23 Mei 2018

NASI JAGUNG & THE GENG--->RAMADHAN #6


Assalammualaikum wbt....

Hari ni baru sempat nak tayang menu iftar semalam.Menu tak berapa nak diet...hehehhe..Balik-balik keje jer semalam,buka esbok tengok ada susu cair dan  kernel  jagung,terus terlintas idea nak buat Nasi Jagung sempoi ni.Sebab apa sempoi....sebab takde tumis-tumis, terus masuk semua bahan dan tanak macam nasi biasa. Jadi jugak macam nasi jagung yg kena tumis bahan dulu tu.Yang ni tak payah,macam main campak-campak je bahan dalam periuk,pastu tanak nasinya...

Dan yang paling bestnya,kat rumah ni ada pembantu chef dapur bertauliah,segala bahan macam bawang dan ayam,telah siap disediakan sebelum Liza sampai rumah,makanya tugas memasak terus menjadi mudah...๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„



NASI JAGUNG 
Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi -bersihkan dan toskan
1 btg serai diketuk
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih-mayang halus
 Buah pelaga, kayu manis,cengkih -agak2/ikut suka nak letak berapa 
Susu cair 1 cawan + 2 cawan air 
1 setengah cawan kernel jagung
Garam secukup rasa
1 sb minyak jagung

Caranya : Campurkan semua bahan dalam periuk nasi.Perasakan dengan garam.Kacau-kacau bagi sebati.Masak macam nasi biasa.Memang sempoi dan mudah...hahaha.


AYAM KURMA
Bahan-bahan :
2 ketul ayam bahagian dada-potong kiub
1 bj bawang merah dan 2 ulas bwg putih-hiris halus
2 cawan air-dicampurkan dengan 2 sb rempah kurma dan serbuk cili 
2 bj kentang  dibelah 6
1 bj lobak merah-dipotong kiub
Buah pelaga,cengkih,kayu manis-ikut suka byk mana anda mau letak
1 sb minyak zaitun
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan susu cair

Caranya :
Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan air yang dicampur rempah kurma .Masukkan kentang,lobak merah dan ayam.Perasakan dengan garam dan gula.Masak sampai semua bahan empuk.


PENCUK NENAS &EPAL HIJAU

Bahan-bahan:
7  ketul nenas yg dah siap dipotong- jadikan ketulan kecil
1 biji epal hijau-potong kiub
1 bj lada merah-hiris halus
1 bj bawang merah-hiris halus
Gula perang dan garam secukup rasa

Caranya :
Semua bahan dicampurkan dan digaulkan sebati.





Selamat berbuka untuk hari ini.


Sekian






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: