30 Mei 2013

JELLY KELAPA PANDAN



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...............

Oleh kerana sekarang nie musim panas,saje buat stok Jelly Kelapa nie penuhkan peti ais tuk menyejukkan tekak...So layan gambar je yer.Siap buat dua versi warna.



Yang nie versi rajin .Letak pewarna pandan dan letak dalam bekas yang bertutup,macam nak berniaga plak kan................hehehe




Yang nie plak versi malas  sebab malas letak warna dan  tuang jer dalam cawan...plak tu suka letak kelapanya banyak2,baru best nak makan.....nyum3x


Meriah sungguh isi kelapa tu kan............untuk  tekak sendiri,bolehlah letak bebanyak...kalo berjual,takde mananya nak letak banyak camtu......rugi wooooooooooooooooo.....


Nie resipinya yang mudah.........

Bahan-bahan 

1 paket agar2 serbuk (20gm) 
3 liter  air  ~ Liza guna air dr 3 biji kelapa muda + air biasa(kalo air kelapa tak cukup)
isi kelapa muda ~ Liza beli kat kedai yang dah siap korek-senang dan mudah
6 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 
1 helai daun pandan 

Cara-cara 
  1. Masukkan air kelapa muda-( tapis siap2 tuk asingkan isinya), serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih . Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.Dan letak isi kelapa dalam bekas tersebut.
  4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.






28 Mei 2013

BUAT PELAJAR-PELAJAR KU SAYANG..............



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera..................

Buat pelajar2 tersayang, STUDY SMART n good luck................














SAYA doakan KAMU SEMUA BEROLEH KEJAYAAN.....................



24 Mei 2013

GARLIC BREAD AND POTATO SOUP


 Assalammualaikum wbt dan salam pagi Jumaat .Selamat bercuti dan merehatkan diri di rumah masing-masing..Dan alhamdulillah,lama tak berupdate blog yang sweet ini dengan n3 masak memasak.So,hari cuti nie sempatlah buat apa yang patut dan panaskan dapur dengan aktiviti sarapan pagi tadi.Dan ,menu sarapan untuk hari cuti ni....menu western yang tak berapa gempak.Maklumlah,empunya diri makin bz bila dah mengajar balik nie....kdg2,mrH makan apa yang ada jer kat dapur....bini dia dah balik keje kul 6.30 ptg hari2 dah malas nak masak...kadang2 makan maggi jer,kesian kan.....Paling baik pun,Liza sempatlah order jer kat restoran...nasi ayam atau nasi daging merah USA....isteri mithali kan,kenalah buat camtu.........hahahaha


 
POTATO SOUP 

5 biji kentang sederhana-dibuang kulit 
1 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1/2 tin susu cair
1 sudu besar mentega
1 sk lada hitam
garam/gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
1 sb herba oregano
1 sb tepung jagung 

Caranya:
Rebus kentang hingga empuk dan ketepikan.Lenyekkan kentang hingga halus.Tumis bawang merah dan bawang putih menggunakan mentega dalam periuk. Masukkan  susu cair.Masukkan pula kentang yang dah lenyek tadi.Perasakan dgn garam gula, lada hitam dan kiub ayam.Masukkan tepung jagung.Kacau hingga sedikit pekat atau ikut citarasa.Hidangkan masa panas....


GARLIC BREAD
1 batang roti perancis - di potong kecil (dapat 9 potongan kecil)
1 sb mentega
2 ulas bawang putih-di parut halus
1 sk herba oregano

Cara - Campurkan bawang putih yang telah diparut ke dalam mentega.Masukkan herba oregano untuk dapatkan baunya.Gaul rata dan akgirnya sapuan mentega bawang putih ini di sapu atas roti perancis yang telah di potong kecil.Susun dalam dulang pembakar dan masukkan dalam oven selama 3 minit .Siap di hidangkan untuk di makan bersama POTATO SOUP.


Roti nie terlama sikit membakar diri dalam oven...jadi,memang nampak rentung sikit.....sakit gigi kalo makan gitu saje...tapi kalo dah celup dalam sup,ok jerlah........SEDAPPPPPPPPPPPPPPP. MrH puji sedap sebab dia kata dah lama tak makan apa yang Liza masak...huhuhu.Perli tu, sebab lama tak masak.............




Oleh kerana guna laptop hubby,my "watermark"yang cun tu  kat laptop sendirik...jadi,sume gambar2 nie takdelah watermark yg cun tu.........
Apa2 pun............hari nie nak rehat puas2......

Daaaa..........

16 Mei 2013

BUAT WARGA PENDIDIK........."HAPPY TEACHER'S DAY"


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera....

Bersawang sikit blog ni disebabkan tuan blog sungguh malas dan bz tuk hapdet ...

SO,n3 paling sempoi dan ringkas ......

Kepada semua warga pendidik,tak kiralah mendidik anak kecil hingga yang dewasa...(termasuklah diri sendri )....

SELAMAT HARI GURU

Moga ilmu yang dicurahkan dengan rasa ikhlas dan tanggungjawab mendapat ganjaran yang tak ternilai dariNya..

Aminnnnn.