31 Oktober 2010

TEMPURA IKAN MAYONIS

Ermmm...

Resipi nie plak,Liza ikut dari Raidah, cuma Liza letak mayonis dalam bahan2 ikan tu.Time kasih pada Raidah sebab kongsi resepi.Saya amik resepinya yer dan tepek kat sini.




Bahan-bahan:

Isi ikan (fillet)~ dipotong kecil
Tepung gandum untuk menyalut ikan sebelum dicelup dlm bancuhan tepung
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sb mayonisMinyak untuk menggoreng.



Bahan untuk bancuhan tepung:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Sedikit serbuk cili (kalau suka)
Sedikit garam serta sedikit serbuk pati ayam (kalau suka)
Air secukupnya.

Cara penyediaan:


  1. Fillet ikan yang telah dibersihkan ditoskan sehingga kering. Kemudian digaul bersama dengan serbuk lada hitam,mayonis dan garam. Perap selama 10-15 minit.Bentukkan bulat2 atau ikut suka.
  2. Sediakan bahan bancuhan tepung, gaul semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Bancuhan tepung  jangan terlalu cair. Bila celup ikan ia boleh menyalut fillet ikan tersebut.
  3. Gaulkan fillet ikan yg telah diperap tadi dgn tepung gandum terlebih dahulu.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul-betul panas dan kemudian celup fillet ikan dalam bancuhan tepung dan goreng.
  5. Goreng sehingga tepung garing dan kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang...



Photobucket


1 ulasan:

Sila komen kat sini;: