Sebenarnya menu yang nak di tepek nie adalah menu tuk minum petang semalam yang merangkap diner sekali...hahaha.2 in 1...senang dan jimat...Memandangkan Liza nie memang suke makan kentang (almaklumlah,masa mak mengandungkan Liza dulu,dia mengidam makan kentang hari2....that why lah my feveret sekarang mesti ada kentang dlm masakan...hahahahaha).So,kuihcara Liza gunakan kentang yg dilenyek dan dibakar....mesti tak penah cuba kan..saje Liza olah tuk tekak sendiri....hehehe
Jom,kite layan gambo dan resipinya yg mudah......
Cara kentang berlauk...........
BAHAN-BAHAN
1 biji telur
1/2 cwn tepung gandum
300gm ubi kentang(8 biji sederhana besar), direbus dan dilecek
sedikit garam dan gula
1 biji bawang merah dihiris halus
1 biji lada merah dihiris halus
Cara-cara
- Masukkan tepung bersama ubi kentang yg telah dilenyek, gula dan garam. Bawang dan lada yg dihiris dimasukkan sekali.Gaul sebati .
- Panaskan acuan kuih cara yang dileser dengan sedikit minyak.
- Tuang adunan dan bakar hingga masak.
- Letak inti diatasnya ikut suka anda.(Liza letak inti daging yg lebihnya wat inti PUFF)
Menunggu masa untuk dibakar dalam oven
Yang nie plak dah siap dibakar
Shoot dekat....fokus satu biji jerk....hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: