25 April 2018

SPICY TUNA WRAP---->BEKAL KE PEJABAT


Assalammualaikum wbt.....

Hari ni wat menu sihat lagi untuk bekalan ke opis I .Paling senang dan mudah,....😍😍😍😍

SPICY TUNA WRAP
(2 orang makan)

2 kpg multi grain wrap (jenama Mission)
1 bj bwg merah ,2 ulas bwg putih-cincang halus
1 sb serbuk cili paprika
1 bj cili padi-cincang halus
1 sb minyak zaitun utk menumis
5 sb tuna in water (buang airnya )
Garam bukit secukup rasa
Cili benggala,timun dan salad -untuk hiasan sampingan

Cara-cara:
2 kpg wrap tu di panaskan atas kuali tanpa minyak-->letak tepi sementara nak masak inti tunanya
Panaskan minyak zaitun,masukkan semua bahan yang dicincang halus dan tuna.Masukkan garam.Kacau hingga sebati dan tutup api setelah siap masak.

Inti tuna yang dah siap,diletakkan atas wrap dan gulung.Potong ikut suka anda agar senang nak masuk mulut nanti.Hiaskan ikut suka mata anda...hehehe.

Siapppppppp....

Wrap dalam pinggan ni untuk mrHby......


Untuk I punya...cam pic kat bawah tu....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Selamat mencuba resepi sihat yang mudah...




Ni menu sihat saya ke pejabat.Menu untuk lunch.Di lawankan dengan air lemon madu.Buah epal untuk snacking.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Takde alasan untuk tidak bawak bekal ke pejabat.Mood rajin I buat ,kalo M besar,I main tunjuk2 je kat cafe......hahaha

Menu bekpes saya kul 7.30am tadi cam kat bawah ni,malas nak tepek resepi sbb makan sandwich ayam homemade jer (burger ayam homemade tu,dah buat siap2 masa hari cuti dok rumah,pastu frozenkan)...Nak makan,terus masak kat air fryer.Tak menarik sgt kat mata orang lain sebab hanya menarik kat perut saya dan mrHby je...😍😍😍
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Dan menu lunch saya tu,dimakan pkl 1.00pm selepas habis kuliah mengajar tadi....Kira ngam2 ngah lapar...hehehe


Daaaaa...........sekian dulu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: