Assalammualaikum...wbt..
Selamat berhari minggu....(Jumaat kat sini cuti..hehehe).
Pagi ni,Liza ngah mood rajin yang teringin mau makan makan viral tu---->Tauhu Berdegil.
Tapi ,Liza buat versi diet sihat...hahaha..Tak goreng tau...
Meh layan resepi yang dah Liza olah dan derhaka dari resepi asal yang orang lain viralkan tu.
TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT
(2-4 orang makan)
Bahan-bahan :
2 bungkus tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar ( ada 20 ketul,Liza beli kat tesco)
4 biji kentang holland (tekstur dia lembut bila dah direbus,senang lenyek)
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 biji bawang besar-hiris halus
2 tangkai daun bawang/sup -hiris halus
2 -3 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
200g Daging kisar- jenama ramly
1 sb minyak zaitun untuk tumis bahan-bahan inti bergedil
1 tangkai cili merah sebagai hiasan
Cara -cara :
- Kupas dan rebuskan kentang holland direbus hingga lembut.Bila dah lembut,toskan air dan lenyek.
- Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan daging kisar dan kacau hingga sebati.
- Masukkan kentang.Perasakan dengan garam,lada sulah dan akhir sekali taburkan daun bawang.
- Tauhu kering tu dibelah bentuk X ditengah tauhu untuk memudahkan inti disumbatkan ke dalamnya.Buat hingga habis.
- Telur dipecahkan dalam mangkuk dan diletak secubit garam
- Celupkan tauhu berinti tu kedalam telur satu persatu
- Oleh kerana versi sihat sebab tak mau goreng berminyak-minyak,selepas celup dengan telur tu sehingga abis,susun dalam air fryer.
- Tetapkan suhu air fryer dalam 140 darjah dengan masa 15 minit.
Siap...hiaskan dengan ditabur cili merah.Cicah dengan kuah kicap cili........
tadaaaaaa
v
v
v
v
Selamat menjamu selera dan mataππππ
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: