Menu nie dibuat tuk minum petang ..Baru sempat nak tepek dalam blog nie....Maklumlah bz skit 2-3 hari nie...lagipun streamix buat hal...lagilah masalah nak update blog...no line internet... Okla,layan jelah gambo dan resepi yg paling sempoi nie...huhuhu
Kway Teow Goreng
Bahan-bahan:
300g kway teow
330g udang - malas nak kopek kulit
200 gm taugeh
2 cili merah - hiris
6 ulas bawang putih - tumbuk
250 gm sotong — potong kecil
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
Garam dan lada sulah secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Goreng selama 2 minit lagi. Masukkan
kerang.
3. Masukkan semua kicap, garam dan taugeh. Masukkan kway teow dan
gaul rata-rata. Masak lagi 2 minit.
Hidangkan dengan hrisan cili.Sempoi tul....
Kacang Kuda Rebus
Bahan-bahannya:
300 g Kacang kuda (dibersihkan dan direndam-saya rendam dekat 6 jam)
Air secukupnya
Sedikit garam
Gula ikut suka-saya suka rasa kacang rebus tu manis2 sikit...hehhee
Cara-caranya:
Masukkan kacang kuda didalam periuk bersama air, sedikit garam dan serbuk kunyit, rebuskan hingga kacang betul2 masak dan lembut, angkat dan toskan airnya.
my favourite kacang kuda ni,tapi xpernah cuba rebus sendiri,nanti nak cubalah...tq
BalasPadam