Oleh kerana kat umah nie takde kukusan yang boleh muat loyang, aku cuba buat lain dari kat CT punya.Kak CT punya puding kukus,aku punya puding...bakar..jadi aku ubah sikit resipinya dari kak CT
Resipinya adalah seperti dibawah:
Bahan-bahan
12-14 keping roti gardenia(takyah buang kulit tepi)
1/2 tin susu cair- atau sesiapa nak guna santan pun boleh(1 kotak santan )
2 biji telur - dipukul ringan
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
sedikit garam
Cara-cara
- Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu serta garam .
- Masukkan roti biar serap dengan adunan tersebut an biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.
- Susunkan roti tersebut satu persatu dalam loyang hingga abis dan tuang lebihan susu tersebut diatasnya.
- Bakar 20-30min pada suhu 200 guna api atas bawah. Kemudian sejukkan
Inilah hasilnya setelah siap dibakar.Memandangkan pudingku ini berwarna putih, so nampaklah yang terhangus diatasnya.....sib baik tak hangus semua...hahaha.
Pandangan dari sudut tepi.....hehehe
Dan inilah hasil puding roti bakar ku yang telah siap dipotong dan masuk ke perut...Siap bagi lagi kat jiran sebelah umah...Rezeki yang dibuat perlu di kongsi bersama...Barulah bertambah pahala puasa...hahaha.
Terima kasihlah pada Kak CT kerana sudi berkongsi resepi nie dan saya ubah sikit untuk memudahkan diri. Janji berbaloi dan sedap di makan.....hehehe.Tak lah kempunan nak makan puding roti nie........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: