Salam pagi Sabtu........
Bebola otak-otak udang nie wat makan petang semalam.Baru nak tepek kat sini....huhuhu.Menu masakan Sabah yang Liza ambik dari sini. Maklumlah mr H ku berasal dari sana, so Liza cakap dengan dia, kite cubalah masakan nie.Lagipun nama jer asal sana, memang dia tak pernah makan makanan nie kat sana...hahaha. Dah jadi orang semenanjung, berlagak..........hehehe.(opsssssss,jgn marah yer B....ampunzzzzzz)
Okaylah malas nak celoteh panjang2,kite layanz resepinya dan gambar yer.............
Bahan-Bahan :
400g Udang air tawar (Liza guna udang saiz sederhana-dibuang kulit dan dicincang halus)
1 cawan kelapa parut
5 cili merah (dipotong)
1 sudu besar lada putih
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia -dihiris halus
2 batang daun bawang (dipotong halus)
2 batang daun saderi (dipotong halus)
1 cawan minyak masak -untuk menggoreng
garam & gula secukup rasa
Cara Menyediakan :
Kisar udang dengan kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan halia. Campurkan garam, lada putih ,garam dan gula. Gaulkan dengan senduk kayu.Masukkan daun bawang dan daun saderi yg telah dipotong halus. Ambil satu sudu besar campuran ini dan jadikan bebola. Goreng sehingga garing dan kekuningan.
*Makan panas2 dan cicah dengan sos-perggh,sepinggan bole abis...hehehe*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: