Menu untuk buka pose hari nie Liza wat Makaroni Bakar dan juga Kuih Nagasari.Makeroni tu Liza saje2 wat ikut rasa hati sendiri dan bahan2 nya pun main hentam kromo letak dalam resipi nie,janji seimbang dan cukup zat.Hahahaha.....
Okaylah,kite layan resepi yang tak seberapa nie yer.Dan meh tengok gambar yg sempat Liza amik sebelum berbuka tadi..
Menunggu masa tuk membakar diri dalam oven...........
Lepas kuar dari oven...memang nampak terbakar sungguh...huhuhu
Dah potong sikit...tapi dlm tu still nampak cam tak membakar.
Takpelah,janji makaroni dah masak...hehehe
Makeroni Bakar
Bahan :
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm ayam kisar
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 s/b cili kisar/cili boh
1 s/b tomato sos
sayur campur
100gm cendawan tiram-dipotong halus
sedikit garam & gula
sedikit oregano kering
sedikit butter utk menumis
2 biji telur
Mozarela Cheese -di parut
Cara :
1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan ayam kisar, kacau hingga ayam masak .
3. Tambah cili kisar dan tomato sos, kacau lagi .Masukkan sayur campur
dan cendawan
4. Masukkan makaroni yg telah direbus, gaul rata .Tambah garam,
gula dan oregano kering
5. Tutup api dan masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar .
6. Pukul telur, curahkan keatas macaroni dan taburkan cheese sehingga
menutup macaroni
7. Bakar hingga cheese cair selama 20 minit.
8. Siap utk dihidangkan.Dan berbalo makan masa panas2....
thanxs dear sebab sharing resipi ni,nak kena buat atas permintaan adik2...huhuhu..wish me luck ea,sok kena jugak try jadi chef x bertauliah...^^
BalasPadam