta sotong.
  • Masukkan 5 cawan  air bersama kiub ayam.  Biar mendidih. Masukkan  sos tiram dan garam.Masukkan lada sulah dan lada hitam. Bila mendidih, masukkan putik jagung , lobak merah dan  sawi .
  • Kemudian  masukkan telur yang telah dipukul kedalam kuali dan masukkan tepung jagung yang telah di campur air, biarkan mendidih dan masukkan kuehtiaw.  
  • Hidangkan bersama  bawang goreng .

Pastu,tak lupa jugak meroti petang tadi.....So...nantikan n3 roti manis yer....hehehe.Daaaaaaaaaa.....

p/s:-(Buat my Hb, tgok dari jauh je yer n3 menu ini ..abg kan pembaca setia blog Lizahanum nie.....hehehehe)

23 Februari 2012

SPESIES ERA DINOSAUR

Sumber :KOSMO


p/s: Macam cacing gelang(yg hidup dlm perut tu) pun ada ..................huhuhu

18 Februari 2012

JUMAAT YG PENUH KEBERKATAN( hari nie sabtu)...........

Assalammualaikum....wbt
Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan.Semoga anda semua sihat dan suksess sentiasa.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Jumaat yang mulia ini.My MIL still bgitu juga,masih perlu diuruskan segala keperluannya oleh anak2,tapi syukur kerana Allah masih memberi peluang untuknya melihat anak2 lelakinya bertanggungjawab bersama2 menguruskan segala keperluan diri .Terharu dan tersentuh naluri hati seorang wanita (Liza lah tu) bila anak2 lelaki my MIL memang bertanggungjawab keatas ibu kandung mereka  meguruskan segala2nya termasuk makan minum,,mandi, dan segala2nya dilakukan seperti penjagaan seorang kanak2.Alhamdulillah....................syukur tak terhingga padaMu ya Allah.Aku hanya dapat sujud bersyukur kepadamu mendoakan mereka (termasuklah my Hubby), yang sanggup bersusah payah dan berjauhan dengan Liza selama beberapa bulan akan dtg nie kerana ingin menjaga ibunya...Liza redha,cuma tak dapat nak berbakti pada my MIL kerana tanggungjawab yg lebih penting perlu Liza utamakan dulu.Biarlah hubby saje yang menjaga ibunya.....Liza akan turun ke sana sesekali saje untuk melawat MIL. Bukan dekat nak pi sana selalu,perlu naik turun belon...hehhehe.Hubby kata takpe,yg penting doa untuk kesejahteraan ibunya dari jauh itu dah cukup...

Oklah,sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini ,Liza bersama2 Hb ingin mengambil kesempatan untuk memberi cenderahati bagi para pembaca dan follower blog "SWEET LIZAHANUM" ini sebanyak 20 buah buku seperti di bawah ini..............


20 buah buku ini akan Liza beri pada 20 orang pembaca /pengunjung/pegikut blog ini yang terawal meninggalkan link dan jejak di bawah komen ini sebelum ditutup pada pukul 9.00 mlm ini.(saya panjangkan lagi masanya sampai cukup 20 orang atau lebih kerana yg lebih tu,saya akn kira untuk Jumaat2 seterusnya kerana ada 3 kali Jumaat lagi)


Buku yang mengandungi ayat2 Manzil yang memang Liza amalkan dalam kehidupan harian selepas solat .Memang ayat2 Allah ini mujarab keatas diri pengamalnya kerana dapat melindung diri dari segala gangguan kejahatan makhluk.Ini kenyataan yg benar kerana selama 2 tahun diri ini mengalami sakit misteri akibat gangguan makhluk yang kite tak nampak,dan alhamdulillah...dengan amalan ayat2 yang ada terkandung dalam buku ini,Allah memakbulkan doa hambaNya ini .Yang penting,kita sebagai hambaNya yg lemah ini harus berusaha dan bersungguh2 mencari penawar........


Buku nie pun menjadi salah satu amalan untuk Liza seisi keluarga mengamalkan ayat2 yang terkandung di dalamnya.Sesungguhnya ayat2 Allah nie mujarab,di balik ayat2 Al Quran yang selalu kita baca,ada ayat2 tertentu yang memang menjurus kepada sesuatu penyakit dan perkara.Antara rajin dan tak rajin jer nak mengamalkannya.



Semoga apa yang Liza kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh rakan2 yang berhajat untuk menerima cenderahati yang tak seberapa ini.

So,kawan2 perlu tinggalkan link di bawah komen ini,nanti Liza akan beri maklumbalas untuk mereka yang bertuah seramai 20 orang itu untuk bagi alamat ke email Liza.

Insyaallah,tradisi memberi cenderahati sebagai sedekah ilmu ini ,Liza dan hubby akan buat setiap jumaat selama sebulan untuk kawan2 alam maya ini.Maknanya ada 3 kali Jumaat lagi untuk anda turut serta.Tapi,mungkin buku2 agama yang berlainan seperti di atas.Moga sedekah di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini,memberi kami rezeki yg melimpah ruah lagi dan tanda kesyukuran kami kerana doa dan ikhiar kami selama 2 tahun berusaha mencari penawar sakit,telah diizinkan Allah untuk sembuh sedikit demi sedikit.ALHAMDULILLAH....

Jadi,kalo kawan2 yg nama dia tak senarai untuk Jumaat hari nie,Liza akan KIV untuk Jumaat yang akan datang nanti yer....

SELAMAT MENINGGLKAN JEJAK DAN LINK KAT BAWAH KOMEN NIE YER.






nota: sudi2 kanlah kengkawan tinggalkan link atau komen kat bawah nie.Tak perlu nak promote apa2,tinggalkan jejak jer,nanti Liza jejak balik anda dan akan suruh anda email address untuk Liza hantar ke alamat rumah anda buku2 ini.Sekian.



17 Februari 2012

SELINGAN.......................


Kengkawan yang nak dapatkan buku sebagai cenderahati dari Liza,bole masuk SINI  dan tinggalkan link dan jejak..Kalau rajin terus email alamat anda ke leezahanum@gmail.com....insyaallah,esok lusa atau tulat,sampailah buku itu ke alamat anda...

12 Februari 2012

COKLAT WAFEL...ENTRI SEMPOI MALAM NIE


Assalammualaikum dan selamat malam......

Nak memeriahkan jugak blog yg tak seberapa nie,jadi letaklah gak menu sempoi petang tadi.Resepi yang pernah buat dulu.Jadi malas nak tepek resepi,boleh tgok kat SINI yer .


Wafel yg di salut coklat .........................wallahhhhhhhhh....


Berkurun wafel nie dok berkurung dalam "gerobok",baru sempat nak guna balik.....


Daaa.......nak masuk tidoo.............


CHICKEN CORNISH


Assalammualaikum...wbt

Lama rasanya tak update menu masakan...Selama nie,masak ala kadar jer sejak ada berita yang menyedihkan dalam hidup kami di tahun 2012,jadi ikut mood nak masak.Kalo mood rajin,adalah bendanya yg nak di masak kat dapur tu sebab tekak teringin nak makannya.So, oleh kerana malas nak celoteh pepanjang,jom layan resepi yang Liza amik dan olah dari JAMIE OLIVER...chef yg selalu kuar kat AFC tu...tapi Liza ikut bahan yg ada di rumah,maka hasilnya cam gambar-gambar nie yer....Jom layanz............




Bahan pastri:

  • 250g butter (guna buttercup jer)
  • 300ml hot water
  • 500g tepung gandum
  • 1st garam

Untuk inti :
  • Daging ayam kisar (Liza guna jenama Ramly)
  • 2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih di cincang halus
  • 2 biji kentang besar-dipotong dadu
  • Minyak zaitun utk menumis
  • Garam gula secukup rasa
  • 4 sudu besar rempah kari rendang Adabi
  • 1 kiub ayam-tak nak letak pun takpe
  • 1 sudu teh tepung gandum-bagi pekat 
  • 1 biji kuning telur untuk di sapu kat pastri


Cara-caranya:

Pastri doh :Butter dan air panas di campur bersama.Masukkan tepung dan garam dalam adunan.Uli hingga sebati dan menjadi doh yg lembut.Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. Sementara buat intinya pulak.

Inti : Panaskan minyak zaitun dalam kuali.Masukkan bawang merah dan putih yg dah dicincang.Masukkan serbuk kari rendang dan masak hingga naik bau.Masukkan daging ayam kisar dan kentang yg dipotong dadu tadi.Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam dan gula.Masukkan tepung dan masak hingga agak kering .Biarkan sejuk.


Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai.Canai doh pastri setebal 5 mm.Terapkan dengan penerap bulat.(Liza gunakan mangkuk sup,biar nampak cornish nie besar gabak mcm yg kat secret resepi tu).hehehe


Letakkan inti di tengah2 doh dan kelimkan tepinya cam buat karipap yer.Pastu letak dalam loyang yang dah di gris dengan butter.Buat hingga abis doh dan sapukan semua pastri tu dengan kuning telur.


Panaskan oven pada suhu 180C, dan bakar pastri selama 30 -35 minit atau sehingga warna keperangan.Siap untuk di makan.


Pastu makan masa panas2,lawan plak dengan teh tarik buat sendiri.....pergggh...2 ketul  cornish yg besar gabak tu akan buat perut anda senak kekenyangan.






Masa untuk makan............................



Sekian dulu............................


11 Februari 2012

ALHAMDULILLAH.......SYUKUR !!!!


Alhamdulillah.....MIL dah keluar dari wad dan sekarang berada di rumah di negeri bawah bayu.Di awasi dan di jaga oleh abang2 ipar (oleh kerana adik beradik Hb.semuanya lelaki),jadi...tugas menjaga MIL terletak di bahu mereka semua.Hb dah balik semula ke pangkuanku sekejap (walaupun seminggu ) dan akan terbang semula ke negeri di bawah bayu untuk menjaga MIL sehingga betul2 sembuh dan boleh bergerak sendiri,Liza terpaksa merelakan dia pergi untuk berbakti pada ibu kandungnya yg sekarang memang memerlukan perhatian dan jagaan dari anak-anaknya.Mungkin sebulan,dua bulan dan ???...bulan,kami akan berjauhan.Liza cuma dapat meluangkan masa untuk melawat ,menjenguk dan menjaga untuk tempoh beberapa minggu jer,lepas tu terpaksa balik semenanjung semula sebab ada tugas besar yang menanti untuk di siapkan..Kalo kerja2 Phd dah siap,bole jer dok sebulan dua kat sana...tapi apakan daya...kami sama2 rela berkorban...Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan MIL akan betul2 sembuh.Sekarang nie segala urusan perlu anak2 bereskan termasuk makan minum,mandi,tukar lampin pakai buang dan segala-galanya.Dan alhamdulillah,abang2 ipar dan Hb memang anak2 yg boleh di harap.Tak sesia MIL mengandungkan mereka.....


Syukur sangat di kurniakan suami yg bertanggungjawab dan sanggup berkorban dengan meletak keperluan isteri di nombor dua .Moga Allah memberkati segala perkara dan perlakuan yg di lakukannya dengan ikhlas itu di kedudukan yg DIA redhai.Amin..








2 Februari 2012

BEREHAT SEKETIKA...ALLAH MENDUGA LAGI BUAT KAMI BERDUA

Assalammualaikum.........wbt

Saya akan bercuti seketika dari alam maya kerana keadaan yg tak megizinkan.Akan terbang ke negeri di bawah bayu dan berada di sana sehingga MIL sembuh.Menemani HB yg dah seminggu berkampung di ICU menjaga my MIL yg kena stroke dan tak sedarkan diri kerana ada pendarahan dalam otak.Tapi alhamdulillah,perkhabaran dari HB yg berada disisi MIL selalu sejak seminggu lalu,ada perubahan dan tindakbalas dari MIL .InsyaAllah,saya akan meyusul ke sana plak setelah kerja2 yg ada kat sini dah dibereskan....

Moga dipermudahkanNya...AMINNNN
Dugaan buat kami berdua di tahun 2012 nie ...Kami redha atas apa yg berlaku