24 Mac 2010

"SPIRAL VEGERONI" GORENG

Hari nie,gi school lambat skit sebab nak masak vegeroni goreng nie untuk mengalas perut sampai ke petang...huhuhu.Resepi sendiri dan main campak2 jer bahan nya...hehehe.Tapi nak tepek gaklah resepi orang malas cam saya nie kat blog nie.....Mudah dan senang.....janji sedap kat tekak sendiri.....huhuhu




Udang tak buang kulit......malas...nanti masa makan buang sendiri.....huhuhu


Bahan-bahan
1/2 packet spiral vegeroni- ikut berapa org yg nak makannya

direbus dgn air ,sedikit minyak masak  dan garam.
direbus setengah masak.
1 packet fish ball (dipotong 4)
200g udang
tomato sos 3 sudu besar
cili sos 1 sudu besar
cili boh 3 atau 4 sudu besar.
telur 2 biji dipukul dgn sedikit garam.
taugeh dan daun bawang/kucai  dihiris halus(jika ada)
gula dan garam secukup rasa.


Bahan untuk dipotong dadu
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara:


Tumis bahan yang dipotong dadu hingga wangi.
kemudian baru masukkan cili boh tumis hingga separuh gareng.
dan masukkan udang gaul hingga 5 minit
kemudin masukkan fish ball gaul 5 minit
masukkan garam dan gula.
last baru masukkan telur dan spiral vegeroni caroni digaul rata.
dan last sekali masuk taugeh dan daun kucai....


Nugget tempura .............jenama rahsia..........carilah kat pasaraya yer......hehehehe



Kalo sesiapa yang rajin nak wat sendiri nugget tu,boleh tengok blog rakan2 yang ada membuatnya...hehehe.


       

So simple............pastu memang kenyang hingga ke petang.Dilawankan plak dengan nugget tempura .Fuhhhhhhhhhhhhhh,kekenyangan sampai ke petang.Memang tak bleh diet nie......hahahahaha.

20 Mac 2010

KEK BROWNIES

Resipi kek brownies nie,di ambil dari blog kak Noraini di  http://resipinoraini.blogspot.com/. Anyway, nie percubaan pertama guna resipi akak nie. Alhamdulillah, jadi gak. Selalunya guna resipi kawan.....janji menjadi. Kak Ani, saya C n P akak punya resipi disini yer untuk dikongsi bersama2 rakan yg lain.....hehehe.Anyway thanks.


Bahan-bahannya :



(A)
120 gm coklat masakan
170 gm minyak masak

(B)
130 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik

(C)
3 biji telur
200 gm gula kastor
10 gm ovalette
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu pekat manis




Cara Membuatnya :


1. Cairkan coklat masakan di dalam periuk secara double-boiler. Apabila coklat telah cair, masukkan minyak masak dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.Ketepikan.


3. Satukan telur, gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun dan putar hingga pekat dan gebu.


4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi diikuti dengan coklat cair yang telah sejuk. Gaul sebati. Masukkan esen vanila dan susu pekat.Gaul rata.


5. Sediakan tin bulat 8 inci digriskan dan lapik kertas serap minyak.


6. Tuangkan adunan dan kukus 45 minit hingga masak.Tutup periuk kukus dengan tuala nipis agar air wap tidak menitik pada kek.Tapi saya nie malas,tak tutup dengan tuala pun.


Coklat Ganache :


100 gm susu segar/UHT
300 gm coklat masakan, dicincang kecil-kecil
30 gm mentega


Cara Membuatnya:


1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Padamkan api dan masukkan coklat masakan.Kacau hingga coklat cair.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga ia sebati.
4. Sejukkan 2 jam supaya ia pekat dan tuangkan atas kek. Hiaskan.

 
Gambo kek sebelum di kukus.................


Semasa mengukusnya.................



Kek Brownies yang telah di salut coklat ganache...Nampak tul tak profesional sampai sememeh kek kat tepi  tu...huhuhu.Takpe,janji bole dimakan.


Hahahaha...nampak tul sememehnya walaupun setelah dipotong......hehehe.







Memang sememeh aku punya kek nie, maklumlah orang yang membuatnya nie tak de skill dan profesional....tapi memang berbaloi,boleh lawan secret resepi....hahahaha....cubalah.......puas hati.Yang penting....sodapppppppp!!!!!

MENU TENGAHARI SABTU NIE

Hari  nie ngah rajin nak masak2 sebab nak celebrate besday seseorang...hehehehe.Tapi just yang simple jer lah.Janji boleh mengenyangkan perut.Dan menu utamanya adalah KARI AYAM, SAMBAL UDANG , PULUT KUNING serta KEK BROWNIES. Semuanya hand made dari pagi tadi sesudah subuh.....hehehehehe..


SAMBAL TUMIS UDANG




Malas nak letak resepi sebab main letak2 je bahan...so kalo sesiapa nak resipi nie,carilah dalam mana2 blog rakan2 yg ada yer....kiranya nie resepi sendiri.....main taram je.....hahahhaaa



KARI AYAM




Saje nak masak kari ayam nie sebab nak lawankan dengan pulut kuning


PULUT KUNING



Tadaa................nilah lawannya.



Dan nie plak,ada tambahan nasi putih dan kicap.
   

18 Mac 2010

APAM ENO

Assalammualaikum dan selamat pagi ......

Masa masuk blog kawan2,banyaklah yang buat apam eno nie.Memandangkan ramai yang membuatnya,hati ini terdetik gak nak cubanya.Ini first time aku membuatnya.Memang favorite ku time2 mude dulu Apam tepung beras nie.Tapi kat Johor, lebih dikenali sebagai Apam Eno,sebab jiran sebelah rumah dulu suke buat kuih nie dan berjual,jadi dah terbiasa memanggilnya dgn nama Apam Eno. Tapi bile dah dok jauh di Utara nie, nak mencarinya di pasar-pasar malam sukar di temui. So, bile masuk tengok blog kawan2, apam eno dan menjadi trend, so....apalagi...aku pun cubalah try walaupun ini first time mencubanya.Dan minta izin dari Kak Watie untuk C n P resepinya yang mudah diikuti terutamanya orang malas cam saya nie...huhuhuhu


Apam tepung beras/eno  ~by Kak Watie



Bahan-bahan:


1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
kelapa parut


Caranya:


Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (saya perap 2 jam je sebab dah tak sabar nak mengukusnya dan di makan). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam .


Gambar nie di ambil sewaktu nak mengukusnya.......tunggu air di kukusan mendidih sebelum mengukusnya.Sebenarnya tak sabar nak menunggu apam nie masak sebab dah lama bebenar nak makannya sebab susah nak jumpa kat utara nie yg menjualnya,so bila dah jumpe resepi dari Kak Wati,haaaa...apalagi,aku pun cuba,try test....hehehe.



Betapa tak sabarnya diriku ini ....siap tunggu dan snap gambar apam nie sewaktu mengukusnya........hahahaha.10 minit lagi time nie untuk siap mengukusnya....Nak tau apa rasanya...maklumlah,first time buat.....hehehe.



Dah siap mengukusnya dan masih lagi dalam periuk kukus....tapi tulah, tak mekar dan kembang cam rakan2 blog lain buat.Tapi takpe,janji sodappppp di makan walaupun first trial.....




Nielah hasilnya setelah diletak kepala parut yang diletak garam.....Adalah rasa masam,manis dan masin....kire seimbanglah......Dan yang pentingnya sodappp di anak tekakku.Walaupun tak secantik apam rakan2 blog,tapi bolehlah...maybe second and third trial nanti marveles lah...Lagipun warna Apam Eno yang ku buat nie tak meriah. Tu pun sib baik ada serbuk coklat,kalo tak memang warna apam eno nie putih sesuci salju.....dan warna coklat tu menjadi penyelamat dan yang penting Apam Eno perasa coklat.........hahahaha.Lain kali nak letak warna hijau merah.....mesti cantik dan meriah......hahahaha.

15 Mac 2010

POPIA

Dah lama wat popia nie...minggu lepas.Baru sempat update....bz sangat dengan tugas sebagai pelajar nie...Bile bosan2 study je,barulah masuk blog wat ape yg patut.



Oleh kerana popia nie senang nak membuatnya,malaslah nak tepek resipinya....hehehe.Cuma tang inti tu,ikut sukelah. Cam saya nie, memandangkan sibuk dengan tugas-tugas harian, dan nak cepat makan plak tu dan jamu pada kengkawan, so inti popia nie , guna sayur campur yg ada dijual kat pasaraya.Dan nak sedap plak,cuma campur daging ayam kisar.


Inti popia yang disediakan memang menggunakan bahan2 yang mudah dan simple.Tak payah nak potong2...cuma kena potong bawang merah dan bawang putih......hehehehe.



Dari sudut pandangan atas,yang ketul2 putih tu daging ayam kisar.......memang dasar pemalas,so segala2nya  yang mudah dan senang untuk dibuat kat dapur.....huhuhuhu.


Popia yang telah siap di gulung sebelum di goreng.Walaupun kat umah nie hanya aku je yang makan,tapi aku buat 50 keping...hehehe.
Banyakkan....macam nak berjual plak.Tapi,sebenarnya nak bawak gi school,menjamu selera dengan kengkawan yang ada.




Haaaa, tadaaaaaa....dah siap di goreng.Sebelum bawa ke school,sempatlah masuk ke mulut 5 keping.......Dan sebenarnya, aku suka sekiranya kengkawan yang ada di school dapat merasa sekali popia hasil air tanganku ini....dan yang paling best bile diorang puji aku rajin masak dan sedap...hahahahaha.Makan free sememangnya sodapppppppppp..

7 Mac 2010

RENDANG DAGING

Selalunya rendang ayam atau daging dimasak bila tiba hari lebaran, tapi tulah tetiba rasa teringin nak makan.Jadi, menu tengahri nie aku watlah rendang daging ini ikut resipi yang paling mudah....hehehe.

Bahan-bahan ( 2-4 orang )



1/2kg daging- potong kecik-kecik (memandangkan kat umah hanya berdua,so 1/2 kg tu pun dah kira byk)
1 peket kecik rempah rendang ADABI - aku memang malas,guna jer yg ada
2 sb cili kisar- guna cili boh yg sedia ada
1/4 cawan kerisik - kerisik pun beli yang dah ada lm peket

1 kotak santan
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa


****BAHAN KISAR**


2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1batang serai
1-1/2cm halia



Cara-cara

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Biarkan sehingga kuah agak pekat.


PERHATIAN: Masak dengan api perlahan
 
Rendang daging yang masih di dalam kuali.....tunggu daging empuk..



Nie plak yang dah siap di masak dan di hidang dalam pinggan..Memandangkan aku tak suke rendang yang kering sangat,jadilah rendang daging yang berkuah nie...Nnati lama2 dia akan pekat sendiri bila dah serap.Nie baru angkat dari kuali,nampaklah kuah nya yang banyak,....hehehe

  
Haaaaa....ni pandangan dari sudut tepi......

Dan lawannya adalah.....

Full set lengkap untuk menu tengahari Ahad........


BABY KAILAN IKAN MASIN

Menu tengahari Ahad nie plak, aku masaklah sayur Baby Kailan Ikan Masin. Sebenarnya malas nak masak kalo setakat yang makan berdua jer kat umah nie, tapi dah tanggungjawabku untuk masak walaupun sibuk, aku lunaskan juga tanggungjawab memasak tu....tapi tulah, menuku selalu yang mudah dan senang masaknya.Tak rumit di dapur sebab ada member tolong sediakan bahan2nya atas arahanku.Kalau nak makan sodap,tolong aku sediakan dan potong bahan2 yang patut...hehehe.


Bahan-bahan ( untuk 2 org )


sayur kailan-aku beli yang baby kailan
1 keping ikan  masin potong kecik2 - tak tau apa nama ikan masin nie,tapi ikannya jenis panjang2.
1 sb cili kisar- guna cili boh yg ada kat supermarket1 bj bwg besar-dimayang bulat
1 inci halia-diketuk
bwg putih-diketuk
1 sd(b) sos tiram
sedikit air asam limau nipis
myk untuk menggoreng


Cara-cara
  1. panaskan myk.tumis ikan masin bersama cili td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia serta masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air sikit, kacau rata.
  4. dlm pinggan  perah air asam limau td
So simple.....

Baby kailan ikan masin yang dah siap untuk dimakan bersama rendang daging....huhuhu...

KARI UDANG TANPA SANTAN


Juadah tengahari semalam (Sabtu ), aku masaklah kari udang tanpa santan.Oleh kerana masakan ini tidak mempunyai santan, nampaklah sangat kuah kari udang tersebut tak pekat...hehehe.Inilah masakan orang malas yang sememangnya tak suke bersantan2...Janji boleh di makan .... hahaha.Tak rugi aku mengerah keringat di dapur untuk masak.


Nampak sangat kari udang pemalas...kuahnya tak pekat sebab tak letak santan...huhuhu



Malas nak tepek resepi kat sini sebab terlalu simple dan mudah di buat terutama orang malas cam saya,just main campak2 je bahannya,janji ada bahannya....hahahaha.

Pastu di makan bersama2 dengan 2 lauk lain yang aku masak....ikan goreng geseng (org jawa johor cakap-hangus) dan sayur cendawan masak air......Memang simple  sangat, sesimple orang yang masaknya....hehehehe.


                            

Isi ikan merah yang di goreng  gareng dan ranggup....(hahaha...nampak sangat gesengnya). Walaupun geseng, tapi sodap...........................


Haaaa....ni plak, sayur cendawan masak rebus jer......memang simple.


Nielah full set menu tengahari semalam........walaupun simple dan main campak2 jer masak kat periuk, ........alhamdulilah,tak sia2 aku masak kat dapur......janji tekakku menerimanya.

CEKODOK PISANG BAKAR

Selamat pagi.....



Sebenarnya cekodok pisang bakar nie dah lama membuatnya pada hari Jumaat hari tu,nie baru berkesempatan untuk upload.Resepi cekodok pisang cam biasa yang selalu orang buatnya ,jadi aku taknaklah taruk resepinya di sini.Resepi yang paling mudah...Cuma aku nie pemalas sikit dan nak ubahsuai seperti kebiasaan,jadi aku wat cekodok pisang nie dgn membakarnya.....hehehehe. Lagipun untuk orang yang berdiet oklah tu...Tak berminyak...



Cekodok pisang yang baru nak bakar....Memang dasar pemalas,aku guna terus loyang besar untuk wat kek....hahaha.Jimat masa....




Dan inilah hasilnya setelah siap di bakar.....macam kek pisanglah plak.Tapi bukan kek...hehehe.Bila dipotong, bolehlah nampak cam lempeng pisang plak...hehehe.Apa2 hal,berbaloi untuk menyedapkan tekak...Sorry,terlupa nak snap gambar bila di potong......asal potong jer...terus ngapppp masuk mulut.......hehehehe





Haaa....yang niela plak aku masukkan dalam acuan muffin yang kecil sebelum dibakar...nak tengok camne rupanya kalo  dibakar dalam acuan kecil2.....memang cantik jer cekodok pisang tu....mulus dan terbentuk cantik......Tapi tulah,bila bentuk kecil2 camtu...tak sampai 5 minit dah kosong pinggan tu masuk ke perutku .....hahahaha.

Cubalah try cekodok pisang bakar nie...Sape2 yang tak suke makan yang berminyak2,bole cuba resepi untuk membakarnya......di samping sedap, malah sihat plak untuk kesihatan.....

4 Mac 2010

PUDING ROTI BAKAR

Untuk aktiviti hari nie plak, aku buatlah puding roti bakar....Terliur nak makannya bila terlihat dalam blog Kak Ct-"Dari Dapur CT"
Oleh kerana kat umah nie takde kukusan yang boleh muat loyang, aku cuba buat lain dari kat CT punya.Kak CT punya puding kukus,aku punya puding...bakar..jadi aku ubah sikit resipinya dari kak CT

Resipinya adalah seperti dibawah:

Bahan-bahan


12-14  keping roti gardenia(takyah buang kulit tepi)
1/2 tin susu cair- atau sesiapa nak guna santan pun boleh(1 kotak santan )
2 biji telur - dipukul ringan
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
sedikit garam

Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu serta garam .
  2. Masukkan roti biar serap dengan adunan tersebut an biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.
  3. Susunkan roti tersebut satu persatu dalam loyang hingga abis dan tuang lebihan susu tersebut diatasnya.
  4. Bakar 20-30min pada suhu 200 guna api atas bawah. Kemudian sejukkan


Inilah bentuk rotinya yang telah di susun dalam loyang sebelum dibakar.Aku tak letak pewarnan sebab tak sempat nak beli,Jadi puding aku warna putih jer...Suci dan bersih...haahahaa.


Inilah hasilnya setelah siap dibakar.Memandangkan pudingku ini berwarna putih, so nampaklah yang terhangus diatasnya.....sib baik tak hangus semua...hahaha.


Pandangan dari sudut tepi.....hehehe




Dan inilah hasil puding roti bakar ku yang telah siap dipotong dan masuk ke perut...Siap bagi lagi kat jiran sebelah umah...Rezeki yang dibuat perlu di kongsi bersama...Barulah bertambah pahala puasa...hahaha.

Terima kasihlah pada Kak CT kerana sudi berkongsi resepi nie dan saya ubah sikit untuk memudahkan diri. Janji berbaloi dan sedap di makan.....hehehe.Tak lah kempunan nak makan puding roti nie........