30 November 2017
27 November 2017
SANTAI PETANG DI BILIK "OPISKU SYURGAKU"..........
Assalammualaikum dan selamat petang......
Petang-petang Monday blues ni...takde keje lain setelah abis mengajar...inilah keje yang di buat sementara menghilangkan kebosanan.
Masa kecik2 dulu,tak berpeluang nak buat aktiviti2 mewarna,dah tua2 ni baru nak menghappykan diri dengan keje budak2 sekolah...hahahaha..
Layannnnnnnnn...
Dah abis mewarna , kertas yang dah bercorak tu,boleh buat origami.....
Sel2 otak sentiasa berhubung kalau menengok warna warna yang colourful nie,secara tak langsung mempertingkatkan idea untuk menulis...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaa..
Dah bosan mewarna,tutup buku.....Meh sambung keje balik...kul 5.30 nanti boleh balik rumah dah...
26 November 2017
NASI GORENG & KARI TENGGIRI
Assalammualaikum dan selamat pagi..
Lama tak bersiaran, dan hari ni sempat nak post apa yang di buat.
Setelah terjebak dengan online sale 11.11 di Lazada ,Liza sempat menyambar Russel Taylors pressure cooker nie.Boleh tengok sini kalo nak tahu harga sale sekarang---->RTPC
Lama dah aim nak beli untuk cukupkan gadget di dapur,tapi pikir2 macam nanti tak guna plak sbb I malas memasak...(mood pemalas kalau dah datang..hehehe)
Tapi akhirnya beli jugak kerana harga giler2 Liza dapat iaitu RM159...(nak beli yg jenama Nxxxa tu tak mampu ),lagipun tak berbaloi kalau pemalas nak masak...Liza dapat harga yang lagi berbaloi dengan RM129 sebab dapat voucher maaf RM30 dari pihak Lazada kerana PC ada defect kat handle sebelah kanan setelah terima barang dari poslaju..
Dan hari perasmian PC tu,Liza masaklah apa yang berkenan dan simple.Memang senang sangat2..Jimat masa memasak...hehehe.Ni menu yang di buat kelmarin yer.
Resepi dan cara2 penggunaanya seperti kat setiap gambar...
Resepi Kari Ikan Tenggiri Pressure Cooker Russel Taylors
Bahan-bahan
3 ketul ikan tenggiri
Bahan-bahan
3 ketul ikan tenggiri
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Bawang merah,bwg putih ,3 sb serbuk kari,2 sb serbuk cili
Air secukupnya
Garam gula secukup rasa
Asam keping
Air secukupnya
Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 (Liza reduce ke P5 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili sehingga pecah minyak. Masukkan ikan dan asam keping. ( penutup PC terbuka)
1. Onkan PC dan tekan bake P10 (Liza reduce ke P5 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili sehingga pecah minyak. Masukkan ikan dan asam keping. ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Fish (default P15) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC.Peraakan dengan garam gula secukupnya.
Resepi Nasi Goreng Daging Pressure Cooker Russel Taylors
Bahan-bahan
3 cawan beras yang dah basuh
Bahan-bahan
3 cawan beras yang dah basuh
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Bawang merah,bwg putih ,lada hitam kisar 2 sudu kecil
Mix vegi
Daging kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan lada hitam sehingga pecah minyak. Masukkan daging. Masukkan beras, sayur, garam dan air sama seperti masak nasi putih .
( penutup PC terbuka)
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan lada hitam sehingga pecah minyak. Masukkan daging. Masukkan beras, sayur, garam dan air sama seperti masak nasi putih .
( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi goreng sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk.
4.Siap hidang,taburkan bawang goreng,boleh makan.
.
Harga pada pagi ni (26.11.2017)
***Sape2 yang nak beli RTPC bole gi ke Lazada.com.my..**
Harga sekarang macam dlam gambar ni...tapi,kalo bole COD,mintalah penghantaran secara cod agar barang yang diterima tidak ada cacat dan defect.Masa Liza terima barang dari poslaju,bukak2 kotak ,check tengok pemegang kanan pecah/patah..terus report ke Lazada..Memang pantas feedback dr pihak Lazada....Puashati sangat..Dapat baucer RM30,Liza buat beli Air Fryer plak...hehehe..Untuk bagi pada mak guna sebab kat rumah ni da ada air fryer jenama Khind.(da hampir setahun lebih guna,memang berbaloi..maklum masakan sihat untuk org yg tak sihat.....)
Nilah air fryer yang Liza beli....
v
v
v
v
Mana nak dapat harga ni kan...murah..berbaloi-baloi..Sebelum beli,bacalah feedback dan review orang2 lain yang dah beli yer..Rasa puas hati ,boleh beli....
Sekian,dulu...Mau pi keje...
16 November 2017
Lama tak bersiaran..baru ada mood rajin..
Uissshhhhh....lama saya tak bersiaran......Apa khabar semua...hehehehe
Sebenarnya lama dah nak post kat blog sweet ni,tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan dan dengan major operation lepas raya..Lagilah buat diri ini takde mood dan kerajinan nak berblog...sebab tau2 jelah,lepas operate,semua badan rasa sakit2....
Alhamdulillah lepas 3 bulan berlalu ni,kesihatan semakin mengizinkan cumanya parut luka dalaman masih terasa sakit...
Syukur,kerana Allah masih memberi izin untuk meneruskan tugas2 harian dan hakiki mengajar....
Nantikan entry2 yg terbaru tentang Liza..insha allah,akan di ceritakan apa yang berlaku sepanjang blog ini bersawang.......
Sekian..dulu.
15 Jun 2017
I'M BACK.............SALAM RAMADAN 2017
Baru sempat nak kembali memeriahkan blog ni setelah lama menyepikan diri.......hanya Dia yg lebih mengetahui,sedang mencari kekuatan diri untuk menerima dugaan dariNya...
Apa2 pun,inshaallah...akan ada yang lebih baik untuk hari2 mendatang....
Salam ramadhan dan aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti....Semoga kehadiran aidilfitri tahun nie memberi seribu kebahagian pada semua .
Sekian