29 November 2013

Saya kalo gi PH saya memang suka makan FRESH SALAD...TAPI LEPAS NIE.........?????

Saya terbaca kat linkdi bawh bila ada rakan yang kongsikan di FB...so ,berhtilah2 yer terutama diri saya jugak sebab suka beli fresh salad kalo dtg ke pizza hut....huhuhu.


SUMBER :http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=770615
                   http://suarainsan.net/aduan-cacing-masih-hidup-dalam-salad-di-pizza-hut/

ADUAN: Cacing masih hidup dalam salad di Pizza Hut




Pada23/11/13 @ 9.30pm, saya bersama suami makan Pizza Hut di kawasan Nilai. Suami order fresh salad dan makan macam biasa. Saya order pizza dan spaghetti.Tiba-tiba suami berhenti makan kerana kelihatan cacing yang masih hidup ada dalam pinggan salad yang kami order tadi. Saya memang geli dan rasa nak muntah.Terus berhenti makan sebab mati selera melihat cacing yang bergerak dalam pinggan salad tadi.




Kami tidak menjerit atau panik kerana keadaan malam minggu ramai orang datang dan sedang menjamu selera. Suami panggil staff pizza untuk datang melihat apa yang ada dalam pinggan salad dan staff tersebut terus memanggil ketua beliau.Seorang staff wanita datang mohon maaf atas kecuaian pihak mereka. Alasan yang diberikan sayur datang dari ladang dalam kuantiti yang banyak mungkin proses pembersihan tidak dijalankan dengan betul.




Kami sempat menulis dalam buku aduan mereka dan membayar semua menu yang kami makan kecuali fresh salad. Ini kali pertama suami order salad dan mungkin kali terakhir untuk kami makan pizza hut. Cukuplah sekali terkena dan ia amat menjijikan. Saya harap aduan ini dapat beri pengajaran pada pihak terlibat dan kejadian sama tidak berulang lagi.




By:Noor Juliana Tusin


SUMBER : suarainsan.net

24 November 2013

BERSAWANG DAH BLOG SAYA...................................

tq google....

Lamanya tak hapdate blog ni............bz memanjang.......

Insyaallah...esok lusa,saya hapdate yer...citer baru dan terkini sebelum 2014 menjengah tiba.......

4 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH



Assalammualaikum wbt...

Lama dah tak bersiaran...Ni jelah yang sempat di tepek kat blog nie.

Sekian dulu.

30 September 2013

n3 PAGI ISNIN : MARAH BILA STUDENT KETUK PINTU BILIK MACAM NAK ROBOH

Assalammualaikum wbt.....

Dah lama tak update blog nie..........


So,hari nie nak memulakan n3 pepagi isnin ni yg buat hati mendidih dan marahhhhhhhhhh..........

Student hari nie semakin takde adab sopan terutamanya yang C_ _ _ ese ........ Ketuk pintu bilik bagai nak rak,macam nak pecah pintu.........huhuhuhu...Apa dia ingat keje kita asyik nak menunggu diorang kat bilik ker....kalo yer pun nak minta tandatangan atau apa sahaja,sepatutnya kalo "lecturer" memang dah takde kat bilik tu...SILA tinggalkan nota yang minta di tandatangan atau apa sahaja.

Hari nie memang MONDAY BLUES...takde kelas,jadi Liza hanya duduk diam di bilik membuat kerja apa yang patut dan penting..Kalo pintu bilik di kunci,itu tandanya "LECTURER TIDAK MAHU DIGANGGU" ...ini tidak..........semakin di ketuk pintu,dan tidak di buka, ketuk bertalu2 macam nak roboh.................Memang takde adab..apalagi....terus Liza bukak pintu dan tanya apa DIORANG (3 org C_ _ _ _ se student )mahu.....terus BRAINWASH diorang (Memang patut kena BRAINWASH sebab diorang anak PA aku..Aku penasihat akademik diorang).....terkebil2 dan terdiam bila tengok muka I yang macam singooooo...........haaaa.,apalagi terus I suruh diorang balik,I tak mahu jumpa diorang sekarang...jumpa esok lusa bila hati I dah COOL......I suruh diorang belajar ADAB sopan DULU macam mana cara ketuk pintu bilik pensyarah.....hahahaha..(Patut tak Liza buat gitu)

Sekian.........pada student2 yang bukan Islam tu...anda telah diajar subjek MORAL di sekolah rendah dan juga menengah,jadi praktikkan nilai TATASUSILA dan ADAB SOPAN anda tak kiralah di mana ANDA berada...Lebih2 lagi pada guru atau PENSYARAH ANDA,atau sesiapa SAHAJA.........Orang MALAYSIA kan KAYA dengan BUDI BAHASA.

Sekian.

20 Ogos 2013

I'M BACK....DAN KISAH MISTIK YANG KEMBALI MENGGANGGU..............ALLAHUAKHBAR

kredit pic to google....tq

Assalammualaikum wbt.....

Syukur alhamdulillah kerana diizinkanNya untuk bersiaran semula setelah menyepikan diri sementara waktu mencari keredhaan Ilahi....

Terima kasih Allah......

Kerana ujianmu buat aku semakin sedar bahawa "aku insan terpilih yang di beri ujian sebagai penghapus dosa,dan syukur kerana ujian ini mendekatkan lagi kelalaianku dulu terhadapmu"

Biarlah kisah2 misteri dan mistik yang berlaku padaku dulu dan kini berulang kembali,menjadi sebahagian ujian buat diriku ini...........Luaran dan zahiriah,orang lain boleh menilai yang diri ini sihat tanpa ada apa2 masalah dan gangguan...tetapi hakikatnya hanya DIA lebih mengetahui kerana DIA tahu apa yang terbaik buat diri nie...


*Nota kaki seram bila dah abis puasa* :
* Semasa aku sibuk membaca ayat2 Allah ...AYAT 2 MANZIL (hari raya ke 4), BENDA(aku tak nampak,tapi aku boleh rasa kehadiran KAU) tu misscall kat tepon aku tetiba dengan menggunakan no handset mak....sedangkan mak berada di ruang tamu sambil berehat bersama ayah di ruang tamu,dan yang lebih mistik...handset mak dari no yg miscall aku tu berada dalam bilik belakang............kwang3x....memang KAU sengaja nak main2 aku yer......Aku tau KAU ikut aku balik nie...*.........................cerita lanjut,akan saya ceritakan ESOK yer.....................


22 Julai 2013

YANG TERAKHIR...........


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Maybe ni n3 terakhir .....di panjangkan umur akan ketemu lagi dalam waktu yang diizinkanNya..Insyaallah.Doakan yang terbaik sahaja untuk saya yer.

Sebelum tu...nie hadiah untuk teka teki teka tekuk yang hari tu...moga selamat sampai ke tangan empunya diri sebelum raya......Syuhada Salleh,moga gembira menerima hadiah yang tak seberapa nie...tq



20 Julai 2013

ROTI HIMPIT SEMPOI...ALA2 ROTI HIMPIT AYAMAS TU.......


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...........

Baru sempat nak tepek menu berbuka hari nie.....

Dah 10 hari berpuasa, 10 hari jugak lom menjejakkan kaki ker Bazar Ramadhan...sebab tahun nie mencabar diri sendiri agar masak menu2 sempoi jer tuk berbuka tahun nie...gi  Bazar nanti,macam2 yang nak di beli...last2 masuk cik tong kalo tak abis....kan membazir namanya...masak sendiri boleh budget dan agak2 cukup untuk sampai ke sahur atau tak.....hehehe

Dan kalo Liza tak update menu berbuka kat blog nie, tu tandanya hari tu masak yg memang sempoi, yang malu nak tunjuk kat blog...

Ok...menu yang sempoi nie memang teramat sempoi...walaupun balik keje dekat kul 5.30,sempat gak prepare menu2 yang simple dan sedap kat tekak sendiri....janji boleh makan....

Jom layan gambar2 yang tak semewah orang lain berbuka sampai 3-4 jenis lauk.....sempat masak 2 jenis jer...kalo terlebih rajin,paling banyak pun 3 jenis...hahaha


Bahan-bahannya yang mudah :

3 ketul roti 
3 btg sosej berkeju jenama SAUDI GOLD
Daun salad
1 biji tomato
Mayonis
Sos cili

Cara-caranya yg lagi sempoi :

Kukus sosej tersebut sehingga masak( dia mengembang -sila jangan membayangkan yg bukan-bukan yer...hehehe).Susun daun salad atas roti yang di belah tanpa memutuskan kedua-duanya.Letak tomato,dan letak sosej kukus tadi.Letak mayonis dan sos cili ikut kretiviti anda......Siap.....senang bangat,maklumlah orang yang membuatnya pun suka yang mudah dan pantas.Tapi ...sedap di makan....


Dan sempat gak buat menu sempoi lagi mengenyangkan perut seperti picture kat bawah............

######################################################






Dan...telah membuktikan yang orang berkerjaya pun boleh masak seperti suri rumah sepenuh masa gak..cuma rajin dan malas jer yang membataskannya...sekian dulu....

Wassalam......daaaa....nak tido dulu, esok pepagi nak bangun sahur......

19 Julai 2013

PEMENANG TEKA TEKI TEKA TEKUK..........................TAHNIAH


Assalammualaikum wbt....

Terima kasih pada yang sudi menjawab dengan tepat...

Senang jer jawapannya...memang saje nak bagi free tumbler princess TUPPERWARE tu di bulan ramadhan nie..tu yang bagi teka teki sempoi dan senang...takyah fikir2 yang susah2...hehehe

Oklah, pemenangnya ialah


TAHNIAHHHHHHHHHH...

Sila email butiran peribadi ke liza_hanum@ yahoo.com untuk Liza hantar hadiah tu yer.....

Tq

NAK HADIAH PERCUMA????JAWAB TEKA TEKI NIE................



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, dan petang Jumaat yang sangat mengantukkan  nie ,Me nak bagi hadiah percuma nie pada orang pertama yang dapat jawab dengan betul teka teki teka tekuk kat bawah nie..



* Orang pertama yang dapat jawab dengan betul, AKAN DAPAT hadiah kat atas tu...1 set tumbler princess TUPPERWARE*

*Syarat2nya : follower dan follower atau sesiapa sahaja yang berminat nak memberikan jawapan,di alu-alukan tapi lepas tinggalkan jawapan kat komen di bawah..letak link blog masing2,supaya senang Me nak contact balik dan jejaki balik sape empunya diri yang jawab itu.Yang pasti,blogger yang duduk kat Malaysia sahaja yer.*

Tarikh tutup : sehingga menemui JAWAPAN YANG BETUL DAN TEPAT.


Ni soklannya :

Dalam banyak2 benda, ada satu benda yang percuma yang senang diperolehi di mana-mana sahaja .Semua orang perlukan benda yang percuma ni.Tanpanya dan tidak menikmatinya dengan rasa syukur,memang takkan bermakna.Apa dia benda percuma tu?


Sekian dulu.....jawapan nya senang jer,sape dulu dapat jawab dengan betul...BOLE bagi apa2 jawapan yer,dan yang TEPAT DAN BETUL dengan JAWAPAN yang ada kat Me....hadiah di atas menanti anda...sila komen kat ruangan komen di bawah yer.......

Terima kasih.









12 Julai 2013

ROTI SARDIN BUNGA


Selamat malam sume....

Nak tunjuk kat sini  menu orang malas dan sempoi....



Bahan-bahannya :

10 keping roti gardenia
acuan mufin
inti sardin - ikut suka anda nak wat camne,buat cam inti tuk sandwich pun bleh...

Cara-cara : Susun roti kat acuan mufin seperti gambar kat bawah,letak inti sardin kat tengah2nya.Pastu bakar.Setkan dalam masa 20 minit dengan suhu 150 darjah......Jangan sampai garing sangat,nanti roti keras.
Siap dah menu orang sempoi dan malas,janji boleh di makan....hahaha.





****************************************************************


Menu berbuka hari nie jugak  :


Oleh kerana kejadiannya yang membukit sangat,tapi rasanya memang sodap...mungkin sebab di kukus dengan suhu yang tinggi jadi dia naik dengan memberangsangkan...bentuk cam cendawan pun ada......


Anda google lah resepinya yer.....Liza ikut kat SINI...tapi buat versi kecik2 kat acuan kecik2...




Menu sempoi untuk orang yang malas cam saya...tapi sebab mak ayah ada kat rumah ,terpaksa merajinkan diri gak membuat menu yang sempoi ini dengan penuh rasa keikhlasan, barulah aroma kesedapannya terserlah...hahahhaha...



SEKIANNNNNNNNNNNNNNNN




AKTIVITI 2 HARI AMIK CUTI ...TAK KEJE,SEMATA2...NAK???????


Assalammualaikum wbt dan salam ramadhan ke 3.......

Ni lah aktiviti yang di lakukan di rumah sempena mengambil sambungan cuti Awal Ramdhan....hehehe.Ngah rajin nak jahit langsir rumah yang tertunggak setahun kerana beli kainnya nie tahun lepas.....(konon2 nak pakai buat langsir raya tahun lepas,tapi sebab empunya diri malas dan sakit yang dulu2 datang kembali,so tertunggak hingga ke tahun nie...Dan tahun nie,alhamdulillah kerana diizinkanNya untuk kembali sihat ,bolehlah buat apa2 yang patut..Nasib baiklah,Allah mengurniakan kemahiran untuk menjahit nie,so...bolehlah jimat dari menghantar upah menjahit langsir kat orang yang upahnya kalo takde ratus2 dan ribu,takyahlah nak hantar...dah jimat kat situ..hahahaha.(Ni bukan nak riak ehhhhh...tapi kenyataan).Setakat nak jahit scallop atau apa sajer design yang di sukai,boleh jer nak jahit...malas dan rajin jer....tapi lebih banyak malasnya,so,...terpaksalah jahit yang sempoi2 punya design,janji mata I yang menengoknya  cantik dan sedap mata memandang......



Hari semalam,aktiviti memotong kain langsir.


Dan hari nie,aktiviti menjahitnya pulak.....





Jahit dari pagi pukul 9.00 am hinggalah 2.00 pm sebab nak masak plak lepas tu.......so,ada 2-3 helai lagi tak siap...sambung esok lusa plak....Raya nanti boleh pakai.......

Sekiannnnnn.....

11 Julai 2013

KACANG POOL


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Selamat menyambut bulan ramadhan yang dah masuk hari ke 2 nie....dan baru berkesempatan nak tepek menu sempoi.....

Oleh kerana hari nie menyambung cuti sampai esok hari....saje nak wat keje2 yang tertunggak terutamanya nak jahit langsir umah yang tertunggak dari tahun lepas,so...satu hari nie abis dah memotong kain langsir,dan esok akan abiskan menjahit....Alaaaa,,,kalo setakat jahit langsir yang design sempoi2 tu,Liza buat sendiri jer ...nak upah mahal...dahlah beli kainnya dah mahal....jadi,kalo buat sendiri dah jimat.....itupun sebab dah lama tak tukar langsir...dah dekat 2 tahun tak tukar time raya,so raya tahun nie pasti berlangsir baru....(esok2 nanti Liza tunjuk kat n3 akan datang time potong langsir dan jahit langsir)



Ok...kita layan kacang phool sempoi nie.....Liza sekodeng resepi Pak Haji dari buku .

KACANG POOL 
Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku (Liza ubahsuai ikut citarasa sendiri)


 Bahan- bahan:
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
500 g daging kisar - beli yang Ramli punya
2 labu bawang merah - di cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu teh jintan manis - Liza guna yang serbuk jer
1 sudu kecil jintan putih - (guna serbuk)
1 sudu kecil ketumbar - (guna serbuk)
1 cawan air
Sedikit minyak  untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiasan
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu -Liza gantikan dengan telur separuh masak
Limau nipis 



Pic nie nampak sememeh sebab empunya diri dah merasa dulu sebelum ambik gambar dan telur mata lembu separuh masak dah selamat masuk dalam perut....so....sendiri mau ingatlah kalo orang gelojoh makan sambil tangkap gambar.......hahahaha

Daaaa,,,,,,,,,,,,selamat berterawih....

4 Julai 2013

OREO CREPE DESERT WITH CORNFLAKE



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...........

Sebenarnya nie n3 tertunggak....buat hari minggu hari tu.Masa merasmikan induction cooker baru sebab dah takmo guna dapur gas dah.Liza nak buat 'CREPE OREO' yang ala2 crepe durian yang gebu cam bantal kecik tu...Tapi di sebabkan tak jadi lempengnya disebabkan dimasak guna multi cooker elektrik,crepenya tak membentuk cantik.Tu yang keburukannya bila memasak guna elektrik akibat fobia nak guna dapur gas cam kat citer NIE...

Oleh kerana otak nie kreatif...buat gak hiasan cam gini.Janji boleh makan...hahaha.Resipi crepe tu boleh tengok kat sini Myresepi.Pastu letak whipping cream segera dalam tin,dan letak oreo hancur dan cornflakes.Letak dalam peti ais 15 minit....kuarkan danpastu makan....memang sedap walaupun jadi desert bentuk lain.....MrH pun cakap sedap....tak pernah dia makan desert camtu lagi...hahaha...sebenarnya nak buat crepe oreo ,jadi bentuk lain plak...apa2 pun memang terbaik kat tekak kami berdua jer...kalo anda nak tahu kesedapannya,buatlah...takyah susah2 buat bentul bantal comel tu......hehehehe





3 Julai 2013

BEBOLA ROTI GORENG BERKEJU




Assalammualaikum wbt...

Lama tak tunjuk menu masak apa hari nie.....????Hehehe...so, layan jelah menu minum petang merangkap malam nie...Mak Liza punya resepi masa belajar kat KEMAS....boleh tengok resepi lama Liza yang di tepek kat sini (Kat resepi nie,macam mana tah gambar yang ada di blog nie terhilang dan terdelete.........huhuhu) dan boleh jugak jengok kat  blog HANAMEMORIES yang buat lagik cantik dengan menggunakan resepi mak Liza nie.

Bahan-Bahan 

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil 
2 biji telur (saiz besar) 
3 batang cili merah (potong kecil2) 
1 biji bawang besar (dadu halus2) 
sedikit daun sup/bawang (hiris) 
2 sudu teh serbuk lada putih

3-4 keping keju cheddar yg dihancurkan 
garam secukup rasa
perasa ikan bilis 
minyak utk menumis 


Cara: 


Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang dan jugak keju. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 







Selamat menjamu mata.......................bebola roti nie tak membentuk bulat2 dengan cantiknya sebab tuan yang buat,malas nak gentel betul2...bulatkan ala kadar jer...janji boleh goreng dan makan...

Daaaa.........selamat malam.




DIA FOBIA...AKU PUN FOBIA,BILA DAPUR GAS KAT RUMAH NASIB TAK MELETUP......................

Assalammualaikum wbt.......dan salam sejahtera.Alhamdulillah,lagi beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma,dan ramai kalangan kawan2 yang tak menang tangan menerima tempahan membuat biskut raya...tahniah,moga rezeki anda tahun nie berlimpat ganda lagi.

Tajuk kat atas cam gempak jer kan....tapi memang..itu yang berlaku mingu lepas...hari yang sama jugak seperti hari nie....Hari Rabu minggu lepas kejadian itu berlaku akibat kecuaian my Hb......huhuhu.Alhamdulillah,kerana Allah masih memanjangkan nyawanya dan harta benda rumahku..........

Pagi rabu minggu lepas tu,sebelum ke opis...kete matrixku buat hal...tak bleh hidup,bateri kong...sib baik MrH ada di rumah dan tolong jumper kete Matrixku dgn kete dia....so,after jumper,Liza bawak kete satu lagi.Yang matrix tu MrH nak bawak gi bengkel,mungkin bateri kong sebab dah lama tak tukar...dan memang pun hari tu kena tukar...terbang RM250...cam tau2 jer,memang dah gaji,bateri kete mintak di tukar....Tapi yang Liza nak citer nie,kisah dapur gas yang hampir meletup...tapi Allah tak izinkan.

Alkisahnya , lepas jer Liza gi opis...MrH terus hidupkan kete Matrix yg di jumper tadi.Dia masuk rumah balik nak ambik barang dan dompet sebelum ke bengkel (nie dari cerita dia,Liza cerita balik kat sini dengan olahan ayat yang sedap di dengar...hehehe).Masa dia ke dapur, dia panaskan lauk kari dalca yang di masak malam tadinya untuk dinner...Dia nak makan kari tu tuk tengahari tu dia kata..........Dia panaskan lauk kari dalca tu dengan api yang sederhana,dia tinggalkan sebenatar kerana ke toilet...lepas tu.......................

v
v
v
v
v
v
Dia terus keluar rumah sebab kete matrik Liza yang dihidupkan tadi tak matikan enjin lagi,dia terus bawak gi bengkel.Bayangkan dia tinggalkan lauk atas dapur gas dengan api yang menyala dari pukul 9 pagi dan pulang semula ke rumah pukul 12.15 tengahari..........Dia sempat lepak kat kedai mamak sebelah bengkel tu dekat 1 jam semata2 nak tunggu bengkel tu bukak...lepas ke bengkel,tukar bateri...sempat lagi basuh kete matrik Liza tu..........tup2 dekat 3 jam..(CER ANDA IMAGINE :dalam tempoh 3 jam tu, kalo dapur gas menyala tanpa di tutup apinya ....macam2 boleh berlaku 
kan??????...huhuhu)

v
v
v
v
Sampai rumah, dia bukak pintu,terus kuar asap hitam dengan bau kari rentung memenuhi ruang rumah......MrH trauma sekejap dan terus dia teringat dia panaskan lauk kari kat dapur gas.........huhuhuhu..Terus dia lari masuk rumah maraton ke ruang dapur.............terus off dapur gas tu.......(Padanlah hati Liza masa berkursus tu rasa sumthing,tak sedap,macam ada perkara buruk akan berlaku,plak tu segala laptop universiti bagi,sendiri punya dan MrH punya memang ada kat rumah tu,tapi bersyukur,kerana Allah melindunginya)

Lepas kejadian tu,dia memang tak tepon pun Liza...selalu time tengahari tu dia akan call tanya apa isteri dia sedang buat ,sama ada dah makan atau tak....ni tidak,memang Liza tunggu gak.....pastu Liza pun call lah,tu pun pukul 2.30pm ....tunggu masa nak sambung balik kursus,.Hari tu Liza ada kursus kat opis...jadi,tak tersempat nak tepon MrH...Mula2 dia tak citer pun kejadian tu,tapi bila Liza tanya dia makan tengahari lauk malam tadi punya ker...baru dia citer yang dia dah rentungkan lauk tu dan periuk tefal yang memanaskan kari tu......barulah dia bukak citer...Dengar jer citer dia,rasa nak meletup jantng nie,nak marah dia pun tak jadi sebab segala yang berlaku itu dah ditentukanNya...jadi redha jer..Dan bersyukur sangat2 kerana Allah masih memanjangkan nyawanya dan menyelamatkan harta benda kami berdua.....sujud syukur lepas tu.....
v
v
v
v
Dan selama 3 hari lepas kejadian tu,memang kami berdua tak bukak langsung api gas tu tuk masak2....Sanggup beli lauk kat luar kerana kami berdua fobia sangat2....Allah melindungi kami berdua dari segala musibah.Dan Liza yakin,bahawa kemujaraban ayat2 Allah yang Liza selalu amalkan sejak sakit hingga beransur2 sembuh nie,menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah ...hebatnya Allah dengan menurunkan ayat2 Quran yang hebat kerana di dalamnya pelbagai ayat pelindung dan penyembuhan,cumanya kita sebagai hambaNya yang lemah ,kadang2 terlupa tanpa mahu mengamalkannya.

Dan,ayat2 yang selalu Liza amalkan sebagai pelindung diri dan keluarga selepas waktu solat, adalah ayat2 manzil dan doa abu darda.Doa Abu Darda R.A nie seperti di bawah nie...

Maksudnya:

Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia) Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar




Tapi,kalau sesiapa yang dah ada kitab ayat2 manzil,
memang ada doa tersebut di dalamnya...cubalah amalkan..insyaallah,dengan izinNya.


v
v
v
v
v


Akhirnya, hari Ahad 30 Jun 2013 tu barulah sempat mencari dapur induction ini kerana kami dah bincang untuk terus guna dapur induction ini.Dapur gas yang kami baru tukar baru tu (baru 3 hari guna,dah berlaku kejadian cam kat atas tu...terus dia fobia,Liza pun fobia sama sebab yang selalu masak..Liza lah..........lagilah I makin fobia sebab terbayang2 kalo berlaku letupan sebab kat otak2 nie dah terbayang2 apa yang akan berlaku ..kerana gas nie mudah meletup walau hanya kesilapan kecil).


 Multi cooker Faber tu dah dekat 4 tahun beli,guna hanya tuk mengukus dan masak steamboat jer,,,dan akhirnya kena beli industion cooker philips yang sebelah kanan tu sebab fobia denga dapur gas...Tapi alhamdulillah,induction cooker ni lagi menjimatkan masa....bolehkan untuk keluarga kami yang hanya berdua ini...sesekali mak ayah datang baru  makan besar...jadi ekonomik untuk kami berdua...tak yah beli gas2 lagi...tong gas yang ada tu nanti akan di jual balik....



Dah rasmi masa masak mushroom sup..............boleh setting masa,kalo terlupa bole mati sendiri..



Terpaksa beli cookware baru yang memang khas untuk induction cooker...........periuk belanga yang dapur gas punya ,akan di sedekahkan pada sape2 nanti.............PEMANGGANG AJAIBKU pun akan di letgo sebab tak bleh guna kat induction cooker nie....

Sekian dulu...........


26 Jun 2013

PETANG HARI YANG LAWAK.....................

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera................

Apa khabar kawan2 alam maya semua...........harap2 semuanya sihat dan syukur kerana cuaca jerebu di sini semakin hilang kerana hujan rahmat dah turun dekat 2 hari..................alhamdulillah.Dan sekarang nie,budak dah habis final exam dan akan mula bercuti mula minggu depan,dan ramai pensyarah yang sekarang sibuk dan kalut menanda kertas final sebelum tarikh tutup hantar markah di tutup dengan rasminya..Alhamdulillah,di sebabkan paper final yang Liza ajar,awal2 minggu exam bermula,dah siap menanda dan dah submit pun markahnya..........dah tau sape yang excelent dan tak excelent...apa2 pun diorang dah buat yang terbaik,janji...semua pelajar Liza lulus dengan jayanya tanpa ada yang perlu repeat paper..

Dan sekarang nie, dah 2 hari Liza berkursus SPSS dan MATLAB...Ada lagi sehari untuk menempuhinya,walaupun dah familiar,tapi disebabkan nak lagi expert dengan ilmu yang ada..............tak salah menuntut ilmu itu...lagi2 yang FREE OF CHARGE...sedangkan masa buat pHD dulu,kursus sebegini yang dianjurkan perlu membayar sebanyak RM500 untuk mendapat ilmunya selama 3 hari jugak...apa2 pun alhamdulillah.

Okaylah..............Liza nak citer sikit peristiwa lawak masa balik dari kursus tersebut petang tadi...Nampak tak sandal sebelah lain tu kat bawah nie............jom scrolll kat bawah apa yang Liza nak bercerita.............................

(sila abaikan kaki I yang comel dan gebus itu yer.................hahahaha)

Ceritanya cam gini.....lepas kurusus tadi adalah sesi minum petang dalam kul 4.30 pm tadi....borak2 dengan rakan2 lain sambil makan rojak pasembor buatan orang johor.Memang sedap dan rancak berborak, dan Prof penceramah pun sibuk melayan pertanyaan rakan yang lain tentang penggunaan SPSS tersebut.

Dan time kul 5.15 pm tu Liza and rakan2 berborak keluar dari makmal tersebut untuk pulang ke rumah masing2,memang tak pandang secara betul sandal yang di sarung ker kaki sebab ngah rancang borak.Sungguh,memang Liza tak perasan pun kaki Liza tersauk sandal biru seperti kat atas tu....Sedar2 tersalah sandal..Itupun perasan bila lepas abis solat kat masjid sebelum balik rumah.........masa nak sarung,baru ternampak yang sandal di pakai kat kaki sebelah warna biru dan sebelah lagi warna pink...Sandal Liza warna pink tu....hehehe.

Dan sampai2 jer ke rumah,bila bagitau MrH suh dia tengok apa yang Liza pakai kaki...tergelak besau dia............huhuhu.Dia cakap "LAWAK PETANG HARI RABU"

Jam-jam tu jugak Liza wat announcemant kat FB...kot2 member2 yang punya atau jugak pelajar2 postgraduated yang berkursus sekali....


Tup...tup..hasilnya, ada pelajar Liza yang respon mengatakan tuan empunya sandal biru tu pun ada buat announcement kat FB.............hehehehe...Tengok picture bawah nie yer...

V
V
V
V
V


Alhamdulillah,dah tau sape empunya sandal biru itewwwww........hehehehe...Aimi,pelajar postgrad yang duduk sebelah Liza dari hari semalam.................hahaha.Lawak tak..............


Ok.............esok Liza akan bawak sandal tersebut tuk kembalikan semuala pada tuannya.............

Daaaa............sekian.