20 Januari 2018

ASAM PEDAS KIMCHI


Assalammualaikum dan selamat petang hari Sabtu..

Hari minggu ni takde aktiviti bersiar2 atau window shopping dengan mrHbby..So,Liza praktikkan skill di dapur..hahaha

Ok..Menu hari tak berbento, just simple jer..

ASAM PEDAS KIMCHI

Bahan-bahan :

4 ketul ikan merah
2 senduk cili kering yg telah dikisar bersama 2 bj bawang merah ,6 ulas bwg putih,1 inci halia
2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa
1 sb minyak zaitun untuk menumis
2 sb kimci dan sawi jeruk
1 bj tomato sbg hiasan

Cara-cara :

Tumis cili blender dgn minyak zaitun.Kacau hingga kering.Masukkan air ,kimci dan sawi jeruk.Tutup periuk bagi didih.Akhirnya masukkan ikan dan perasakan garam gula hingga air mendidih sekali lagi dan ikan masak sepenuhnya.Saya tak letak asam jawa sebab kimci dan sawi jeruk dah ada rasa masam.Hiaskan dengan tomato.Kalau sesiapa suka letak perasa ajinomoto/msg,silakan,ikut kesukaan masing.Saya memang tak suka guna msg.




Sila makan selepas 1 jam masak bagi ikan tu serap dan sebati kuahnya,barulah umpphhhh....Kimci tu saya tak reti nak buat,saya just beli kat pasaraya Tesco yang ada jual.Tapi sesiapa yg rajin nak buat kimci,silalah google resepinya.

Nilah kimci yang saya gunakan untuk asam pedas ni.

v
v
v
v





Daaaa...sekian.

Selamat berhujung minggu.




1 ulasan:

Sila komen kat sini;: