27 November 2010

AYAM BAKAR LEMAK SARI



Menu masakan untuk dinner semalam. Resipi nie Liza tgok dalam buku Masakan Sabah yang Liza beli dari Alaf 21.
Kononnya nak tgoklah masakan Sabah punya menu.Saje nak wat bagi mr H teruja...hehehe.Pepun,kengkawan bole gak tgok kat sini
.Jom layan gambar dan resepinya.

 



Resepinya :

Bahan-bahan(Liza wat utk 2 orang makan)

4 ketul ayam dibersihkan
1 cawan santan
1 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga cengkih
1 btg kayu manis
1 keping asam keping
1 biji tomato belah 4
1/2 btg karot,potong 4 segi
garam & gula secukup rasa

Bahan dikisar

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi - Liza suka rasa pedas,tak pedas tak ummmph
2 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara-cara
  1. Ayam diperap dengan bahan yang dikisar selama 3 jam(tapi Liza perap sejam jer,malas nak tunggu lama2...cepat masak cepat relaks dan makan....)
  2. Panaskan kuali,masukkan santan,daun kunyit,daun limau purut,asam keping dan garam dan gula.
  3. Kacau selalu hingga kuah panas.
  4. Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana.Masukkan karot dan biar ayam masak.Bila kuah dah pekat,keluarkan ayam dan bakar dlm oven  selama 15 minit.(malas nak bakar lama2 sebab tu ayam Liza nampak mcm tak tebakar...hehehe)
  5. Kuah yang tinggal dimasak sehingga pekat dan masukkan tomato. bakar.
  6. Ayam yg telah siap dibakar,kuar dr oven dan tuang kuah diatas ayam tersebut.
  7. Bole dihidangkan masa panas2. 



BEBOLA OTAK-OTAK UDANG

Salam pagi Sabtu........

Bebola otak-otak udang nie wat makan petang semalam.Baru nak tepek kat sini....huhuhu.Menu masakan Sabah yang Liza ambik dari sini. Maklumlah mr H ku berasal dari sana, so Liza cakap dengan dia, kite cubalah masakan nie.Lagipun nama jer asal sana, memang dia tak pernah makan makanan nie kat sana...hahaha. Dah jadi orang semenanjung, berlagak..........hehehe.(opsssssss,jgn marah yer B....ampunzzzzzz)

Okaylah malas nak celoteh panjang2,kite layanz resepinya dan gambar yer.............





Bahan-Bahan :


400g Udang air tawar (Liza guna udang saiz sederhana-dibuang kulit dan dicincang halus)
1 cawan kelapa parut
5 cili merah (dipotong)
1 sudu besar lada putih
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci  halia -dihiris halus
2 batang daun bawang (dipotong halus)
2 batang daun saderi (dipotong halus)
1 cawan minyak masak -untuk menggoreng
garam & gula secukup rasa





Cara Menyediakan :


Kisar  udang dengan kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan halia. Campurkan garam, lada putih ,garam dan gula. Gaulkan dengan senduk kayu.Masukkan daun bawang dan daun saderi yg telah dipotong halus. Ambil satu sudu besar campuran ini dan jadikan bebola. Goreng sehingga garing dan kekuningan.

*Makan panas2 dan cicah dengan sos-perggh,sepinggan bole abis...hehehe*



 


25 November 2010

FRIENDSHIP & LOVELY AWARD

Pepagi lagi Liza dah pi tgok blog nie tuk update apa yg patut dan dlm chatbox tu, "Ida" tag dan suh amik award.Sebagai tanda penghargaan dari seorang rakan blog,Liza ucapkan terima kasih pada adik Ida nie yg sudi mengtag akak...hehehe.




Bila dapat award nie Liza kena tag beberapa orang.Tapi takpe,Liza tak nak tag beberapa orang jer sebab nanti yg tak di tag tu,berjauh hati plak.So bagi berlaku adil dan saksama, Liza tag sume geng2 dan pengikut2 Liza.Sape2 yang sudi menerima award friendship nie,dipersilakan amik dan gantung kat blog korang yer......Luv u allz pepagi Khamis nie....






Pastu Liza gantung dan terima award dari Love.Tq Love for the award....

Kepada rakan2 yg sudi amik award nie dipersilakan.






24 November 2010

PART 2 -CUTI2 DI OZ ( DAY 2-7)

Salam.....

Sambung lagi entry yg tertangguh kat part 1 hari tu.Nak masukkan gambar2 yang terpilih jer...hehehe.

Hard Rock Cafe Gold Coast


Sepanjang di sana, makanan budget dan murah serta berpatutan untuk di beli adalah Kebab.So,memang di sana,nielah menu harian kami...hehehehe.Pek budget lah katakan.



THEOS Kebab................Banyak makan kebab,lama2 debab...hahahaha.


Lepas makan,gi jenjalan lagi selepas setel keje2 yang di buat...........Saje melepaskan ketegangan dengan melayan suasan sejuk di sini.Tiba2 nampak satu kedai(mana2 kedai sume ada) yang jual patung koala yg cute nie.Saje tangkap gambar dulu dan belek2 harga.Dekat2 nak balik M'sia,boleh borong bawa balik tuk ole2 kat kengkawan....hehehee


So cute....tapi ada lagi yg cute sebab kecik2 jer design dia...............huhuhu.Liza memang pantang nampak benda yg cute miut nie,pasti penuh beg dgn benda2 ini....


CLOCK HOTEL Disimpang traffic light...memang menarik mata yg memandang




Kami sempat naik benda alah nie keliling bandar GC melalui jalan darat dan udara  laut...best.(Hehehe...picture empunya blog,segan nak interprem kat sini,so letak picture apa yg sempat diambil  jelah yer....)



Dalam kete Aquaduck tu sempat snap sign board nie,konon teringin nak makan cam dlm gambar tu,tp fikir2 balik, takde logo HALAL,so simpan jelah keinginan itu..






Jenjalan kat shoppping kompleks nie...tetiba jumpa lah satu benda yg kat gambar bawah.......



Punyalah besar terung nie.......

Sebiji je nie dah dekat sekilo lebih......tangan tu tangan uncle mat salleh yg tolong pegangkan sebab dia nampak Liza ngah snap gambar terung tu.Siap beramah mesra lagi dan Liza kata kat dia yg kat M'sia memang tak pernah nampak terung besar camnie.Yang ada pun panjang dan bulat2,jadi dia dgn murah hati tolong pegangkan....hehehe.Dia siap kata,terung besar nie sebab di suntik...sebab tu besar gedabak.....


Oklah....stop kat sini dulu.Esok2 Liza masukkan gambar2 yg ada dlm simpanan yg Liza rasa menarik tuk dikongsikan bersama.





KEK BUAH KUKUS

Salam pagi Rabu.................
Buat kek nie masa hari minggu hari tu,baru sempat nak tepek kat sini.Liza wat kek nie agak lembap sebab ikut kat resepi sini dari MyResipi.Liza ambik resepi tu dan tepek kat sini.Thanks pada empunya resepi


Menunggu masa untuk dikukus.



Nampak cam basah


Tapi tulah,buah2 dia jatuh kat dasar...tak tau nak wat camne.Dah cuba wat,buah2an tu di gaul dengan tepung sebelum di masukkan dlm adunan.Maybe silap cara kot...huhuhu.Takpelah,janji dah habis dah pun kek nie.....



BAHAN-BAHAN(Liza wat setengah adunan,dpt seloyang)

300gram tepung gandum

300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
1 buku (250 gram) mentega-Liza guna BUTTERCUP
1/2 kotak (225 gram) buah-buahan campuran
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil


CARA-CARA
 
  1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Ambil tepung ganduam dalam 2 sudu besar (jgn guna yg 300 gram tu), dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
  2. Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
  3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kacau dengan whisk tangan sehingga ia sebati.
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
  6. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
  7. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
  8. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
  9. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
  11. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. (Tapi Liza kukus 2 jam jer...hehehe)





23 November 2010

PENGHANTARAN HADIAH KPD PEMENANG

Kepada pemenang2 yg bertuah,penghantaran hadiah2 yg telah Liza buat akan dipos secara serentak pada pagi nanti.Terima kasih atas kesabaran anda............dan jangan lupa tuk inform Liza sekiranya barang2 tersebut dah selamat sampai ke alamat rumah anda yer....Salamzzzzzzzzz..


Hadiah-hadiah kepada kengkawan yang bertuah.Harap sudi menerimanya....hehehee




PhotobucketPhotobucket





PUFF SOSEJ

Salam ..........

Masa jenjalan tgok blog Naz,terpandang puff yg mudah nak wat.Janji ada sosej dan juga kulit puff jenama"kawan".Liza memang kalo jumpe puff bie kat mana2 pasaraya,mesti beli dalam 3-4 peket utk simpanan.Senang dan mudah kalo dah ada dlm esbok.Puff nie pun Naz tgok blog Yani.
So,Liza takyah letak resepi sebab kengkawan bole refer kat blog Naz dan Yani yer.Pepun,thanks Yani dan Naz.


Sebelum dibakar



Lepas kuar dari oven

Itu jelah menu malam nie.Senang dan mudah.Malas nak masak sebenarnya,cari benda yg simple dan jimat masa kat dapur.Tapi tulah,hubby siap cakap,tak kenyang,dia nak nasi jugak.Liza wat donno jer....last2,dia makan maggi SEDAP je...hehehe.Ciannya,wife malas masak berat2 waktu malam,camtulah ......maggi pun maggilah,janji dia kenyang....hahahaha.

PhotobucketPhotobucket






21 November 2010

PARI BAKAR SAMBAL ASAM

Ermmmmm......




Yang nie plak Pari Bakar Sambal Asam tuk menu tengahari nie.Resepinya hasil pemerhatian dalam rancangan masakan AFC di Astro dulu.Tak sempat nak salin resepinya tapi main ingat2 je dalam otak nie.Pastu Liza olah sendiri ikut bhan2 yang mudah didapati dan sonang buatnya...hahaha.Hubby siap cakap,macam makan ikan pari yg beli kat bazar ramadan.Yelah,kan kalo bulan2 posa,banyak ikan bakar pari nie dijual......Jom layanz gambar dan resepi.



Bahan-bahannya:


2 ketul isi ikan pari sederhana besar di potong 2 -digaul dgn asam jawa tuk buang hanyir
10 tangkai cili kering dikisar
2 batang cili merah dikisar
3 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 batang serai dikisar
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi dibelah dua
2 helai daun limau purut dihiris halus




Cara-caranya:
  1. Kisar bahan2 dan ambil 3-4 sudu besar untuk digaul dgn ikan pari dan perap selama 1/2 jam.Jangan lupa letak gula dan garam sedikit dalam perapan tersebut.
  2. Panaskan kuali non stik dan letak sedikit minyak.Letakkan potongan ikan pari yang telah diperap dan tutup kuali. Bakar sehingga 3/4 masak dengan dibalik-balikkan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar yang lebih tu bersama hirisan daun limau purut hingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  5. Curahkan sambal tadi ke atas ikan pari yang telah siap dibakar dan dihidang bersama potongan limau kasturi.





ROJAK TAUHU & TEMPE

Salam petang Ahad.....

Dah lama rasanya Liza tak tepek menu masakan dalam blog ini.Maklumlah selama bercuti lama tu,selama tu gk dapur rumahku tak berasap.Asyik pi makan kat kedai jer.........hehehe.Busan plak dan lagi satu tak menjimatkan langsung.

Menu tengahari nie ,Liza masak sempoi jer.Masak Ikan Pari Bakar dan Rojak Tauhu Tempe nie jer.Malas nak pikir masak yg susah2............masak jelah ,janji perut kenyang....hahaha.

Jom layan gambar dan resepi yang ado nie..............






Bahan-bahan (2 orang )



3 keping tauhu -digoreng garing
3 keping tempe- digoreng garing
1 biji timun sederhana besar
Taugeh (ikut suke berapa banyak nak guna,Liza beli 50 sen jer)- dicelur
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
secawan kacang tanah - Liza beli jer yg dah siap kisar kat kedai
5 susu besar gula
4 sudu besar kicap
5 sudu besar air
Air asam jawa ikut suke


Cara-cara
 
  1. Tauhu dan tempe di gaul dengan serbuk kunyit dan garam,pastu goreng dan ketepikan.
  2. Jerang air atas api hingga air didih dan barulah masukkan taugeh untuk dicelur.Letak sedikit garam.Angkat ,toskan dan ketepikan.
  3. Untuk kuahnya, Kisar bawang putih bersama cilipadi. Campurkan bahan kisar dgn gula dan masukkan kicap diikuti dengan air asam jawa. Kacau semuanya dan rasa.
  4. Sekarang hidangkan tauhu,tempe.taugeh dan timun yang dipotong kecil2  diatas pinggan. Siram sedikit kuah..dan taburkan dgn kacang kisar tadi... .selamat mencuba..





PART 1 - CUTI2 DI OZ (DAY 1)

Assalammualaikum..................

Pepagi nie,Liza nak tepek n3 masa gi Aussie hari tu.Dah senggang sikit tanpa ada sesiapa yg ngacau,barulah berpeluang nak paparkan gambar yg sempat Liza snap masa kat sana hari tu.Seminggu gak kat sana dan memang seronok berjalan sambil wat keje (wat kejenya sikit,tp ronda2 yang banyak...hahahaha).Oklah,malas nak cite panjang2,tengok gambar jelah yer........

Dalam dok tunggu 8 jam dlm kapal terbang untuk mendarat di bumi Oz tu,sempat gak snap pemandangan di luar tingkap...busan punya pasal sbb selama 8 jam penerbangan tu,selama tu gak tak bole tido....huhuhu.Bosan tahap gaban..........................


Cantik sangat bumi Oz nie dr pandangan luar tingkap kapal terbang.......Luas sungguh bumi ciptaan Tuhan


Hari pertama jejakkan kaki ke sana,memang tak sangka,berlaku perkara yang buat mood happy Liza n hubby jadi bengang giler.Apa taknya,bagasi kami yang penuh dengan pakaian untuk tempoh tujuh hari punya (termasuk segala macam dari yg besar punya pakaian sampailah yg kecik) tak muncul2 dari tempat bagasi.Dekat 2 jam kami menunggu kat situ , tunggu punya tunggu sambil berdoa agar beg pakaian tersebut tak hilang.........apa yg dijangka memang berlaku,beg pakaian tak muncul2 dan kami anggap ada org terambil atau tersorok lagi dalam kargo barang kapal terbang.Kami blah dan lepas jer lalu kat bahgian pemeriksaan yg ada anjing,terus kami buat report kat bahagian pengurusan bagasi,bgtau yg bagasi kami hilang dan dekat 2 jam kami tunggu kat tempat beg,tak muncul2 sampai semua beg telah diambil empunya beg,beg kami jugak yang takde...Memang frust giler.Bengang pun ada,dahlah selama 8 jam perjalanan tu tak tido langsung,dengan kepala yang still pening sebab tak tido malam,pastu beg hilang...............huaaaaaaaaaaaaaa.Nak nangis kat situ gak sebab segala2nya ada kat situ.Dalam fikiran dah berkira2,sampai hotel,mandi2 dan pakai baju tu balik,pastu gi shoping apa yg patut...yang penting pakaian kecik tu yg wajib...........hehehe.Tak selesa pakai yg semalam punya..



Walaupun tengah bengang sebab beg hilang,sempat gak bergambar dan posing.............huhuhu

Pandangan dari balcony hotel

Sampai je kat hotel,mandi2 dan terus tido.Penat punya pasal dan sakit kepala fikir sebab semua baju takde,tido lagi baik.......hehehe.Lepas bangun tido nanti baru bercadang nak gi shopping compleks,pi beli baju yg patut.Tapi alhamdulillah,dekat2, pukul 5 ptg,manager yg bertugas kat airport tu tepon.....beg kami dah jumpa.Alhamdulillah.Selamat duit kami dari beli baju lain...hahaha.Manager tu kata, ada org terambik,tapi kami rasa bukan orang terambik,kalo terambik,mcmne bole lepas plak masa chek kat kastam tu...mesti beg tu still tersorok lagi kat dlm kargo kapal terbang,mula2 nak salahkan gaklah kakitangan penerbangan yg kami naik tu,kot2 tersilap masuk kapal yg gi tempat lain,tapi sib baik diorang jumpa beg tu....Takpelah,alhamdulillah ,dah jumpa balik beg nie pun dah kira bersyukur sebab takyah nak gi beli baju lain.....hahaha.JIMAT DUIT KAMI.



Kedai yang menarik di luar dan di dalam..........hahaha

Masa jenjalan pi cari makanan halal,sebab seharian tak makan,cuma makan maggi yang bawak dari M'sia tuk tengahari sebelum tido sampai petang tu,(tu pun sib baik beg makanan yg dibawa,Liza bawa masuk kabin,kalo tak kebulur giler...hehehe).Terjumpa satu kedai tu,memang happening sebab ramai yg masuk.Liza ajak hubby masuk tgok apa yg ada,kami dengan malu2,masuk gak sebab nak tau apa yg dijual kat situ...........hehehe.Memang menarik,kalo jual kat M'sia,memang kena tutup dah kedai nie.............hahaha



Alhamdulillah, dapat gak cari restoran halal walaupun makanan india.




Menu2 yang ada....................Harga sendiri mau ingat bile convert duit M'sia.Tapi sebab lapar punya pasal,lantaklah..............Janji kenyang perut...hahahaha


Briani Ayam dan Kambing


Lepas makan,kami ronda2 dulu kat kawasan sekitar.Melihat keindahan malam di situ di tempat orang.Sejuknya walaupun suhu lebih kurang 17 darjah celcius.Ala2 sejuk dalam aircond....hahaha.

Suasana malam di Oz



Lepaskan lelah dengan melepak depan kedai kraftangan

Oklah Liza stop dulu kat sini.Akan bersambung nanti.Sekian dulu,berita part 1 ini....nak gi wat breakfast....hahahaha