11 Februari 2012

ALHAMDULILLAH.......SYUKUR !!!!


Alhamdulillah.....MIL dah keluar dari wad dan sekarang berada di rumah di negeri bawah bayu.Di awasi dan di jaga oleh abang2 ipar (oleh kerana adik beradik Hb.semuanya lelaki),jadi...tugas menjaga MIL terletak di bahu mereka semua.Hb dah balik semula ke pangkuanku sekejap (walaupun seminggu ) dan akan terbang semula ke negeri di bawah bayu untuk menjaga MIL sehingga betul2 sembuh dan boleh bergerak sendiri,Liza terpaksa merelakan dia pergi untuk berbakti pada ibu kandungnya yg sekarang memang memerlukan perhatian dan jagaan dari anak-anaknya.Mungkin sebulan,dua bulan dan ???...bulan,kami akan berjauhan.Liza cuma dapat meluangkan masa untuk melawat ,menjenguk dan menjaga untuk tempoh beberapa minggu jer,lepas tu terpaksa balik semenanjung semula sebab ada tugas besar yang menanti untuk di siapkan..Kalo kerja2 Phd dah siap,bole jer dok sebulan dua kat sana...tapi apakan daya...kami sama2 rela berkorban...Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan MIL akan betul2 sembuh.Sekarang nie segala urusan perlu anak2 bereskan termasuk makan minum,mandi,tukar lampin pakai buang dan segala-galanya.Dan alhamdulillah,abang2 ipar dan Hb memang anak2 yg boleh di harap.Tak sesia MIL mengandungkan mereka.....


Syukur sangat di kurniakan suami yg bertanggungjawab dan sanggup berkorban dengan meletak keperluan isteri di nombor dua .Moga Allah memberkati segala perkara dan perlakuan yg di lakukannya dengan ikhlas itu di kedudukan yg DIA redhai.Amin..








1 ulasan:

Sila komen kat sini;: